Setiap kali nak pakaikan si manja lampin bayi tentu rasa risau, takut mereka mengalami ruam. Jangan bimbang, ada petua untuk penjagaan kulit dan napkin baby yang boleh dicuba.

Penjagaan kulit dan lampin bayi

Tiada siapa boleh menafikan kegembiraan yang dirasai saat bergelar ibu bapa buat kali pertama. Tetapi dalam masa yang sama ia turut boleh mengundang tekanan apatah lagi melibatkan aspek penjagaan si manja seperti pemakaian napkin baby yang mungkin boleh menyebabkan ruam.

Pastinya anda tertanya-tanya adakah terdapat cara penjagaan kulit si manja yang betul? Sesungguhnya pengetahuan adalah kunci untuk segalanya.

Tip pemakaian napkin baby

Kebanyakan bayi yang baru lahir akan menukar lampin antara 10 hingga 15 kali dalam sehari. Banyak, bukan? Ia tampak sukar, namun sebenarnya ada petua untuk memudahkan proses menukar lampin bayi ini.

Panduan asas menukar lampin bayi baru lahir:

Ads
  • Pastikan anda basuh tangan sebelum dan selepas menukar napkin baby
  • Baringkan bayi pada permukaan rata dan selamat, seperti di lantai
  • Jangan sesekali meninggalkan bayi tanpa pengawasan jika anda menukar lampin di atas meja tukar napkin, walaupun hanya sesaat!
  • Bayi tidak akan duduk diam, bukan? Jadi pastikan segala krim, ubat atau pin diletakkan pada jarak yang tidak dapat dicapai mereka. Sebaiknya, berikan si manja mainan untuk mengalihkan fokus semasa sesi pertukaran lampin
  • Lap bahagian lampin dengan kain basahan atau tisu basah tanpa pewangi. Pastikan kawasan tersebut kering atau biarkan ia mengering sebelum memakaikan napkin baharu

Menukar napkin baby perempuan:

  • Sentiasa lap depan ke belakang untuk elak kuman daripada dubur masuk ke saluran kencing
  • Bersihkan dengan lembut lipatan luar labia. Tidak perlu membersihkan bahagian dalam faraj

Meukar napkin bayi lelaki:

  • Jangan tarik kulup zakar si kecil ke belakang semasa membersihkan zakar. Basuh bahagian tersebut dengan baik dan bersihkan daripada bahagian depan ke belakang
  • Sebelum melekatkan atau menutup lampin, pastikan zakar bayi ke bawah untuk mengelakkan kencing mengalir ke bahagian depan napkin

Merawat ruam lampin

  • Tukar lampin bayi dengan kerap dan segera selepas bayi membuang air besar
  • Bersihkan kawasan tersebut secara lembut dengan menggunakan sabun ringan dan air Kemudian, sapu krim ruam. Penggunaan krim dengan zink oksida lebih disarankan kerana ia dapat menghalang kelembapan
  • Jika menggunakan kain lampin bayi, pastikan ia dibasuh dengan bahan pencuci tanpa pewangi dan pewarna
  • Biarkan bayi bebas tanpa pemakaian napkin untuk beberapa tempoh masa dalam sehari. Ini bantu memberikan pengudaraan kepada kulit
  • Sekiranya ruam lampin berlanjutan selama lebih daripada 3 hari atau semakin teruk, lakukan pemeriksaan doktor segera.

Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat yang memerlukan ubat preskripsi.

Ads

Kulit si kecil yang baru lahir sangat lembut dan sensitif, pastinya keadaan itu mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa, bukan?

Namun ada tip penjagaan yang boleh dilakukan, seperti:

Mandi berlebihan

Menurut American Academy of Pediatrics, bagi kebanyakan bayi, mandi 3 kali seminggu sudah mencukupi. Jika berlebihan, ia boleh menyebabkan kulit mereka kering.

Ads

Ketika sesi mandian, anda boleh mengikuti beberapa petua asas berikut:

  • Pastikan suhu air suam, agar bayi tidak berasa kesejukan
  • Hanya gunakan air pada bahagian muka tanpa sabun
  • Jika ingin membasuh badan mereka, gunakan sabun dalam kuantiti yang kecil serta bebas wangian atau pewarna
  • Anda boleh membersihkan bahagian kulit kepala si kecil dengan sedikit sabun bersama berus lembut
  • Pemakaian napkin baby, berhati-hati dengan tali pusat
  • Semasa ingin pakaikan lampin bayi, pastikan anda turut berwaspada dengan tali pusat mereka.

Ikuti saranan doktor mengenai aspek penjagaan tali pusat.

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Cara Tukar Lampin Bayi Perempuan Tak Sama Dengan Bayi Lelaki, Ibu Ayah Wajib Tahu Elak Jangkitan Kuman Pada Bayi

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI