Celik Mata Main, Punggah Mainan. Syukurlah Anak Kita Lasak Daripada Asyik Tengok Phone

Share

Anak tak ketagih gadget ni lasak dia memang luar biasa. Aduhai, letih sebenarnya jaga anak cara begini. Dari celik mata sampai dia tutup mata, tak boleh nak berehat. Ada sahaja akal dia nak improvasi segala benda kat rumah jadi mainan.

Tapi lebih baik anak lasak bermain daripada anak lasak tantrum. Ini yang sepatutnya ibu bapa kena fikirkan tanpa mengeluh.

Perkongsian dari Mohd Fhais yang banyak menulis mengenai ilmu keibubapaan dan kekeluargaan ini sangat tepat dalam keadaan hari ini.

Apa saya perasan, “self control” anak yang tak ketagih gadget ni lebih tinggi daripada anak yang dah ketagihan gadget.

Sekali cakap je anak mudah faham. Walau tak dapat pun apa yang di minta, bila kita pujuk senang masuk ke hati baik dia.

Berbeza sangat buat yang dah ketagih ni, pujuk memujuk ni tak mudah jalan. Selagi tekak tak sakit selagi itu dia akan tantrum, mengamuk dan meronta-ronta.

Bila tantrum dah mula lasak mula la “raksasa” dalam diri anak tu akan keluar.

Seboleh-bolehnya apa yang dia minta tu kena dapat. Perkataan “tak boleh” tu seolah-olah tak ada dalam kamus hidup diorang. Tak peduli la orang sekeliling, kat tengah shopping mall pun jadi dia buat perangai.

Oleh itu semuanya bermula dari rumah, dari anak masih kecil.

Jika di rumah anak tak boleh duduk diam, lasak kemain, habis semua barang di rumah dia jadikan alat permainan, maka bersyukurlah kerana anda sedang membesarkan anak yang bijak “self control” dan bijak bermain.

Jangan pandang enteng masalah ketagihan gadget ni, di negara barat ketagihan gadget ni dah di anggap sama “bahaya” dengan ketagihan arak dan dadah tau.

Sumber: Mohd Fhais
Sama-sama kita beringat demi anak-anak

Published by
Wan Amalia Mohd Daud