Bercakap antara salah satu cara komunikasi dan semestinya setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak mereka bercakap cepat dan lancar.. Kemahiran bercakap penting kepada anak-anak untuk pelbagai tujuan.
Antaranya untuk menyatakan keinginan, meluahkan perasaan, belajar, bertanya dan bermain bersama rakan sebaya. Namun begitu, sesetengah ibu bapa kurang sedar tentang pentingnya cara yang berkesan, komitmen dan dedikasi yang berterusan dalam membantu anak-anak supaya cepat dan pandai bercakap.
Patologis Pertuturan Bahasa, Ruby Atika berkongsi cara mudah untuk rangsang pertuturan anak yang lambat bercakap di rumah bersama ibu bapa:
1) Sekurangnya 1 buku cerita bergambar setiap hari. Ulang buku yang sama beberapa kali pun tak apa.
Ads
2) Kerap suruh anak di rumah. Walaupun baru 2 tahun. Suruh dia buang sampah, tutup pintu, ambilkan bantal, hantar cawan ke dapur. Ini ialah latihan kefahaman.
3) Ambil tahu lagu kanak-kanak dan nyanyikan dengan anak. Anak dengar ayah nyanyi live adalah berbeza kesannya dari tengok youtube yang nyanyi.
Ads
4) Jangan fikir anak-anak hanya duduk di ruang menonton TV saja. Anak juga boleh teman ibu di dapur atau teman ayah berkebun di halaman.
5) Cakap ikut tahap bahasa anak. Kalau dia jenis cakap sepatah-sepatah saja, ibubapa cakap ayat pendek 2 atau 3 patah saja. Jangan cakap ayat panjang atau laju-laju.
Ads
6) Ajar perkataan yang kerap digunakan (jom, nak, dah, habis, bye, lagi, ambil, letak, simpan, duduk, makan). Bukannya ajar ABCDEFG.
7) Galakkan tumpuan bersama ketika bermain dengan anak. Pilih permainan yang anak minat dan ibu bapa mesti turunkan level ke tahap sama seperti kanak-kanak.
8) Bila terdengar anak sebut sesuatu, ulang apa yang anak tu sebut dan tambah perkataan supaya jadi ayat.
Perasan tak, anak-anak bila terlalu lama berkurung dalam rumah, asyik menangis, mengamuk dan macam-macam lagi perangainya. Serba tak kena dibuatnya. Namun bila bawa keluar main depan rumah, boleh nampak keceriaan di wajah mereka.
Setakat lari-lari sambil pegang daun kering pun buka main gembiranya. Itu belum lagi bawa ke kawasan lapang atau tempat rekreasi. Menerusi perkongsian OT Puan Liyana Raya, fitrah anak-anak, bermain dengan alam satu terapi yang sangat bagus.
Back to mother nature. A process of desensitization.
Untuk anak yang mempunyai isu sensori…Untuk anak yang kuat mengamuk…Untuk anak yang ketagih dengan gadget..Untuk anak Autism dan ADHD…Untuk anak yang ada kelewatan perkembangan.
Bila bagi saja pendedahan kepada alam semulajadi, pasti akan nampak “hasilnya”.
Kita takkan nampak anak-anak ini suka dengan alam. Mereka pastinya “tidak suka” bila pertama kali berinteraksi dengan alam.
Mereka takkan main air sama seperti kita dan anak-anak kita yang lain. Tapi apa yang kita perlu buat adalah konsisten. Konsisten memberi pendedahan.
Di sungai, di pantai,mahupun di bukit. Bagi mereka biasakan dengan tanah. Biasakan dengan air laut yang masin semulajadinya. Biasakan dengan air sungai yang sejuk suhunya. Biasakan dengan batu-batu sungai yang pelbagai rupa dan bentuk. Lihat dan sentuh dedaun yang luruh. Ada macam-macam warna. Alam ini luas.
Selama ini, pandangan anak-anak ini seperti “sempit”. Hidup penuh dengan “rigidity”. The more rigid the child is,the more flexible we should be.
Jadi, alam yang terbentang luas ni penuh dengan “sikap” fleksibiliti itu. Disebabkan “sikap” fleksibiliti yang ada pada alam ini penuh dengan “uncertainty”…
Anak-anak ini mula belajar untuk mengadaptasikan diri mereka dengan alam. Mereka belajar menerima keadaan alam yang penuh “uncertainty” itu.
Sebab hidup ni penuh dengan sesuatu yang kita sendiri tak boleh nak jangka apa ada kat depan. Jadi,bila bagi alam ni pada mereka, mereka mula belajar untuk menerima “uncertainty” itu.
Slowly, anda akan nampak perubahan pada sikap mereka. Mudah bertenang. Mudah menerima perubahan.
Saya bawa anak Autism yg seorang ini, Ailani namanya. Bermalam di rumah saya secara berperingkat. Mendedahkannya dengan “uncertainty”. Supaya dia boleh hidup dengan “uncertainty” itu.
Saya bawa Ailani hidup dengan alam. Dengan kebenaran ibunya, saya minta untuk buat posting ini.
Alhamdulillah, banyak perubahan padanya walau hanya baru beberapa kali kenal alam. In fact, masa kali pertama bawa lagi..sudah nyata perubahan yang dilihat.
Macam saya selalu katakan, saya kalau dah disuruh merawat, memang saya buat sungguh-sungguh. Sampai dapat apa yang saya nak pada anak-anak ini.
Konsep saya ajar anak-anak ini mengenal Pencipta adalah melalui pendedahan kepada alam. Sebab saya selalu yakin, tidak Allah ciptakan alam ini dengan sia-sia.
Setiap satu komponen dalam alam ini ada fungsinya untuk manusia. Bila sudah kenal alam ini, barulah terasa seronoknya nak kenal Pencipta.
*Disclaimer: saya memilih tempat dan waktu yang sesuai untuk bawa anak-anak kenal alam. Tempat yang saya pilih memang sentiasa sesuai untuk bawa anak-anak. Dan kerana anak saya ramai, maka kami akan pilih waktu yang tak ramai orang. Time orang dah mula berpusu datang, kami pulang.
Bagi anak-anak yang dah terkurung lama di rumah, bawa keluar kenal alam dahulu. Mungkin pertama kali ada anak yang tak suka. Keep doing it. Konsisten. InsyaAllah lama-lama anda akan nampak perubahannya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang murid tahun enam meninggal dunia selepas lapan jam terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Get, berhampiran Paloh, kelmarin.
Mangsa berusia 12 tahun itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 malam ketika berehat di rumah keluarganya di Johor Bahru, akibat kecederaan dalaman di bahagian perut yang dipercayai berpunca daripada insiden kemalangan tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh, kematian murid Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah itu hanya diketahui selepas bapanya membuat laporan polis pada pukul 2 pagi semalam.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat, bapa mangsa memaklumkan bahawa anaknya menunggang motosikal untuk ke kedai sebelum terbabit dalam kemalangan.
Hasil siasatan mendapati mangsa ketika itu bersama ahli keluarga sedang dalam perjalanan ke rumah bapa saudara mereka di Jalan Tengah, Paloh untuk menziarahi kematian.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar batu penghadang di bahu jalan sebelah kanan.
Mangsa pada mulanya dibawa oleh bapanya ke klinik swasta di Kluang dan Gelang Patah untuk menerima rawatan awal. Namun, walaupun pihak klinik merujuk kes ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi rawatan lanjut, bapa mangsa dikatakan enggan membawa anaknya ke hospital berkenaan dan sebaliknya membawa pulang ke rumah.
Malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada malam yang sama.
Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya serta mematuhi undang-undang keselamatan bagi mengelakkan tragedi sebegini daripada berulang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak susah nak belajar pakai baju dan seluar sendiri. Anak bermain dan bergurau terlalu kasar. Anak umur 6 tahun masih memegang pensil menggunakan 5 jari. Anak tak mahu makan dengan sendiri walaupun semasa umur 5 tahun.
Masalah di atas adalah masalah biasa bagi anak yang mempunyai masalah terhadap sensitiviti deria sendi. Deria sendi tidaklah sepopular seperti deria visual, auditori, rasa, sentuhan dan bau tetapi deria ini sangat penting dalam setiap urusan kita seharian.
Nak ambil barang, nak buka pintu, nak seluk beg ambil dompet, nak pakai baju dan seluar, nak makan, nak garu belakang badan dan lain-lain. Semua aktiviti yang menggunakan anggota badan menggunakan deria ini.
APA ITU DERIA SENDI?
Deria sendi (propioception) adalah deria yang memberi info kepada otak di mana anggota badan kita berada. Setiap kali kita menggerakkan badan (tangan atau kaki), setiap kali itu juga kita akan menggunakan deria sendi untuk memberi input kepada otak untuk mengawal pergerakan anggota badan dan berapa tekanan yang sepatutnya.
Bayi selepas lahir akan rasa badannya seperti “terawang-awangan”, mereka tidak sedar keberadaan tangan dan kaki menyebabkan mereka tidak pandai mengawal pergerakan anggota badan disebabkan deria sendi yang “belum cukup kuat” ataupun “belum cukup develop”. Jika kita tidak merangsang deria sendi dari awal ia akan menyebabkan masalah di masa akan datang terutamanya skil urus diri (makan, pakai dan buka baju) malah akan menyebabkan masalah akademik juga.
Anak yang ada masalah deria sendi selalu disalah erti kan dengan malas, lembab atau “hyper”. Mereka tak nak pun dilahirkan atau “dibesarkan” ada masalah deria sendi. Ya, faktor persekitaran memang boleh menyebabkan masalah ini menjadi lebih parah apabila anak dibesarkan dalam keadaan yang terlalu “manja” dan tak diberi peluang untuk berdikari sendiri.
Semua benda mak ayah nak buatkan, semua benda nenek atuk nak “tolong” buatkan sampai anak dah ada mindset “tak perlulah belajar berdikari, orang lain akan jaga badan ini”. Jangan terkejut jika saya katakan, kebanyakan anak yang “malas” untuk belajar (pakai baju seluar, makan sendiri, menulis) adalah berpunca dari sikap mak ayah yang terlalu memanjakan anak dengan “membantu” benda yang tidak sepatutnya dalam urusan seharian.
Kalau bawah 2 tahun, masih diterima lagi. Tapi kalau umur 6 tahun? Tepuk dada tanya minda.
PUNCA ANAK “MALAS”
Setiap kali anak mencari lubang baju atau lubang seluar tak jumpa, kadang-kadang masuk tangan dalam lubang kepala, kadang-kadang 2-2 kaki masuk dalam 1 lubang seluar.
Berjuta kali cuba tak dapat, mak ayah dah bising-bising sebab nak cepat. Anak stres terus tak nak buat. Mak ayah stres terus pakaikan.
Macam mana nak pakai sendiri kalau deria sendi tak cukup kuat untuk “merasa” sesuatu tanpa melihatnya?
Niat nak bergurau dengan kawan atau adik, tetapi gurauan bertukar jadi drama air mata apabila orang lain takut nak bermain sama. Orang lain gurau cuit sikit-sikit, dia tolak dan pukul “kaw kaw” macam bertinju betul.
Macam mana nak bermain sama, kalau tak pandai mengawal “tekanan” cuitan, pukulan, tolakan dan sepakan?
Sebenarnya skil memegang pensil tidak perlu diajar atau dipaksa, ia adalah secara semula jadi.
Semakin deria sendi anak “kuat”, semakin dia akan membetulkan jari-jarinya sendiri semasa memegang pensil. Dari 5 jari ke 4 jari seterusnya 3 jari dan skil menulis ada tahapnya untuk setiap umur anak. Tidak perlu terlalu taksub untuk mengajar anak menulis di awal usia dan memaksa anak menulis menggunakan 3 jari sebelum umurnya sebenar.
Anak gunakan 5 jari kerana deria sendi belum cukup kuat untuk mengawal tangan semasa menulis, maka memerlukan lebih sokongan.
Kini, banyak sangat produk-produk untuk mengajar anak memegang pensil dengan betul. Tapi sampai bila nak guna? Gunakan alat bantuan memang bagus untuk membantu tetapi kalau tidak disusuli dengan rangsangan deria sendi tiada gunanya kerana anak tetap akan cepat penat semasa menulis disebabkan perlu “effort” lebih untuk mengawal jari.
Sebenarnya banyak sangat masalah-masalah harian yang akan timbul disebabkan masalah deria sendi. Nampak kan betapa pentingnya deria sendi dalam hidup anak kita?
TIP MERANGSANG DERIA SENDI
Normal fasa anak umur 18 bulan hingga 3 tahun akan teruja untuk melakukan semuanya sendiri termasuklah pakai buka baju, makan sendiri, belajar memegang pensil dan sebagainya. Gunakan fasa ini dengan baik untuk melatih anak menguasai skil urus diri yang secara tak langsung merangsang dan “menguatkan” deria sendi.
Sokong dan beri pujian setiap kali anak berjaya buat sendiri. Selesaikan penguasaan skil ini sehingga anak umur 4 tahun.
Ini adalah tahap normal skil urus diri untuk anak umur 4 tahun:
Bebas diaper + pakai baju seluar sendiri + makan dengan sendiri+ pakai kasut dan stokin dengan sendiri + kemas mainan + mandi dan keringkan badan sendiri + berus gigi sendiri dll
Sebenarnya sejak bayi bawah umur 1 tahun, mak ayah dah boleh beri dan dedahkan dengan pensil. Bukan untuk belajar menulis atau mewarna ya, hanya untuk conteng-conteng dan belajar mengawal tangan dan jari. Conteng bukan hanya di kertas, tetapi di atas pelbagai permukaan. Bukan hanya menggunakan pensil, malah boleh juga krayon, kapur dll.
Kalau menggunakan pensil, beri yang jenis pendek dan “gemuk” demi keselamatan dan membantu anak mengawalnya. Kalau takut anak conteng dinding atau perabot, boleh cat dinding menggunakan “cat kalis conteng” ataupun beri pensil warna yang boleh dipadam.
Sebenarnya tak menjadi masalah kalau mak ayah beri pengawasan penuh setiap kali anak memegang pensil.
Fasa merangkak sangat penting untuk bayi, semasa merangkak bayi secara semulajadinya akan merangsang deria sendi di tangan dan jari yang sangat diperlukan untuk mereka belajar mengawalnya seharian terutamanya skil urus diri dan skil motor halus.
Kurangkan atau elakkan menggunakan walker, sokong anak merangkak dengan merangkak bersama anak.
Yang mana anak berjalan cepat dan kurang fasa merangkak boleh kerapkan bermain kejar-kejar secara merangkak dengan anak ya.
Pendapat saya, urutan adalah wajib untuk bayi bawah 12 bulan, banyak sangat manfaat urutan dalam perkembangan bayi yang saya sudah selalu kongsi di post saya sebelum ini. Anak membesar hanya sekali, 80% perkembangan otak anak adalah semasa umur 0-2 tahun.