Siapa tak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang penceramah yang sentiasa menghargai pengorbanan isterinya menjaga anak-anak dan menguruskan rumah tangga sepanjang ketiadaannya pergi berdakwah.
Beliau sering berkongsi di facebook bagaimana kasih dan sayangnya terhadap isteri tercinta. Bagaimana dia merasa kasihan pada isteri yang dipanggil dengan gelaran manja “bidadariku” menguruskan kerenah anak-anak yang masih kecil serta pelbagai tugasan di rumah tanpa bantuannya yang sering keluar berdakwah.
Justeru bila ada peluang menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak dan isteri, Ustaz Ebit lebih suka menghulurkan bantuan meringankan bebanan isterinya.
Sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isteri yang dianggap banyak berkorban untuknya dan anak-anak.
Alahai sweet sangat cara Ustaz Ebit menghargai isterinya. Kalau macam ni isteri pun tak sempat nak rasa stres dan penat uruskan banyak kerja-kerja di rumah.
Ads
Doakan Isteri Tersayang
Tengah baca hadis tadi, terasa nikmat jer walau kurang sihat. Hilang semua sakit-sakit. Dapat peluk cium anak-anak.
Lepas baca Hadis saya doa, anak-anak amin kan. air mata bidadari saya berlinangan deras.
Ya Allah berilah kesihatan buat bidadariku. Berilah kekuatan padanya. Kasihan bidadari anugerahmu ini ya Allah.
Beliau uruskan anak seorang diri. Berilah bidadariku,umi buat anak-anakku ini kekuatan, kasihatan, kuatkan jiwanya, berilah dirinya sentiasa cantik,menawan, muda remaja sampai bila-bila dalam perjuangan agama ini.
Ads
Maafkanlah diriku jika ada menyakitinya. Syukur kepadaMu ya Allah memberi bidadariku ini sentiasa sihat.
Maafkanlah anak-anak ini ya Allah. Ada buat sepah. Ada yang merajuk. Ada yang kadang-kadang bergaduh dengan adik beradik.
Susahkan hati uminya. Buat uminya penat. Ada yang menangis tiba-tiba. Ya Allah terima kaseh atas nikmatMu.
Ads
Nikmat Bila Dapat Peluk Anak
Tengok-tengok anak lak menangis. Anak-anak lak tambah doa. Ya Allah jagalah umi kami. Maafkanlah kami kerana ada buat umi sedih. Semua anak-anak cium-cium umimya. Salam dan minta maaf pada umi.
Paling nikmat bila dapat peluk anak-anak. Terasa seluruh masalah dunia ini menjadi lapang. Ya Allah berilah diriku kekuatan dalam perjuangan ini..
I love u. I love u. I love u. Kami doakan semua atuk nenek. Di kampung dan di kl. Semua nama adik beradik. Ipar. Anak saudara dan pakcik makcik. Guru-guru yang membimbing anak-anak kami. Yang bimbing kami dulu..
Rindunya nak join taklim setiap hari. Selalu juga outstation bidadari saya teruskan Ta’lim dengan anak-anak. Ya Allah maafkanlah diriku ini. Berilah amalan Ta’lim ini hidup sentiasa di rumahku dan setiap rumah di orang Islam di seluruh Malaysia dan seluruh dunia.
Sudah dua hari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, namun masih lagi ada segelintir masyarakat yang tidak peka dengan keadaan penularan pandemik Covid-19 yang semakin hari semakin mengganas.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan juga pihak berkuasa supaya orang ramai menghadkan pergerakan sebagai usaha supaya penularan virus dapat dibendung termasuklah mengadakan sekatan jalan raya dan juga kempen-kempen ‘Stay Home’ yang dibuat secara besar-besaran di media sosial.
Perintah yang dibuat bukan bermakna kita diberi cuti untuk bergerak bebas ke mana-mana. Hadkan pergerakan supaya penularan virus Covid-19 dapat dikurangkan dan seterusnya dihentikan. Bayangkan jika ada yang membawa anak-anak kecil keluar pada masa ini. Dalam masa yang sama kita tidak tahu siapa di sekeliling yang merupakan pembawa virus tersebut.
Menjadi kewajipan orang yang lebih dewasa untuk lebih peka dengan penjagaan kesihatan kanak-kanak yang masih kecil terutamanya. Mereka sudah pasti belum cukup arif atau mahir dengan apa yang disarankan seperti social distance, etika menutup mulut dengan betul, tidak bersalaman dan sebagainya. Oleh itu ibu bapa atau orang sekeliling yang lebih dewasa memainkan peranan untuk melindungi anak-anak yang masih kecil dari dijangkiti virus ini.
Dalam perkongsian Public Health Malaysia di Facebook mereka memberikan tip yang disarankan dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Universiti Malaya tentang tatacara melindungi kanak-kanak dari wabak Covid-19
Tip Melindungi Kanak-kanak Dari Covid-19
Melindungi dan memastikan langkah pencegahan dan kawalan diambil bagi melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab semua.
Amalan social distancing – menjarakkan hubungan sosial amat penting untuk mengurangkan kadar penularan pandemik COVID-19.
Kejayaan pendekatan social distancing bergantung kepada pengelibatan semua individu dalam masyarakat.
Ayuh kita lakukan!
Pastikan mereka kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.
Pastikan mereka menutup mulut dengan etika yang betul apabila bersin atau batuk.
Pastikan mereka dihidangkan dengan makanan yang seimbang.
Jauhkkan mereka daripada orang yang sakit.
Elakkan anak-anak dari bersalaman dengan oang lain.
Pastikan mereka tidak menyentuh muka selepas menyentuh benda yang kotor dan berisiko.
Jaga diri anda dan juga keluarga ya! Ikut arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan supaya social distancing dapat diamalkan.
Flash card atau kad imbasan ialah salah satu alat pendidikan yang banyak digunakan ibu bapa gunakan untuk mengajar anak. Perkongsian berbentuk jenaka ibu ini tentang kad imbasan yang dihadiahkan kepada anaknya ini melucukan!
Kad imbasan ialah salah satu cara ibu bapa yang mengajar anak tentang tatabahasa dan perkataan baru. Banyak di pasaran kad imbasan menggunakan bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran sambil bermain dengan si manja.
Puan Erieqa Erine Rusli telah menceritakan tentang kad imbasan yang diterima oleh anaknya sebagai hadiah. Ia dikongsi ibu ini di Facebook dan ia telah tular sehingga dikongsi sebanyak 8,500 perkongsian.
Ia adalah sekadar jenaka kerana berpendapat kad imbasan itu lain dari yang lain dan memang menampilkan perkataan yang tidak biasa digunakan di dalam kad imbasan kanak-kanak yang lain. Ada komen daripada netizen menyatakan ia sesuai untuk diselaraskan dengan sistem persekolah terkini yang menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT)
Berikut ialah perkongsian ibu ini yang melucukan;
Aurora dapat hadiah English flash card ni, iols pun nak lah ajar kann… fikir oklah mungkin mcm flash card normal, A for Apple B for Ball.. Sorry guys, we are so outdated. Hahahaha…tergamam mak taktala melihat card-card ini. Sangat next level ucux raver hahahaha..
Semalam dah buat kt IG story, ramai yang teka macam-macam. ? Ok sekarang, cer korang pulak teka kalau pandai. hahahahahahahhaa…..
Update : jawapan sy dah post kt setiap gambar & caption sebab dah banyak sangat komen, tapi sebelum tengok jawapan cuba korang teka dulu.
tak main la A for Apple…kita skrg guna haiwan eksotik je hahahaha.
(Jawapan bergambar ada iols dah post kt setiap cards, nanti rajin2 lah scroll ya kalau nk tau betul ke x. Kita tgkkk siapa yang kenaaaaaaa ). Ramai xjumpa jawapan nya sebab komen dh byk sgt soooo jawapannya ialaaaahhhhhhhhhhhh….
ABALONE (SIPUT ABALONE)
B bukan for bearded camel ya, bukan juga Bonggolsss.. haha. Ramai xjumpa jawapan nya sebab komen dh byk sgt, so jawapannya ialaaaahhhhhhhhhhhh….
BACTRIAN CAMEL (unta gurun gobi).
?. Ramai xjumpa jawapan nya sebab komen dh byk sgt, so jawapannya ialaaaahhhhhhhhhhhh….
CANOE (kanu)
Mentanglah baru habis musim Haji…tiberrr haha. Ramai xjumpa jawapan nya sebab komen dh byk sgt, so jawapannya ialaaaahhhhhhhhhhhh….
DATES
Kita dulu belajar worm jeee…haha..tetibe huruf E…dia nk lebih details gais…haha. E : Eeeeuwww wormmm haha. Ramai xjumpa jawapan nya sebab komen dh byk sgt, so jawapannya ialaaaahhhhhhhhhhhh….
EARTHWORM (cacing tanah).
Nak kata Tefal tapi huruf F, brand baru kot Fefal haha fefal kepala otak aku.
Ramai xjumpa jawapan nya sebab komen dh byk sgt, so jawapannya ialaaaahhhhhhhhhhhh….
FRYING PAN
Goat pn anak aku belum belajar, terus belajar high level punya hahaha. Mampooooo ke. Why bother why bother.
Ramai xjumpa jawapan nya sebab komen dh byk sgt, so jawapannya ialaaaahhhhhhhhhhhh….
KID (anak kambing)
Bukan sengkuang cina mahupun buah sentol
Ramai xjumpa jawapan nya sebab komen dh byk sgt, so jawapannya ialaaaahhhhhhhhhhhh….
SEA COCONUT ( KELAPA LAUT)
ramai xtau ni apa.. haaa cer tekaaaaaaaaaaaaaaaaaa..ikan ni bukan sengaja mati dan pura2 terbalik Ramai xjumpa jawapan nya sebab komen dh byk sgt, so jawapannya ialaaaahhhhhhhhhhhh….
UPSIDE DOWN CATFISH
ni senang la korang mesti tau haha. Keee korang xtau jgk sbnrnya?
Ramai xjumpa jawapan nya sebab komen dh byk sgt, so jawapannya ialaaaahhhhhhhhhhhh….
WALNUT, ada yg teka buah zuriat lah, Kelapa tua dh kering lah adoiii koranggg
sapa anti V ni… korang xleh beli flash card ni lol
Ramai xjumpa jawapan nya sebab komen dh byk sgt, so jawapannya ialaaaahhhhhhhhhhhh….
VACCINATION
apake benda ada bulu kat bawah tu
Ramai xjumpa jawapan nya sebab komen dh byk sgt, so jawapannya ialaaaahhhhhhhhhhhh….
ZEBRA MUSSEL
“Susahnya nak suruh anak minum air kosong. Asyik nak minum air kotak dan air botol je yang banyak perisa”. “Anak saya tak suka minum air kosong. Dan kurang sangat minum air.”. “Macam mana ye nak ajar anak suka minum air kosong?”
Persoalan dia atas sering ditanyakan di kalangan ibu-ibu yang mempunyai masalah anak sukar minum air kosong. Timbulnya kerisauan tersebut apabila ibu-ibu ini nampak kesihatan anak mereka makin merosot atau mereka sendiri baru ada kesedaran betapa pentingnya kecukupan air dalam badan seseorang.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Khalisah Hazrina bagaimana cara menyeronokkan mendidik anak minum air kosong sangat mudah dan mungkin boleh membantu ibu lain.
Ada 5 cara menyeronokkan didik anak minum air kosong, Lisa nak berkongsi manfaat dan mengapa betapa pentingnya kita didik anak untuk minum air kosong berbanding air kotak mahupun air botol yang berperisa. Sebenarnya tak salah pun nak beri anak minum air kotak tetapi perlu ajar anak had mana yang boleh mereka minum. Mungkin seminggu sekali atau dua kali sahaja, hanya sekadar untuk merasa dan bagi mereka gembira. Jangan dinafikan hak mereka yang suka benda manis cumanya ajar mereka had-had yang dibolehkan.
Antara manfaat dan kepentingan minum air kosong:
Mengurangkan risiko sembelit di kalangan kanak-kanak. Boleh dikatakan 40-60% kanak-kanak mempunyai masalah sembelit dan bila ditanya mereka ini kurang minum air kosong.
Mengurangkan masalah dehidrasi. Kanak-kanak sangat aktif bermain tidak kisah di luar atau di dalam rumah. kebarangkalian mereka untuk berpeluh sangat tinggi dan menyebabkan mereka akan kekurangan air dalam badan.
Bantu organ badan berfungsi dengan baik. Sebagai contoh organ kulit jika sangat kering akan menyebabkan kegatalan dan akan berdarah.
Setelah ibu-ibu faham dan tahu kebaikan minum air kosong ini untuk anak-anak, maka mudah untuk ibu-ibu didik mereka dan sebenarnya bukan sahaja anak-anak yang kena minum air kosong, kita sebagai orang dewasa yang meningkat usia juga digalakkan minum air kosong secukupnya tambahan pula kita aktif melakukan aktiviti rutin harian.
1) Sediakan Botol Air Yang Cantik Dan Menarik
Mungkin ada ibu bapa terlepas pandang dengan tips dan cara ini iaitu menyediakan botol air yang cantik dan dapat menarik perhatian anak. Tahukah anda kanak-kanak ini lahiriahnya mereka sukakan perkara di luaran terlebih dahulu berbanding dalamnya ada apa. Sebagai contoh, kanak-kanak suka surprise egg kerana wrapping surprise egg sangat menarik membuatkan kanak-kanak ini menjadi obses untuk sentiasa membelinya sedangkan apabila mereka buka surprise egg mereka hanya layan sekejap sahaja permianan di dalamnya. Begitu juga dalam mendidik anak minum air kosong. Mulakan dengan luarannya nampak menarik terlebih dahulu.
Sebelum Lisa beli botol air anak yang pertama lisa akan tanya dahulu apa kartun yang dia paling suka dan Fareeq kata dia lebih gemar mickey mouse atau robot. Bila lisa belikan botol air yang ada gambar mickey mouse dan robot, dari situ Fareeq sangat suka bawa botolnya ke mana-mana dan secara tidak langsung apabila dia haus dia akan terus minum air botol yang dipegangnya itu.
Anda boleh lihat di sini antara jenis botol air yang dapat bantu menarik perhatian anak-anak supaya suka minum air kosong.
2) Minum Air Menggunakan Straw
Ada sesetengah kanak-kanak mereka tidak sukakan minum air kosong menggunakan cawan kerana ia mudah tumpah dan mereka tidak dapat nak agak perlu teguk tahap mana. Apabila mereka sudah rasa susah untuk minum dengan cara menggunakan cawan, maka mereka akan lebih suka minum air kotak di mana ia ada straw dan mudah untuk minum. Sebab itu, anda digalakkan untuk membeli botol air yang ada straw untuk kanak-kanak ini atau membeli straw plastik supaya mudah untuk kanak-kanak minum air.
3) Lead By Example( Ibu bapa Contoh Terbaik)
Sebelum menyuruh anak-anak ini minum air kosong secukupnya, ibu bapa sendiri perlu minum air kosong secara konsisten. Kanak-kanak akan tiru apa yang kita lakukan bukan apa yang kita suruh mereka buat. Walaupun sekarang ini ibu bapa rasa sukar untuk minum air kosong, tidak mengapa boleh dimulakan sedikit demi sedikit dan sambil itu ajak anak minum air kosong bersama-sama. Tiada istilah terlambat dalam mengajar anak-anak ke arah kebaikan. Sentiasalah positif dalam mendidik anak-anak.
4) Mendidik Seawal 6 bulan
Bagi anda yang mempunyai anak masih bayi, ketika inilah masa terbaik untuk kenalkan anak-anak amalan minum air kosong sejak mereka bayi lagi. Umur yang ideal untuk diperkenalkan minum air kosong adalah seawal 6 bulan kerana ketika usia ini mereka sudah mula makan solid food dan risiko mereka untuk menghadapi masalah sembelit agak tinggi. Ketahuilah bahawa umur ini, kanak-kanak akan ikut sahaja apa yang ibu berikan kepada mereka. Maka lebih mudah untuk mereka mengamalkan minum air kosong sehingga besar nanti.
Berdasarkan pengalaman Lisa sendiri dengan mempunyai 2 orang anak, Lisa lambat perkenalkan anak pertama Lisa dengan air kosong menyebabkan dia agak sukar untuk minum air kosong dan sehingga umurnya 2 tahun barulah dia betul-betul suka untuk minum air kosong. Berbeza dengan adiknya, Sarah. Lisa mula perkenalkan Sarah dengan minum air kosong seawal 6 bulan dan alhamdulillah sehingga kini air kosong merupakan minuman kegemarannya selain susu badan atau susu formula.
5) Sediakan Buah Yang Kaya Dengan Kandungan Air
Di samping memberi air kosong untuk kanak-kanak ini sentiasa hidrasi, mereka juga boleh makan-makanan yang kaya dengan kandungan air seperti tembikai, sayuran, buahan yang lain. Buahan dan sayuran ini mampu membekalkan air dalam badan kanak-kanak selain sumber minum air kosong sahaja. Selalulah mendidik anak untuk mencintai makan buahan dan sayuran yang dapat memberi mereka
Sebenarnya mendidik anak minum air kosong bukanlah susah jika kita tahu cara dan teknik yang betul. Tambahan pula bila kita sudah faham mengapa air kosong sangat penting untuk anak-anak dan pada diri kita juga. Cumanya kesedaran itu perlu dipupuk dari awal lagi.
InsyaALLAH, Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anak untuk minum air kosong secara konsisten dan di samping itu memberi kesihatan yang lebih baik kepada kita semua.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.