Cekodok Jejari Kentang 5 Bahan, Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam, Guna Bahan Simple Je!

Share

Selalu kentang kita jadikan jejari kentang biasa. Apa kata kita olah jadikan cekodok atau cucur kentang pula untuk anak-anak sekeluarga. Makan panas-panas depan televisyen buat bertambah anak-beranak.

Resipi ringkas dan mudah yang dikongsikan oleh Eyda Rohaidah ini paling senang hendak di sediakan. Jom cuba!


Menu minum petang kami. Cekodok jejari kentang bikin laki sayang. Crunchy diluar, lembut di dalam. Siapa yang takde idea bole la cuba. Guna bahan-bahan simple kat rumah je. Asyik lapar je kan. Try la, Insyaallah dijamin sedap.

Bahan-bahan:
3 biji kentang
Bawang merah
Cili padi
Tepung gandum
Sedikit garam
Sebiji telur
Minyak

Bahan utama kentang cukup la 3 biji.

Bawang merah hiris halus + cili api bagi pedas cikit. Kalau ada anak kecil tak payah letak cili api). Nak lagi sedap bubuh daun kucai/taugeh.

Sagat kentang sampai jadi camni.

 

Tepung gandum agak-agak je, jangan banyak pastu letak la kunyit sikit kami suka kuning-kuning. Perasakan dengan garam. (Boleh jugak nak pecah telur sebijik) ikut selera na.

Gaul rata sampai jadi camni. Air jangan banyak sangat. Agak-agak saja.

Siap dah goreng dalam minyak panas. Jaga api jangan hangit.

Taraaa. Siap boleh makan. Rangup kat luar, lembut kat dalam. Makan panas-panas. Sedap!

Artikel berkaitan: Cucur Manis Bebola Ubi Keledek, Comel Bulat-Bulat Bentuknya, Nak Buat Cukup Mudah!

Cucur Roti Mudah & Sedap, Teksturnya Lembut, Idea Kudapan Untuk Anak

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM