‘Risaunya, anak dah lama batuk tak baik-baik’ pasti keadaan ini membuatkan kita sebagai ibu bapa risau.
Menurut perkongsian Dr. Mazliana, penggunaan lemon dapat membantu meredakan batuk kerana kandungan nutrisinya yang tinggi. Ikuti perkongsian ini.
Cari lemon bila anak batuk kahak lebih seminggu tak baik-baik lagi. Lemon bantu cairkan kahak anak.
Dalam lemon ada kandungan citric acid yang tinggi. Ini yang buatkan kahak anak mudah mencair.
Perah setengah biji air lemon, larutkan dalam air suam 1 cawan.
Kalau campur madu lagi baik (Bagi anak 2 tahun ke atas)
Bagi anak minum, paling kurang sekali sehari.
Anak yang tengah asthma, minum 2 kali sehari.
Ads
Lemon hanya untuk anak batuk kahak, umur setahun dan ke atas.
Lemon jugak, tinggi dengan vitamin C. Bantu kuatkan imuniti anak, lawan jangkitan kuman yang sebabkan batuk berkahak.
Korang cuba k. Kita ikhtiar sampai anak sembuh, insyaAllah. Usaha dari kita itu perlu, yang sembuhkan itu Allah.
Faktor usia bukan halangan. Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenamnya pada petang semalam.
Menerusi petikan artikel yang dikeluarkan oleh Harian Metro, yang turut juga dikongsikan oleh Awie menerusi facebooknya, Awie menyampaikan khabar gembira itu kepada seluruh peminatnya.
“Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, Syukur keduanya sihat selalu.
“Bahagia ku dengan kehadiran mu, menambah seri di dalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!,” tulisnya.
Tidak mendedahkan jantina, namun melalui perkongsian dan komen di kapsyen, peminat mendedahkan Awie menimang seorang bayi lelaki pelengkap bahagianya bersama isteri tercinta.
Terdahulu melalui beberapa perkongsian video yang sering dimuat naik Awie menerusi instagramnya, Awie turut mengemas kini mengenai perkembangan terkini kandungan isterinya melalui pemeriksaan bulanan yang dijalankan di Hospital Ampang Puteri, Ampang.
Perkongsian status Awie itu menerima reaksi gembira daripada rakan-rakan dan kenalannya. Tidak kurang juga para peminat yang mengikutinya di Facebook.
Terdahulu Awie pernah memberitahu keadaan isterinya dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat. Malah menerusi satu entri di instagramnya, Awie turut memaklumkan masanya untuk bertemu bayi keenamnya itu hampir tiba.
“Alhamdulillah, 35 minggu berlalu. Masa dah hampir bertemu.
“Ampang Puteri pilihan ku , berpuluh tahun kami di situ , dr anak ku yg nombor satu,”kongsi Awie lagi.
Terdahulu, Datuk Awie mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, pada Oktober 2016 lalu dan kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pelengkap bahagia. Awie turut mempunyai lima orang cahaya matanya bersama bekas-bekas isterinya yang lain.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Setiap ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayinya sehingga cukup membesar. Malangnya, kebanyakan para ibu tidak boleh meninggalkan pekerjaan mereka untuk jangka masa panjang selepas kelahiran, jadi mereka terpaksa beralih kepada penyusuan dengan botol. Lebih sukar lagi bagi para ibu yang menghadapi bayi yang tidak suka botol susu. Jika bayi anda mengalami masalah yang sama, berikut adalah beberapa tip untuk membuat peralihan lebih mudah untuk anda dan si manja anda:
Penyelidik percaya bahawa bayi akan lebih cenderung menerima susu daripada botol jika ia mempunyai persamaan dengan susu daripada payudara ibunya. Sekiranya bayi anda cerewet tentang suhu, anda boleh mengepam dan menyusukan bayi anda dengan serta-merta atau memanaskan botol susu. Jika bayi masih menolak botol, cari botol dengan puting puting yang sama dengan puting payudara anda. Bayi anda mungkin hanya mencari rasa dan suhu yang menyerupai payudara ibunya.
Sesetengah pakar pediatrik mencadangkan anda menjauhkan diri daripada bayi anda, contohnya dengan tidak menyusukannya, sebaliknya tugaskan suami anda atau orang lain. Anda masih boleh berada di rumah yang sama tetapi di dalam bilik yang berbeza.
Jika bayi anda masih menolak, tinggalkan kaedah botol dan teruskan kepada penggunaan cawan. Tetapi sebelum anda berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda. Selain itu, cuba belajar cara yang betul untuk memberi makan anak anda dengan cawan kerana melakukannya dengan cara yang salah boleh menyebabkan bayi anda tercekik.
Membantu bayi anda minum dari botol susu mungkin mengambil masa berhari, minggu atau bulan. Sesetengah ibu perlu melalui 10 jenis botol berbeza dalam masa dua bulan untuk mencari yang disukai bayi mereka. Teruskan mencuba dan bersabar dengan bayi anda.
Pemilihan masa adalah sangat penting dalam percubaan dengan botol susu. Mulakan perlahan-lahan dan galakkan secara positif, jangan memaksa atau mendesak bayi anda. Waktu yang sesuai ialah apabila bayi anda tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang, dan tidak letih atau meragam. Mungkin 30 – 60 minit selepas menyusu atau makan. Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan, hentikan segera dan cuba lagi. Kuncinya ialah untuk membiasakan bayi anda dengan botol susu supaya dia gembira menerimanya sebagai sumber makanan alternatif.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana tak sedih, bila melihat anak yang dilahirkan sihat dan tiada sebarang masalah tiba-tiba disahkan mengalami masalah kulit (ekzema) yang agak serius di beberapa anggota badan.
Bukan itu saja, lelehan air bisa tiap kali anak menggaru cukup membuatkan Puan Farahfeyra Mahmud fobia. Tak sanggup lihat anak menangis tahan sakit dan gatal, sebagai ibu dia telah korbankan segala-galanya demi nak memastikan buah hatinya, Alisya dapat kembali menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.
Moga kisah adik Alisya dapat memberi semangat kepada ibu bapa yang mempunyai anak ekzema untuk tidak berputus asa melakukan rawatan terbaik. Ini kerana ekzema antara masalah penyakit kulit yang popular dalam kalangan kanak-kanak sejak kebelakangan ini.
Mula-mula pipi kering
Kisah Alisya pernah kena eczema seluruh badan. Masa tu, Alisya berusia 3.5 bulan. Mula-mula perasan pipi kering, tak macam biasa. Lepas tu Fara letak calamine lotion. Selalunya sehari dua hari dah baik tapi berjangkit, naik kat tangan pulak.
Mesej Mizhana Padzi, tanya, ni Eczema ke? Dangggg! Yes it is! Alisya ada Eczema.. and looks like macam dah nak merebak seluruh badan.
Hati ibu abah mana tak sedih. Hati wan atok.. semua sedih dengan Alisya. Tapi satu perkara yang Fara belajar, bila anak kita kena eczema, psikologi mak ayah sendiri kena jaga.
Buang jauh-jauh perasaan sedih tu.. gantikan dengan perasaan bersyukur. Sebab Allah bagi sayang Dia lebih kat kita.
Terpaksa ubah rutin pemakanan dan harian
Sepanjang mengikuti Perfect Eczema Plan (PEP) daripada Mizhana Padzi, Fara betul-betul disiplin. Rutin pemakanan berubah 360 darjah. Fara yang kena jaga makan sebab Alisya 100% full breast milk. Alisya masa ni mula makan 6 bulan memang ikut menu PEP je. (Uishhh maknya kurus masa ni).
Garam putih buang. Ganti dengan garam pink. Milo tak minum. Roti tak makan. Semua ikut PEP Mizhana. Cara sapuan semua ikut! 4-5 bulan juga air bisa keluar dari kulit Alisya. Teruskan lagi, balut dan pakaikan baju lengan panjang 24 jam sebab tak nak Alisya garu-garu. Bawa keluar kena matahari setiap pagi, setiap petang, sebab VITAMIN D SANGAT BAIK UNTUK ECZEMA.
Ambil masa 9 bulan untuk sembuh
Alhamdulillah lepas 8-9 bulan, rasanya umur Alisya nak dekat 2 tahun macam tu, kulit Alisya slowly recovered. Nampak dah kuat, sebab setiap kali garu, air bisa dah tak ada. Garu kuat sikit, mula scratch, lepas tu luka. Luka pulak cepat cantum. Peluh mula keluar.
Kalau nak tunjuk gambar Alisya lama-lama, Fara memang tak ada simpan banyak. Sebab tak nak timbul perasaan ‘kesiannnyaaaa….’ tu.
Sekarang, umur Alisya dah 3 tahun. Akhirnya berkat kesabaran mula nampak perubahan yang ketara dan kulitnya pun dah cantik. Mommy yang ada anak alergik, kulit sensitif, ada eczema.. jangan DOWN ok? Love your kids’ skin okay because they are beautiful
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!