Cara Ustaz Ebit Lew Hargai Pengorbanan Isteri Jaga Anak Dan Uruskan Rumah Sangat Menyentuh Hati

Share

Siapa tak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang penceramah yang sentiasa menghargai pengorbanan isterinya menjaga anak-anak dan menguruskan rumah tangga sepanjang ketiadaannya pergi berdakwah.

Beliau sering berkongsi di facebook bagaimana kasih dan sayangnya terhadap isteri tercinta. Bagaimana dia merasa kasihan pada isteri yang dipanggil dengan gelaran manja “bidadariku” menguruskan kerenah anak-anak yang masih kecil serta pelbagai tugasan di rumah tanpa bantuannya yang sering keluar berdakwah.

Justeru bila ada peluang menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak dan isteri, Ustaz Ebit lebih suka menghulurkan bantuan meringankan bebanan isterinya.

Sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isteri yang dianggap banyak berkorban untuknya dan anak-anak.

Alahai sweet sangat cara Ustaz Ebit menghargai isterinya. Kalau macam ni isteri pun tak sempat nak rasa stres dan penat uruskan banyak kerja-kerja di rumah.

Doakan Isteri Tersayang

Tengah baca hadis tadi, terasa nikmat jer walau kurang sihat. Hilang semua sakit-sakit. Dapat peluk cium anak-anak.

Lepas baca Hadis saya doa, anak-anak amin kan. air mata bidadari saya berlinangan deras.

Ya Allah berilah kesihatan buat bidadariku. Berilah kekuatan padanya. Kasihan bidadari anugerahmu ini ya Allah.

Beliau uruskan anak seorang diri. Berilah bidadariku,umi buat anak-anakku ini kekuatan, kasihatan, kuatkan jiwanya, berilah dirinya sentiasa cantik,menawan, muda remaja sampai bila-bila dalam perjuangan agama ini.

Maafkanlah diriku jika ada menyakitinya. Syukur kepadaMu ya Allah memberi bidadariku ini sentiasa sihat.

Maafkanlah anak-anak ini ya Allah. Ada buat sepah. Ada yang merajuk. Ada yang kadang-kadang bergaduh dengan adik beradik.

Susahkan hati uminya. Buat uminya penat. Ada yang menangis tiba-tiba. Ya Allah terima kaseh atas nikmatMu.

Nikmat Bila Dapat Peluk Anak

Tengok-tengok anak lak menangis. Anak-anak lak tambah doa. Ya Allah jagalah umi kami. Maafkanlah kami kerana ada buat umi sedih. Semua anak-anak cium-cium umimya. Salam dan minta maaf pada umi.

Paling nikmat bila dapat peluk anak-anak. Terasa seluruh masalah dunia ini menjadi lapang. Ya Allah berilah diriku kekuatan dalam perjuangan ini..

I love u. I love u. I love u. Kami doakan semua atuk nenek. Di kampung dan di kl. Semua nama adik beradik. Ipar. Anak saudara dan pakcik makcik. Guru-guru yang membimbing anak-anak kami. Yang bimbing kami dulu..

Rindunya nak join taklim setiap hari. Selalu juga outstation bidadari saya teruskan Ta’lim dengan anak-anak. Ya Allah maafkanlah diriku ini. Berilah amalan Ta’lim ini hidup sentiasa di rumahku dan setiap rumah di orang Islam di seluruh Malaysia dan seluruh dunia.

Sumber: Ebit Lew

Published by
Hasnita Sawal