
Bercakap antara salah satu cara komunikasi dan semestinya setiap ibu bapa pasti menginginkan anak-anak mereka bercakap cepat dan lancar.. Kemahiran bercakap penting kepada anak-anak untuk pelbagai tujuan.
Antaranya untuk menyatakan keinginan, meluahkan perasaan, belajar, bertanya dan bermain bersama rakan sebaya. Namun begitu, sesetengah ibu bapa kurang sedar tentang pentingnya cara yang berkesan, komitmen dan dedikasi yang berterusan dalam membantu anak-anak supaya cepat dan pandai bercakap.
Patologis Pertuturan Bahasa, Ruby Atika berkongsi cara mudah untuk rangsang pertuturan anak yang lambat bercakap di rumah bersama ibu bapa:
1) Sekurangnya 1 buku cerita bergambar setiap hari. Ulang buku yang sama beberapa kali pun tak apa.
2) Kerap suruh anak di rumah. Walaupun baru 2 tahun. Suruh dia buang sampah, tutup pintu, ambilkan bantal, hantar cawan ke dapur. Ini ialah latihan kefahaman.
3) Ambil tahu lagu kanak-kanak dan nyanyikan dengan anak. Anak dengar ayah nyanyi live adalah berbeza kesannya dari tengok youtube yang nyanyi.
4) Jangan fikir anak-anak hanya duduk di ruang menonton TV saja. Anak juga boleh teman ibu di dapur atau teman ayah berkebun di halaman.
5) Cakap ikut tahap bahasa anak. Kalau dia jenis cakap sepatah-sepatah saja, ibubapa cakap ayat pendek 2 atau 3 patah saja. Jangan cakap ayat panjang atau laju-laju.
6) Ajar perkataan yang kerap digunakan (jom, nak, dah, habis, bye, lagi, ambil, letak, simpan, duduk, makan). Bukannya ajar ABCDEFG.
7) Galakkan tumpuan bersama ketika bermain dengan anak. Pilih permainan yang anak minat dan ibu bapa mesti turunkan level ke tahap sama seperti kanak-kanak.
8) Bila terdengar anak sebut sesuatu, ulang apa yang anak tu sebut dan tambah perkataan supaya jadi ayat.
Sumber: Ruby Atika
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas Dah Ajar, Tetap ‘Tak Masuk’. Kena Faham Kemampuan Anak, Jangan Marah & Paksa-Paksa

Bila disuruh belajar seperti membaca atau mengira, anak tidak menunjukkan minat. Pening juga dibuatnya. Tak lama lagi nak masuk darjah satu. Dahlah silibus susah sekarang! Secara umumnya pembelajaran seseorang kanak-kanak berbeza mengikut tahap usianya. Kebiasaannya daripada usia 2 sehingga 7 tahun kanak-kanak akan mula membina kebolehan dalam dirinya.

Pada tahap ini dia akan mula mencari sebab dan berfikir merujuk kepada dirinya sendiri. Kemudian selepas 7 tahun barulah dia melihat persekitaran luar daripada dirinya. Ini bermakna jika ingin mengajar anak dengan mudah terutama yang memasuki pra sekolah, berikan contoh-contoh yang mempunyai kaitan dengan diri mereka.
Misalnya, kanak-kanak yang lebih kecil memahami untuk belajar konsep abjad, nombor dan warna berbanding perkara-perkara abstrak seperti tatabahasa, pantun dan sebagainya. Seterusnya ikuti 7 panduan yang ibu ayah terlupa nak buat supaya mudah untuk mengajar anak belajar.
1.TEMPOH MASA
Kanak-kanak hanya mampu memberikan tumpuan untuk jangkamasa yang pendek. Oleh yang demikian, sewaktu anda membuat aktiviti dengan anak anda, misalnya menggunakan flash card, ataupun membuat gerak kerja tertentu menggunakan buku atau kertas, pastikan anda berhenti sebentar untuk rehat ataupun tukar kepada aktiviti yang lain apabila anak anda dilihat mula bosan atau menunjukkan kenakalannya.
2.PENGULANGAN
Lakukan pengulangan supaya pembelajaran yang diajar diingati dengan mudah. Biarkan mereka mengulang sesuatu aktiviti, tajuk atau set perkataan. Di samping itu, penyediaan kerja rumah (homework) dapat membantu anak anda mempelajari pembelajaran dengan cepat. Wujudkan jadual supaya ia dilakukan secara rutin dan konsisten.
3.KENALI PERSONALITI
Bagi kanak-kanak yang mudah mesra, dia mampu bersosial dengan baik dan boleh belajar sesuatu bahasa dengan cepat kerana mereka hendak berkomunikasi. Kanak-kanak jenis ini tidak takut untuk membuat kesilapan. Belajar secara berkumpulan dengan kanak-kanak lain mungkin lebih baik baginya.

Manakala bagi yang jenis pendiam, tidak suka melakukan kesilapan dan tidak akan memulakan sesuatu perkara atau tindakan sehinggalah mereka mendapat kepastian. Bagi yang jenis pendiam, ia lebih perlukan privasi, keadaan yang lebih senyap dan tenang untuknya mempelajari sesuatu bahasa.
Baca Juga:
“Perempuan Kalau Merajuk Suka Tengok Tingkap Eh?”. Gelagat Ayah Pujuk Anak Cuit Hati Warganet
Mudah Dukung Baby, Belakang Badan Pun Tak Sakit. Mona Allen Kongsi Cara, Guna Swaddle Je!
Anak Lebih Respect, Rapat Dengan Ayah. Buat Je Perkara Ni, Boleh Nampak Kesannya!
4.KETAHUI MINAT ANAK
Apabila anda memahami dan tahu mengenai hal ini mudah untuk melakukan pembelajaran. Persoalan seperti Apakah kepekaan mereka yang paling utama? Adakah mereka sukakan gambar-gambar atau membaca?
Jika ya! Galakkan anak anda menggunakan lukisan, gambar, peta dan gambarajah sebagai sebahagian daripada bahan pembelajaran mereka.
5.BACA KUAT
Sejak kecil lagi anak suka mendengar anda membaca buku cerita sebelum tidur. Oleh itu, tidak mustahil ada segelintir kanak-kanak suka mendengar kepada penerangan dan membaca dengan kuat. Malah mungkin cara nyanyian dan lagu.

6.ANAK AKTIF
Anak anda seorang yang lincah dan bertenaga. Sukar untuk mengawalnya supaya duduk diam seketika. Jika mempunyai anak sebegini boleh menggunakan permainan (game) untuk menggalakkan mereka bergerak dan juga menari bersama si manja.
7.SUASANA CERIA
Untuk menarik minat anak, ia perlu dilakukan dalam suasana yang seronok dan tidak memberikan tekanan (stress-free). Galakkan anak anda untuk menuruti kehendak dan minatnya sendiri.
Sebagai contoh, jika anak anda meminati badminton, berikan dia bahan bacaan berkaitan dengan badminton. Cara ini menarik minat anak-anak untuk membaca dengan pekara yang dia suka.
TIP MUDAH!
* Berikan pujian dan galakan
* Jangan kritik apabila anak buat silap
* Sediakan bahan bacaan yang diminatinya
* Ruang pembelajaran
* Sediakan jadual pembelajaran di rumah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenapa Anak Saya Lasak, Tak Reti Duduk Diam? Ini Penyelesaian Terbaik Buat Ibu Ayah

Ada yang mengadu anak terlalu lasak tak berhenti-henti berlari, melompat, memanjat, baling-baling barang. Ada yang mengadu anak tak boleh duduk diam masa makan. Kalau makan kat luar, tak sah kalau nasi berterbangan di dinding restoran, dan di muka waitress.
Ada juga yang mengadu anak terlalu kuat memanjat sampaikan semua benda dia nak panjat. Grill rumah, pintu pagar, sofa, dinding, peti ais.
Dan ada juga ibu bapa yang terus jump into conclusion dengan melabel anak mereka hyperactive atau ADHD, tanpa sebarang usul periksa.
Jadi apa sebenarnya mindset yang betul dan apa yang kita boleh buat untuk urus anak lasak, tanpa perlu stres hari-hari terutama bila nasi berterbangan di restoran.
Nak tahu lebih lanjut, perkongsian Puan Adlil Rajiah ini sangat bermanfaat untuk kita sebagai ibu ayah dalam cabaran membesarkan anak pada hari ini.
Sebelum tu, saya nak kongsi dulu beberapa fakta menarik tentang anak lasak yang ramai ibu bapa tak tahu:
1) Anak lasak tergolong dalam kategori body-smart atau kinesthetically intelligent! Tapi mereka selalu disalaherti sebagai hyperactive / ADHD
2) Mempunyai energy yang sangat banyak dan badan yang kebal. Dalam erti kata lain, diorang ni mempunyai daya ketahanan badan yang luar biasa! Setakat terhantuk kat dinding, jatuh tangga, tersadung kat batu. Itu semua biasa.
3) Malangnya, mereka mungkin lemah dari segi self-control, dan mudah tantrum yang sukar dikawal.
4) Anak lasak / energetic sentiasa memerlukan sokongan emosi dan peringatan yang berulang-ulang untuk bantu build self-control mereka secara perlahan-lahan.
Okay now, macam mana pulak nak handle anak-anak buaihh ni?
These are some tips yang ibu bapa boleh cuba untuk handle anak lasak secara stress-free, tanpa membunuh fitrah mereka yang high-energy dah “super-active” tu.
1) AKTIVITI PERGERAKAN
Aktiviti yang melibatkan pergerakan amat penting bagi anak yang lasak. Ia bantu anak channel their excess energy dan release stress pada masa yang sama.
Tapi kalau parents bekerja dan tak banyak masa untuk keluar dengan anak-anak, provide some space khas untuk “energetic indoor games” kat rumah!
Mungkin boleh lapangkan satu bilik, dan jadikan bilik tu untuk anak melepaskan LASAK dan energy mereka. Letakkan beberapa ketul bantal, some big balls/balloons, some big boxes, some chairs, a ladder, bouncing tool, etc.
Biar banyak games yang anak boleh explore dalam bilik tu. Silap haribulan, kita pun join sekaki.
Biar anak memanjat, melompat, berlari, pillow fight, tendang bola, main maze, wrestling, main perang-perang, main sorok-sorok, dan macam-macam lagi dalam bilik tu. Lagi best kalau boleh pasang muzik masa anak2 tengah main tu. Let them dance and move away mengikut rentak muzik. Dan music sememangnya therapy bagus untuk active kids!
2) BERI TANGGUNGJAWAB
Bila anak dah ready, anda boleh mula “delegate” tugas-tugas mudah untuk anak. Contohnya siram pokok, sapu lantai, lap tingkap, susun barang, basuh kereta, basuh bilik air, etc.
Anak yang lasak sebenarnya sangat suka membantu kerja rumah yang memerlukan pergerakan, dan mereka sangat “hands-on” jika budaya ini diterapkan sejak awal.
Parents perlu beri kepercayaan kepada anak. Mula-mula ofkos banyak kesilapan anak dalam tugas yang diberi. Rilekkk, beri masa. Sooner or later, he/she will become your big helper!
Plus, inilah cara terbaik untuk kita bantu anak lasak channel energy ke arah yang betul, membentuk self-confidence dan self-control dalam diri mereka.
3) AKTIVITI SUKAN
Kebanyakan atlet-atlet hebat dunia, adalah seorang anak yang lasak dan mempunyai high energy pada masa kecilnya. In fact, some of them adalah hyperactive semasa kecil!
See how far sebenarnya anak yang lasak boleh capai dalam hidup mereka. Yang penting, kita ibu bapa jangan bunuh sifat energetic tersebut. Bimbing mereka dengan aktiviti yang betul.
Mana tahu anak lasak kita ni sebenarnya setanding Dato’ Lee Chong Wei, Pandelela Rinong, Azizul Pocket-Rocket satu hari nanti? Siapa tahu?
Kang kita jugak yang bergenang air mata bangga tengok anak capai ke tahap macam tu.
4) LIMIT SCREEN TIME
Banyak kajian menunjukkan screen time yang berlebihan boleh membentuk sifat agresif pada anak. WALAUPUN CERITA YANG DITONTON LANGSUNG TIADA UNSUR GANAS.
Haa! Anak yang menonton TV, gajet atau video game berlebihan, didapati sukar mendengar arahan, sukar fokus, sering bertindak ganas dan tiada self-control yang baik.
Haa bayangkan jika anak kita yang energetic/lasak ni bertindak ganas. Lagi lah DOUBLE TROUBLE!
5) Allow them to get dirty sometimes.
Biarkan anak-anak lasak ini bermain hujan, main tanah, bergolek atas rumput, panjat pokok. As i told you earlier, anak-anak yang lasak sebenarnya mempunyai daya ketahanan badan yang tinggi.
So parents chill je. Jangan paranoid sangat risau anak jatuh atau luka. Because they actually can manage the pain! Kalau nangis pun kejap je. Lepas 2-3 minit buat lagi!
6) Buat jadual rutin harian.
Anak-anak lasak susah nak tolerate dengan masa orang lain, dan kurang mampu untuk being flexible. Kerana itu, mereka memerlukan JADUAL.
Tetapkan jadual masa untuk mereka main lasak-lasak dan masa untuk mereka “bertenang” (tidur, makan, etc). Dan sentiasa ingat untuk be firm & consistent with the rules dan masa yang telah ditetapkan dalam jadual. It will be hard at the beginning, tapi lama-lama anak akan follow.
Dan pastikan setiap masa terluang yang ada dalam jadual, adalah untuk aktiviti fizikal yang bantu mereka burn energy!
7) Cari tadika/sekolah yang memahami keperluan energy anak.
Slow talk dengan cikgu mereka, untuk benarkan anak berlari setiap kali ada masa terluang atau bila ada gap between activities. KERANA MEREKA PERLUKANNYA.
Untuk anak-anak yang lasak, memaksa mereka untuk duduk diam selama berjam-jam adalah umpama penderaan terhadap mereka!
8. Alone time sebelum tidur.
Kebiasaannya anak perlu lebih tenang slightly before bedtime. So ini masa yang sangat sesuai untuk anda alone time dan berbual sebentar dengan mereka.
Kajian menunjukkan anak yang sentiasa dapat alone-time dengan ibu bapa, akan ada self-control yang lebih baik dan lebih mudah mendengar arahan berbanding anak yang jarang dapat alone-time dengan ibu bapa.
So pastikan setiap malam, anda attend setiap anak anda secara berseorangan, dan berbual dengan mereka sebelum tidur. Kalau anak ramai, mungkin boleh bergilir mengikut hari. Tapi pastikan setiap seorang dapat privilege tersebut.
9) Kurangkan gula dalam makanan dan minuman anak.
Kandungan gula yang banyak terutamanya dalam processed food, menyebabkan anak lebih energetic dan sukar dikawal. We are what we eat, kan?
Dan anak yang lasak sebenarnya memerlukan air kosong yang banyak untuk keep their body hydrated.
10) Provide anak dengan aktiviti setempat yang “hands-on”.
“Hands-on” activities penting bila kita perlukan anak untuk duduk diam sebentar. Contohnya waktu makan, di tempat awam, di kenduri, dalam kereta, etc.
Dan kalau boleh pastikan gajet is your last option. Dan pilih aktiviti yang membantu anak memerah otak dengan menggunakan ransangan fine motor skills dan intellectual skills mereka.
Contohnya plastesin, lego, blocks, buku mewarna, doodling, batik painting, simple science experiments, atau aktiviti memasak.
Or you can try Erasable Matching Game by Haikal’s Game Book yang dah berjaya bantu ramai anak2 “AKTIF” untuk duduk diam dan fokus dengan satu-satu aktiviti.
Ketika anak melakukan aktiviti setempat seperti ini, kita juga sebenarnya boleh terapkan academic skills seperti identifying things / reading / counting / memorising.
Sekian 10 tips tentang cara handle anak-anak lasak!
Remember, your energetic children is not necessarily being bad, they’re just naturally energetic! The trick is to channel that energy and get them to burn as much as possible in positive, productive ways.
So, good luck parents! Your energetic kids will make you proud someday, insyaAllah!
Kredit: Puan Adlil Rajiah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Paksa Tapi Bimbing. Ini Rahsia Tomok Dan Isteri Ajar Anak Cinta al-Quran Dan Minat Belajar

Tak paksa tapi bimbing. Ini pendekatan yang diberikan Tomok dan isterinya untuk ajar anak-anak cinta al-Quran dan belajar di usia kecil.
Jika diikutkan rangsangan demi rangsangan yang diberikan berupaya untuk membentuk satu keupayaan positif dalam diri anak terutama dari aspek mental, fizikal dan sahsiah diri. Pentingnya diusia antara 3 hingga 6 tahun ini, anak akan belajar daripada apa yang mereka lihat dan buat.
Jangan rasa kita gagal mendidik anak jika lihat anak itu tidak betul-betul memberi tumpuan sewaktu mereka sedang melakukan sesuatu sebaliknya teruslah membimbing tanpa putus asa. Anak ini ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. Jika perkara baik yang kita terapkan, insya-Allah akan dapat hasil yang baik juga selepas itu.
Dalam hal mendidik anak, selebriti seperti Tomok dan isterinya, Ayu wajar dijadikan contoh. Walaupun kesibukan kerja dan menguruskan perniagaan, ternyata mereka sangat menitikberatkan pendidikan akademik dan keagamaan kepada anak-anak.
Menurut Tomok, bukan mudah untuk melayan karenah anak yang macam-macam ragam. Jika orang lain ada pembantu untuk menguruskan anak, saya dan isteri lebih selesa untuk menguruskan anak sendiri.
“Kita boleh lihat anak membesar depan mata dan tahu rutin mereka. Walaupun kadang-kadang perangai mereka sukar dibaca kerana sekejap mengamuk dan menangis, saya dah faham.
“Dari situ ia mengajar saya dan isteri kesabaran untuk melayan karenah anak. Mungkin orang tengok Arrian dan Andra comel je dalam instagram tetapi mereka juga melalui fasa yang sama seperti kanak-kanak lain.
“Paling penting di usia ini, saya sangat memberi penekanan kepada pelajaran anak-anak. Prinsip saya bukan memaksa tetapi mendedahkan mereka dengan sesuatu yang baru.
“Daripada tak tahu apa-apa sekurang-kurangnya dia dapat belajar. Itu yang penting. Sebolehnya saya tidak mahu anak-anak terlibat dalam industri muzik secara serius tetapi biarlah mereka memilih bidang yang lain. Kalau sekadar hobi ia tak menjadi masalah,” katanya.
Antara yang menarik mengenai cara didikan Tomok dan Ayu membesarkan anak-anak boleh dijadikan panduan.
1) Memastikan keseimbangan pendidikan akademik, pengajian al-Quran dan keagamaan.
2) Menetapkan dua kali seminggu untuk anak-anak belajar al-Quran dengan ustazah.
3) Sama-sama belajar dan memperbaiki bacaan al-Quran.
4) Sokong minat anak dan bagi peluang mencuba perkara baru
5) Dedahkan anak dalam kelompok positif
Rancangan realiti keibubapaan edutainment, Rockstar Junior Arrian dan Andra di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 Oktober 2017 menampilkan kehidupan Tomok, isteri dan anak-anaknya termasuk interview eksklusif, tip keibubapaan dan cabarannya. Ia juga memuatkan perjalanan bagaimana Tomok mencipta single pertama yang diinspirasikan daripada anak-anaknya.
#RockstarJr #ArrianAndra
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI