Cara Senang Buat Apam Polkadot Tembikai, Nak Buat Pun Senang, Comelnya!

Share

Kuih apam antara kuih kesukaan anak-anak yang lembut dan senang hendak dijamah. Tambahkan lagi minat anak-anak kita dengan apam polkadot tembikai ini yang meriah dengan warna.

Paling menarik, hendak membuatnya pun begitu mudah. Jom cuba resipi perkongsian Nor Al Fatihah.


Bercinta duk tanam dia ni tapi seronok & ralik time lukis tu. Nak tanam tembikai-tembikai ni kena ada baja limited edition (kerajinan & kesabaran).

APAM POLKADOT TEMBIKAI
Bahan-bahan:
3 biji telur sejuk gred A (ambil dari peti ais)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
1 sudu teh ovallete
150 ml susu cair (anggaran 3/4 cawan)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)*
3 sudu teh serbuk penaik (saya letak 2 1/2 sudu teh saja)*
1 sudu teh esen vanila
Filling coklat (boleh guna filling lain spt strawberry atau blueberry)
Pewarna merah, kuning, hijau & hitam)
Papercup saiz No.1

Pukul telur, gula & ovallete dengan high speed hingga kembang & adunan bertukar putih. Saya pukul selama 5 minit.

Masukkan susu, tepung gandum & serbuk penaik yang telah di ayak serta esen vanila.

Pukul speed minimum saja hingga adunan sebati, jangan pukul lama-lama nanti apam keras.

Bahagikan adunan & warnakan. Adunan putih paling banyak. Adunan merah 1/3 cawan, kuning 1/3 cawan, hijau cerah 1/3 cawan, hijau gelap 1 sudu besar & adunan hitam 1 sudu besar. Kemudian, masing-masing di masukkan ke dalam piping bag.

Isi acuan lompang paling kecik dengan papercup. Picit adunan putih separuh, lepas tu picit filling coklat. Picit semula dengan adunan putih hingga 3/4 penuh.

Mula-mula, picit adunan merah separuh sebagai isi tembikai. Kemudian, picit separuh adunan hijau, tinggalkan sikit line putih di bahagian tengah.

Adunan hijau gelap di lukis zig zag pada adunan warna hijau cerah sebagai corak kulit tembikai. Buat langkah yang sama dengan apam tembikai kuning.

Titik-titikkan adunan hitam di atas adunan warna merah sebagai biji tembikai. Jika ada bubble pada permukaan, cucuk dengan pencungkil gigi supaya apam tak berlubang-lubang selepas di kukus.

Didihkan air dulu hingga betul-betul panas. Kukus dengan api sederhana kecil selama 10 minit atau hingga masak. Api jangan terlalu kecik ye, nanti apam bantat. Kalau kuat sangat apam akan merekah.

Keluarkan apam dari acuan & sedia di nikmati.

Menarik: Resipi Mini Tortila Nuget Ayam, Menu Simple, Teruja Anak Nak Makan

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM