Dihujung minggu ini, sarapan pagi atau minum petang yang panas semestinya sudah dinantikan anak-anak dan suami. Apa menu anda?
Apa kata kali ini kita cuba pula cekodok pisang untuk anak-anak. Selalunya hasil kejadiannya jadi kurang sempurna. Pasti anda tersalah sukatan cara yang tepat. Ini sukatan tepat yang lembut dan tak keras.
Jom cuba perkongsian resipi Yatie Kitchen ini. Mesti sedap!
Tips buat Cekodok Pisang
1 cawan pisang
1/2 cawan tepong gandum
3 sudu gula perang
1 sudu kecil tepung beras
Secubit garam
* So kalau 4 cawan pisang = 2 cawan tepong gandom
Kupas kulit pisang dan lenyekkan.
Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati.
Panaskan kuali berisi minyak. Cedok adunan sedikit demi sedikit menggunakan sudu atau tangan dan goreng dengan api sederhana.
Masak hingga warna keperangan dan angkat. Sedia untuk dimakan.
Insyallah cantik cekodok pisang ! Jgn lupa bubuh tepung beras sikit.
Selalu sukatan kita kadang terlembik la, terkeras la. Ini tips dia. So petang ni boleh la buat kan!!!
Pisang yang sedap buat cekodok- pisang emas atau pisang berangan.
Tip:
* Tip pada yang tak mahir untuk sukat tepung: 2 cawan pisang=1 cawan tepung gandum.
* Basahkan tangan dengan air dan bulat-bulatkan cekodok tadi (supaya adunan tidak melekat di tangan semasa menggoreng).
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma