Walaupun kita hidup dalam era serba moden, tak dapat dinafikan petua-petua turun-temurun masih diamalkan oleh ramai. Terutama bila dah rasa sendiri keberkesanan petua tu, pasti kita tergerak hati nak kongsikan dengan orang lain.
Begitu juga kisahnya dengan seorang doktor pakar otak yang dikenali ramai, Dr. Rizal Abu Bakar. Dia sendiri mengamalkan beberapa petua tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.
Dalam satu posting di Facebook, Dr. Rizal berkongsi cara-cara dia menjaga kesihatan, terutama dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini, supaya terhindar dari jangkitan selesema dan batuk.
“Sekarang ni cuaca tak menentu kan? Sekejap hujan. Sekejap panas.
“Bila cuaca macam ni mudah nak sakit. Saya ni kalau boleh nak elak dari sakit sakit. Jadi petang semalam ambillah aloe vera. Buat detoks dan tingkatkan imun.
“Bila imun dah kuat, tenteta dalam dah power, sakit tak boleh nak himpit. Off course dengan izin Allah. Kita ni ikhtiar. Usaha saja.
“Apapun petua minuman ni lawan inflamasi tubuh. Bantu turunkan berat badan. Turunkan kolesterol. Jauhkan selsema dan batuk,” ujarnya.
Nak buat pun mudah. Cuma perlukan
Aloe Vera – satu potong
Lemon – sebiji
Halia – sebesar ibu jari sendiri
Air – menutupi semua bahan di atas
Madu – satu sudu atau secukup rasa.
Caranya pun mudah. Blend saja. Minum.
Lepas minum kita sendiri akan rasa badan ringan. Tak lemau. Ada energi lebih sikit.
Bolehlah cuba. Sesuai sangat musim sekarang ni.
Sumber : DrRizal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Botol Susu Kaca Antara Botol Terbaik, BPA Free & Tak Mengeluarkan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Bayi
Bisphenol A ataupun BPA adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik polikarbonat dan resin epoksi sejak lebih 40 tahun yang lalu. Plastik polikarbonat digunakan dalam pembuatan bekas makanan termasuk botol susu agar ia keras dan lutsinar manakala resin pula digunakan untuk menyalut bekas besi seperti tin makanan termasuk tin susu formula, penutup botol dan paip air, bagi mengelakkan karat dan meningkatkan jangka hayat makanan di dalam tin itu.
Baca: Hargai Pengasuh Yang Baik, Mereka Insan Yang Memudahkan Urusan Hidup Kita. Rezeki Yang Sangat Besar
Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan, terutamanya ke atas haiwan, ia telah mendapati bahawa pendedahan kepada BPA dapat memberi kesan buruk kepada kesihatan-terutamanya pada perkembangan otak, sistem reproduktif dan juga menyebabkan barah. Kesannya bukan setakat kepada kanak-kanak kecil, malah kepada bayi sejak dari dalam kandungan lagi.
Susulan daripada penerbitan kajian-kajian itu, pada tahun 2012, Food and Drug Administration (FDA) telah mengharamkan penggunaan BPA di dalam pengeluaran botol susu bayi. Pada bulan Julai 2013, FDA pula mengharamkan penggunaan BPA pada tin susu formula. Sejak daripada itu, banyak syarikat-syarikat pengeluaran barangan bayi juga telah memberhentikan penggunaan BPA di dalam pengeluaran produk mereka seperti cawan minuman ataupun sippy cup.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengharamkan penjualan botol susu jenis polikarbonat (PC) yang mengandung BPA mulai 1 Mac 2012.
Maksud ‘BPA free’
Botol susu ‘BPA free’ adalah botol susu yang bebas dari BPA dan diperbuat daripada bahan plastik selain dari PC seperti Polypropylene (PP), Polyethersulfone (PES), Polyamides (PA), Polyphenylsulfone (PPSU) dan juga kaca.
Botol susu bebas BPA biasanya boleh dikenalpasti melalui:
- Label ‘BPA-free’ yang terdapat pada botol atau pembungkus botol susu
- Mempunyai simbol kitar semula nombor ‘5’ bagi botol yang diperbuat daripada polypropylene (PP)
- Mempunyai simbol kitar semula nombor ‘7’ dengan perkataan PA bagi botol yang diperbuat daripada polyamide atau perkataan PES bagi botol yang diperbuat daripada polyethersulfone.
Botol susu kaca adalah yang terbaik kerana ia dapat menahan suhu yang panas, lutsinar dan tidak akan mengeluarkan bahan kimia yang membahayakan walaupun dipanaskan. Walaupun botol susu kaca tidak praktikal kerana berat dan mudah pecah, ia boleh bertahan seumur hidup sekiranya dijaga, disimpan dan dibasuh dengan rapi.
Jenis produk yang sering mengandungi BPA selain botol susu bayi.
Selain daripada botol susu bayi, BPA juga boleh terkandung di dalam produk lain seperti peralatan sukan (topi keledar, goggle), botol air plastik, peralatan perubatan (kateter, tiub, pengedap gigi ataupun dental sealant) dan juga lapisan dalam tin makanan dan minuman. Peralatan bayi dan kanak-kanak seperti cawan minuman (sippy cup), tin susu formula, plastik pemegang pada puting tiruan dan permainan pun boleh mengandungi BPA.
Penggunaan BPA pada botol susu telah diharamkan pada tahun 2012, jadi, botol susu lama yang dikeluarkan sebelum tahun 2012 juga mungkin mengandungi BPA.
Bagaimana BPA boleh masuk ke dalam tubuh manusia, apakah kesannya?
Punca utama pendedahan kepada BPA adalah melalui pemakanan and minuman.
- Kanak-kanak boleh terdedah kepada BPA secara langsung apabila makan atau minum daripada bekas yang diperbuat daripada BPA.
- Bayi di dalam kandungan dan bayi yang diberi susu ibu juga secara tidak langsung boleh terdedah kepada BPA. Ini adalah apabila ibu mengandung atau menyusu badan makan atau minum dari bekas yang diperbuat daripada BPA. BPA didapati terkandung di dalam air ketuban dan juga susu badan.
Kadar BPA yang larut keluar dari plastik adalah lebih tinggi jika suhu adalah panas, contohnya apabila makanan dalam bekas plastik atau susu di dalam botol susu dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Kajian yang dijalankan di University of Cincinnati menunjukkan BPA boleh larut keluar sebanyak 55 kali ganda lebih cepat apabila bekas dipanaskan. Kandungan BPA yang larut keluar juga bergantung kepada jenis makanan (lebih pada makanan berlemak, masin atau berasid) dan jangkamasa kontak makanan kepada bekas itu.
Apa yang mengejutkan adalah berdasarkan kajian oleh CDC, pengambilan BPA yang tertinggi adalah di kalangan bayi dan kanak-kanak. Ini adalah membimbangkan kerana di peringkat awal usia, organ kanak-kanak sedang berkembang dan kesan yang buruk boleh memberi komplikasi jangka masa panjang kepada mereka. Badan kanak-kanak juga kurang efisien untuk menghapuskan bahan-bahan merbahaya dari sistem badan mereka.
Apakah kesan BPA terhadap tubuh manusia?
- Hormon: BPA menyerupai atau boleh mengganggu tindakan satu hormon yang dinamakan Estrogen, iaitu satu hormon yang membantu dalam pembentukan sistem reproduktif atau seksual sejak kanak-kanak lagi. Kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan waktu akil baligh kanak kanak perempuan menjadi lebih awal. Ia juga dapat mengurangkan tahap kesuburan dan mengurangkan kadar kejayaan rawatan IVF. Di samping itu, bagi lelaki, ia dapat mengurangkan kualiti sperma.
- Otak: Ia memberi kesan negatif kepada perkembangan otak yang boleh mengakibatkan masalah pembelajaran, ingatan dan juga tingkahlaku seperti ADHD.
- Kanser: Kajian ke atas haiwan telah menunjukkan ia dapat meningkatkan risiko untuk mendapat kanser prostat dan hati dan juga mengurangkan respon kimotherapi terhadap sel kanser
- Penyakit Jantung dan kencing manis: Satu kajian besar diterbitkan di dalam Journal of American Medical Association pada tahun 2008 menunjukkan golongan dewasa yang mengandungi kandungan BPA yang tinggi di dalam badan mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat kencing manis atau masalah jantung.
- Lain-lain: Ia dapat meningkatkan risiko obesiti, mengganggu sistem imuniti dan saraf.
Cara kurangkan pendedahan pada BPA
Mungkin kita rasa sukar atau tidak mampu untuk mengelak dari pengambilan BPA secara sepenuhnya kerana banyak produk yang mengandungi BPA. Akan tetapi, kita boleh mempraktikkan beberapa langkah yang disyorkan oleh FDA bagi mengurangkan pendedahan sebanyak yang mungkin, lebih-lebih lagi bagi anak-anak kecil, ibu mengandung dan juga ibu yang menyusu badan.
- Beli barang bayi yang dinyatakan sebagai ‘BPA-free’ ataupun tanpa BPA. Kebanyakan botol susu, cawan minuman dan barangan kanak-kanak lain akan dinyatakan sama ada ia ‘BPA-free’ apabila mengiklankan produk mereka.
- Elakkan dari menggunakan bekas plastik dalam penyediaan dan penyimpanan makanan, dan juga apabila makan. Gunakan alternatif lain seperti bekas kaca, porcelin atau besi tahan karat yang tidak mengandungi BPA.
- Perhatikan kod kitar semula di bawas bekas untuk mengenalpasti jenis plastik yang digunakan. Betas plastik yang mengandungi BPA biasanya adalah lutsinar dan keras, dan diletakkan simbol ‘7’ ataupun huruf ‘PC’ di tepi simbol kitar semula. Elakkan juga penggunaan plastik dengan kod kitar semula ‘3’ (phthalates) dan juga ‘6’ (styrene) yang juga mempunyai bahan kimia yang boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan kanak kanak.
- Jangan sama sekali menggunakan bekas plastik apabila memanaskan makanan. Suhu yang panas akan melarut keluar BPA dari bekas ke dalam makanan. Lebih baik jika menggunakan bekas kaca atau stoneware. Jangan panaskan susu formula atau susu ibu yang diletakkan dalam plastik atau botol susu di dalam ketuhar gelombang mikro. Air yang panas mendidih juga tidak sesuai untuk dituang terus ke dalam botol susu plastik apabila membancuh susu.
- Elakkan membasuh bekas plastik, botol susu, cawan minuman (Sippy cup) di dalam mesin basuh pinggan mangkuk. Air panas yang digunakan oleh mesin itu akan melarut keluar BPA. Basuh dengan tangan dan span atau berus lembut di dalam sinki seperti biasa.
- Jangan guna bekas plastik yang retak, bercalar, kusam atau sumbing kerana bukan sahaja BPA boleh larut keluar sekiranya ia mengandungi BPA, ia juga boleh mengandungi kuman di celah-celah dinding bekas itu. Tukar botol susu setiap 6 bulan.
- Adalah lebih baik sekiranya makan makanan segar (fresh) atau sejuk beku (frozen) daripada makan makanan dalam tin. Salutan dalam tin itu boleh mengandungi BPA
Kredit: Dr Tengku Putri Zainab Baby and Child Specialist Clinic
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Cepat Cergas Lepas Bersalin, Minum Air Rebusan Ni, Seminggu Badan Dah Kuat!
Lepas pantang, ibu seboleh-bolehnya mahu lekas sembuh dan kembali cergas macam biasa. Selain mengambil pemakanan yang sihat dan segar, amalan tradisional seperti mengambil air-air rebusan pun tidak salah jika hendak diamalkan.
Melalui perkongsian ilmu petua lama berpantang dari Puan Noriza Rahman, minum air rebusan daun harimau beranak dikatakan baik untuk mengembalikan kecergasan ibu bersalin. Bukan saja cergas bahkan perut pun cepat kempis.
Ini air daun harimau beranak. Siapa dah pernah minum? Siapa dah pernah amalkan?
Ada yang tanya, untuk apa daun harimau beranak ini? Sebenarnya, daun ini digunakan oleh bidan-bidan lama dalam rawatan ibu berpantang.
Tak perlu makan jamu atau akar kayu, cukup dengan daun ini. Insya Allah seminggu berpantang dah cergas, kempis perut dan boleh buat kerja-kerja ringan. Siapa yang sakit urat yang sangat teruk pun boleh amalkan minum. Alhamdulillah, lega banyak lepas minum air daun ini.
Lelaki boleh ke nak minum? Boleh sangat! Perempuan hamil tak boleh minum!
Apa kesan selepas minum?
Salah satunya, kentut dan sendawa tak berhenti. Kerap kencing dan lawas buang air besar. Jika anda ada buasir, ini salah satu ikhtiar untuk mengecutkan semula buasir.
Warna air daun harimau beranak tak tetap. Ikut masa yang anda rebus. Tapi warna ‘teh o’ ini just nice untuk orang yang baru nak cuba. Ingat warna hitam, ingat daun harimau beranak. Ingat daun hutan, ingat daun harimau beranak.
Macam mana nak rebus?
Air rebusan ini rasa seperti teh herba kosong. Tidak dicampur apa-apa pun. Hanya rebus dan minum 2 kali sehari. Bagi sakit-sakit urat biasa dan bukan ibu dalam pantang, sebalang tahan lebih kurang 3 minggu.
Ibu dalam pantang pula, sebalang tahan lebih kurang 2 minggu, sebab kuantiti daun yang direbus lebih banyak. Tapi bergantung juga, kalau badan ibu tak pernah langsung ambil apa-apa herba, kuantiti dia cukup mulakan dengan 1-2 helai daun dulu.
☑️ 7 hari dalam pantang dah cergas,
☑️ 7 hari dalam pantang badan kembang susut dan mula terbentuk
☑️ 7 hari dalam pantang emosi dan mood ibu lebih stabil.
Tak susah pun, hanya rebus daun dan minum 2 kali sehari. Daun pun tahan bertahun tak reput, hanya simpankan saja dalam balang bertutup.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Noriza Rahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Hanya Mampu Terbaring, Kena Sawan Sampai Sembilan Kali Sehari
Ibu dan ayah manalah yang tegar melihat anak yang masih kecil menanggung sakit yang maha hebat. Namun itulah yang perlu dilalui setiap hari oleh Nurul Ashafiqah Azlan, 23, dan suami, Azhar Ali, 36. Anak mereka Nur Iman Fitriah menghidap penyakit sawan saraf yang menyebabkan dia diserang sawan antara tujuh hingga sembilan kali sehari dan perlu bergantung hidup dengan mesin bantuan oksigen.
Tiada lagi teriakan atau atau air mata menahan kesakitan yang mampu diluahkan Nur Iman Fitriah dek kerana ada tiub yang dimasukkan melalui rongga hidung terus ke usus. Dia hanya mampu terbaring sepanjang masa.
Malah, kanak-kanak ini pernah koma selama dua minggu gara-gara tidak mendapat oksigen yang cukup, selain ruang pada mulutnya yang tertutup memerlukan dia makan dan minum melalui ‘feeding tube’ yang disalurkan melalui hidung ke ususnya.
Ibu dan ayah dibuang kerja, terlalu banyak ambil cuti kecemasan
Memburukkan lagi keadaan, Nurul Ashafiqah dan Azhar dibuang kerja pada pertengahan tahun lalu memandangkan kedua-duanya terlalu banyak cuti kecemasan untuk menguruskan Nur Iman Fitriah.
Nurul Ashafiqah berkata, anaknya mula mengalami penyakit sawan kronik sejak berusia tiga bulan yang mana anak sulung daripada dua beradik itu kerap mengalami kekejangan selain muka akan kebiruan.
“Dengan pendapatan sebagai pekerja sebuah kedai serbaneka sebelum ini kami berusaha untuk mendapatkan rawatan Nur Iman. Namun, kami berdua dibuang kerja kerana selalu cuti kecemasan bagi menguruskannya.
Jual popia dan tauhu begedil untuk tampung keluarga dan kos rawatan anak
“Bagi menampung perbelanjaan hidup dan membayar kos rawatan Nur Iman, kami menjual tauhu begedil dan popia. Namun, untuk permulaan kami tidak mempunyai modal.
“Saya dan suami mengutip tin, kotak dan pelbagai barang terbuang yang boleh dijual untuk dijadikan modal perniagaan sebelum berjaya memulakan perniagaan makanan berkenaan yang mampu memperolehi pulangan antara RM500 hingga RM900 sebulan,” katanya ketika ditemui.
Nurul Ashafiqah berkata, bagaimanapun pendapatan itu tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian dan kos merawat Nur Iman memandangkan anaknya itu perlu minum susu khas yang memerlukan kos sebanyak kira-kira RM500 sebulan.
“Nur Iman tidak boleh makan dan minum kerana rongga mulutnya tertutup. Dia makan dan minum melalui tiub yang disalurkan melalui hidung, selain perlu minum susu khas.
“Dia hanya mampu terbaring sepanjang masa dan tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak lain, malah tidak lagi menangis ketika memasukkan tiub melalui hidung selain dia kini tidak boleh melihat kerana mengalami rabun kronik.
Perlu kos yang banyak untuk Nur Iman dan keperluan lain
“Setiap bulan kami juga perlu membelikan tiub yang berharga RM100 selain perlu menanggung kos pengangkutan ulang-alik ke hospital memandangkan suami hanya memiliki motosikal.
“Ketika ini sewa rumah kami juga sudah tertunggak sejak kira-kira setahun lalu,” katanya yang tinggal di Pangsapuri Seri Perdana, Paroi di Seremban.
Menurut Nurul Ashafiqah, dia ada menerima tempahan tauhu begedil daripada tiga kedai, namun tidak boleh membuat makanan itu dalam kuantiti banyak kerana peti sejuk bekunya yang bersaiz kecil.
“Saya berharap ada pihak atau agensi yang mahu membantu kami untuk menyumbang sama ada dari segi kewangan atau barangan seperti peti sejuk beku yang lebih besar bagi melebarkan perniagaan kami,” katanya.
Orang ramai atau pihak tertentu yang mahu menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun BSN Nurul Ashafiqah 0511241000206952 atau boleh menghubunginya di talian 0176796954.
sumber: Hmetro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI