“Susahnya nak suruh anak minum air kosong. Asyik nak minum air kotak dan air botol je yang banyak perisa”. “Anak saya tak suka minum air kosong. Dan kurang sangat minum air.”. “Macam mana ye nak ajar anak suka minum air kosong?”
Persoalan dia atas sering ditanyakan di kalangan ibu-ibu yang mempunyai masalah anak sukar minum air kosong. Timbulnya kerisauan tersebut apabila ibu-ibu ini nampak kesihatan anak mereka makin merosot atau mereka sendiri baru ada kesedaran betapa pentingnya kecukupan air dalam badan seseorang.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Khalisah Hazrina bagaimana cara menyeronokkan mendidik anak minum air kosong sangat mudah dan mungkin boleh membantu ibu lain.
Ada 5 cara menyeronokkan didik anak minum air kosong, Lisa nak berkongsi manfaat dan mengapa betapa pentingnya kita didik anak untuk minum air kosong berbanding air kotak mahupun air botol yang berperisa. Sebenarnya tak salah pun nak beri anak minum air kotak tetapi perlu ajar anak had mana yang boleh mereka minum. Mungkin seminggu sekali atau dua kali sahaja, hanya sekadar untuk merasa dan bagi mereka gembira. Jangan dinafikan hak mereka yang suka benda manis cumanya ajar mereka had-had yang dibolehkan.
Antara manfaat dan kepentingan minum air kosong:
Mengurangkan risiko sembelit di kalangan kanak-kanak. Boleh dikatakan 40-60% kanak-kanak mempunyai masalah sembelit dan bila ditanya mereka ini kurang minum air kosong.
Mengurangkan masalah dehidrasi. Kanak-kanak sangat aktif bermain tidak kisah di luar atau di dalam rumah. kebarangkalian mereka untuk berpeluh sangat tinggi dan menyebabkan mereka akan kekurangan air dalam badan.
Bantu organ badan berfungsi dengan baik. Sebagai contoh organ kulit jika sangat kering akan menyebabkan kegatalan dan akan berdarah.
Ads
Setelah ibu-ibu faham dan tahu kebaikan minum air kosong ini untuk anak-anak, maka mudah untuk ibu-ibu didik mereka dan sebenarnya bukan sahaja anak-anak yang kena minum air kosong, kita sebagai orang dewasa yang meningkat usia juga digalakkan minum air kosong secukupnya tambahan pula kita aktif melakukan aktiviti rutin harian.
1) Sediakan Botol Air Yang Cantik Dan Menarik
Mungkin ada ibu bapa terlepas pandang dengan tips dan cara ini iaitu menyediakan botol air yang cantik dan dapat menarik perhatian anak. Tahukah anda kanak-kanak ini lahiriahnya mereka sukakan perkara di luaran terlebih dahulu berbanding dalamnya ada apa. Sebagai contoh, kanak-kanak suka surprise egg kerana wrapping surprise egg sangat menarik membuatkan kanak-kanak ini menjadi obses untuk sentiasa membelinya sedangkan apabila mereka buka surprise egg mereka hanya layan sekejap sahaja permianan di dalamnya. Begitu juga dalam mendidik anak minum air kosong. Mulakan dengan luarannya nampak menarik terlebih dahulu.
Sebelum Lisa beli botol air anak yang pertama lisa akan tanya dahulu apa kartun yang dia paling suka dan Fareeq kata dia lebih gemar mickey mouse atau robot. Bila lisa belikan botol air yang ada gambar mickey mouse dan robot, dari situ Fareeq sangat suka bawa botolnya ke mana-mana dan secara tidak langsung apabila dia haus dia akan terus minum air botol yang dipegangnya itu.
Anda boleh lihat di sini antara jenis botol air yang dapat bantu menarik perhatian anak-anak supaya suka minum air kosong.
Ads
2) Minum Air Menggunakan Straw
Ada sesetengah kanak-kanak mereka tidak sukakan minum air kosong menggunakan cawan kerana ia mudah tumpah dan mereka tidak dapat nak agak perlu teguk tahap mana. Apabila mereka sudah rasa susah untuk minum dengan cara menggunakan cawan, maka mereka akan lebih suka minum air kotak di mana ia ada straw dan mudah untuk minum. Sebab itu, anda digalakkan untuk membeli botol air yang ada straw untuk kanak-kanak ini atau membeli straw plastik supaya mudah untuk kanak-kanak minum air.
3) Lead By Example( Ibu bapa Contoh Terbaik)
Sebelum menyuruh anak-anak ini minum air kosong secukupnya, ibu bapa sendiri perlu minum air kosong secara konsisten. Kanak-kanak akan tiru apa yang kita lakukan bukan apa yang kita suruh mereka buat. Walaupun sekarang ini ibu bapa rasa sukar untuk minum air kosong, tidak mengapa boleh dimulakan sedikit demi sedikit dan sambil itu ajak anak minum air kosong bersama-sama. Tiada istilah terlambat dalam mengajar anak-anak ke arah kebaikan. Sentiasalah positif dalam mendidik anak-anak.
4) Mendidik Seawal 6 bulan
Ads
Bagi anda yang mempunyai anak masih bayi, ketika inilah masa terbaik untuk kenalkan anak-anak amalan minum air kosong sejak mereka bayi lagi. Umur yang ideal untuk diperkenalkan minum air kosong adalah seawal 6 bulan kerana ketika usia ini mereka sudah mula makan solid food dan risiko mereka untuk menghadapi masalah sembelit agak tinggi. Ketahuilah bahawa umur ini, kanak-kanak akan ikut sahaja apa yang ibu berikan kepada mereka. Maka lebih mudah untuk mereka mengamalkan minum air kosong sehingga besar nanti.
Berdasarkan pengalaman Lisa sendiri dengan mempunyai 2 orang anak, Lisa lambat perkenalkan anak pertama Lisa dengan air kosong menyebabkan dia agak sukar untuk minum air kosong dan sehingga umurnya 2 tahun barulah dia betul-betul suka untuk minum air kosong. Berbeza dengan adiknya, Sarah. Lisa mula perkenalkan Sarah dengan minum air kosong seawal 6 bulan dan alhamdulillah sehingga kini air kosong merupakan minuman kegemarannya selain susu badan atau susu formula.
5) Sediakan Buah Yang Kaya Dengan Kandungan Air
Di samping memberi air kosong untuk kanak-kanak ini sentiasa hidrasi, mereka juga boleh makan-makanan yang kaya dengan kandungan air seperti tembikai, sayuran, buahan yang lain. Buahan dan sayuran ini mampu membekalkan air dalam badan kanak-kanak selain sumber minum air kosong sahaja. Selalulah mendidik anak untuk mencintai makan buahan dan sayuran yang dapat memberi mereka
Sebenarnya mendidik anak minum air kosong bukanlah susah jika kita tahu cara dan teknik yang betul. Tambahan pula bila kita sudah faham mengapa air kosong sangat penting untuk anak-anak dan pada diri kita juga. Cumanya kesedaran itu perlu dipupuk dari awal lagi.
InsyaALLAH, Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anak untuk minum air kosong secara konsisten dan di samping itu memberi kesihatan yang lebih baik kepada kita semua.
Selepas bergelar mama dan melalui fasa berpantang membuatkan pelakon cantik Mira Filzah banyak berkongsi pengalaman yang dilalui sepanjang hamil, melahirkan dan berpantang.
Baru-baru ini bekas pengacara Nona ini membuka ruangan soal jawab di Insta Story bersama para pengikutnya.
Dalam sesi tanya soalan, Mira telah berkongsi jawapan pada soalan-soalan yang terpilih. Antara yang ditanya oleh pengikutnya yang kebanyakan juga bakal ibu pertama kali adalah tentang barang keperluan yang perlu dibawa ketika ke hospital untuk bersalin.
Berkongsi pengalaman pertamanya, Mira memberitahu yang dia tidak membawa banyak barang keperluan diri ke hospital kerana kebanyakan telah pun disediakan oleh pihak hospital.
Tetapi barang penting yang diingatkan oleh Mira mesti dibawa oleh ibu bersalin iaitu tudung sarung.
Barang Mira bawa sikit je. Sebab yang lain semua pakai hospital punya. Kita standby tudung sarung je lah. Baby pun bawa baju nak balik je. Lain semua hospital punya. Senang.
Pakai Bengkung Apa?
Selain daripada itu, ibu kepada Wan Khair Amir ini turut ditanya tentang pengalaman memakai bengkung ketika berpantang.
Mira mengakui pada awalnya pihak Confinment Lady yang menjaganya memakaikan bengkung bertali tradisional tetapi disebabkan dia banyak minum air dan kerap ke tandas, jadi akhirnya dia tukar kepada bengkung moden sahaja.
Tetapi dia mengakui bengkung bertali tersebut sangat bagus untuk ibu berpantang.
Bagaimanapun Mira mengingatkan pengikutnya agar memilih bengkung mengikut kesesuaian masing-masing.
Selain bengkung, ada juga yang ingin tahu di mana Mira membeli barangan bayi seperti baju, bedung dan sebagainya.
Tidak lokek berkongsi info, pelakon popular dengan drama Pujaan Hati Kanda ini berkongsi lokasi baby store tempat dia membeli belah dan paling penting harga yang dijual sangat berpatutan.
Perasaan Selepas Jadi Ibu
Ditanya apa perasaannya ketika pertama kali memandang wajah anak, Mira mengakui perasaannya sukar hendak digambarkan tapi yang dia pasti ketika itu perasaannya bercampur baur antara terharu, gembira, teruja dan penuh kasih sayang.
Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada September 2020 dan melahirkan anak sulung mereka pada 10 Mei lepas.
Sumber: IG @mfmirafilzah
Nak belajar banyak ilmu tentang kehamilan dan kelahiran bersama doktor-doktor pakar? Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betullah orang kata, setiap anak perjalanan membesarkannya tak sama. Jadi ibu ayah boleh nampak perbezaan antara anak sulung, kedua atau seterusnya.
Biasanya bila melibatkan fasa penyusuan, ramai ibu anggap anak lelaki kuat menyusu kan? Namun sebaliknya bagi Elfira, anak perempuannya kuat menyusu berbanding anak lelaki.
Elfira yang selamat melahirkan anak kedua pada 20 Mei lalu berkongsi di instastorynya menyatakan cara penyusuan anak kedua berbeza dengan anak sulung.
“Beza betul dengan abang. Masa abang tidur je, jadi kita yang kejutkan dia dua jam sekali minum susu. 20 minit at least sampai kena gerak-gerak bibir minum susu.
“Yang adik, dah sejam menyusu pun baru letak 5 minit, dah nak lagi. Baru hari ketiga dah rasa nak tercabut badan. Memang like a new experience again,” kongsinya.
Apa-apa pun, pengalaman ini sangat berharga buat Elfira. Bila anak dah makin besar, pasti momen ini akan dirindui semula.
Dalam perkongsian tersebut, Elfira juga turut berkongsi wajah baby girlnya. Walaupun tak nampak muka penuh lagi, tapi dengan kulit cerah dan bibir mungil sama seperti abang Rayyan.
Dalam perkongsian Elfira sebelum ini, dia sangat terharu kerana suaminya, Faris yang menyambut sendiri kelahiran puteri mereka. Elfira menyifatkan Faris sebagai HERO untuk dirinya dan anak-anak.
Ada cara mudah untuk naikkan mood. Cara ni bagi kita lebih happy. Impak pun cepat. Dan yang penting secara semulajadi.
Kaedah ini adalah hasil kajian dari University Shitennoji Osaka Jepun. Berikut adalah perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar.
Cara mudahnya ialah hidu buah citrus seperti limau, oren atau lemon. Kajian ini dapati bau citrus dapat naikkan hormon serotonin – hormon yang jaga mood.
Dengan hanya bau selama 10 minit, mood kita akan jadi lebih baik selama 30 minit. Mudah kan?.
Lepas ni bila dah kupas limau atau oren simpan kulit dia. Biar atas meja 10 minit. Nikmati kadar serotonin keluar berpesta.
Cubalah! Sebelum ni kita terus buang kulit, bila dah tahu ni, biarkan dulu beberapa ketika.
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!