Tidak dinafikan, selepas melahirkan anak kedua, tumpuan kepada anak pertama semakin berkurang dek kerana urusan bayi kedua yang menuntut lebih masa. Jika anda tidak cukup kuat untuk melayan karenah anak pertama kerana baru melahirkan, minta suami atau orang terdekat seperti Atuk dan Wan untuk memberi lebih ruang pada anak pertama ini. Jangan biarkan mereka cemburu dan kecewa.
Menurut Ibu Rose-Mesejnya Kasih, anak pertama harus dididik agar dia lebih bersedia untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya. Gunakan perkataan dan lebih baik supaya hati anak tidak terguris. Ini yang boleh mak ayah lakukan.
BAGAIMANA DIDIK ANAK DAPAT ADIK BARU
Bila anak mendapat adik baru, dan nampak dia jealous serta mahu didukung seperti adiknya, namun anda yang baru melahirkan adiknya dan sedang berpantang. Bahaya untuk anda jika anda mendukung anak yang sudah besar itu.
Namun, elakkan mengatakan; ” Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.”
Kerana ini akan menyebabkan perasaan marah dan cemburu. Kerana anak itu akan merasakan tempat dia telah dirampas. Apa yang anda boleh lakukan ialah kata begini;
“ Mama, baru lahirkan adik, mama tak begitu sihat. Macam sayang, bila sayang tak sihat, sayang selalu baring saja kan. Mama pun macam tu. Tapi Mama sayang sangat sayang dan rindu nak dukung sayang. Jadi apa kata, sayang baring kat riba Mama ni atau bila ada Ayah, ayah dukung sayang ya. Nanti Mama dah sihat, Mama dukung sayang.”
Kata-kata begini menguatkan EQ anak. Dia akan faham perasaan orang lain dan dia akan mahu bertolak ansur.
Kata-kata seperti; “ Eh, jangan mengada-ngada nak dukunglah, apalah. Dah besarkanlah malulah!” atau “ Kan Mama baru lahirkan adik. Mama tak laratlah lah nak dukung-dukung ni…kan dah boleh berjalan…”
Kata-kata beginilah yang melukakan hati anak. Dan bila hati terluka, EQ terbantut. Ini menjadi kanser yang akan nampak bila anak itu remaja nanti. Dimana ketika itu, anda tiba-tiba tersedar, dia tidak langsung menghargai perasaan anda! Dia tidak ada ruang untuk merasai perasaan orang lain, kerana hatinya penuh dengan luka. Dan marah yang terpendam akan menjadi api kemarahannya. Apatah lagi jika semasa kecil, dia terlampau kerap dimarahi.
Untuk memperkembangkan EQ, banyakkan membelai anak itu. Cium, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap cium and peluk anak itu dan puji dia kerana dia suka berdikari. Anda boleh beri dia beri dia penganugerahan seperti ‘mama little helper’ atau ‘perwira kecil mama’ atau yang bagus seperti itu. Anak itu akan berasa bangga dan menjadi lagi rajin menolong dan menjaga adiknya.
EQ akan berkembang bila anak merasai dia dikasihi dan bila perasaannya difahami dia belajar mengasihi. Anak belajar menjadi seorang yang memahami anda bila sedari kecil anda menunjukkan anda memahami perasaannya.
Oleh itu manja dan lenja tidak timbul kerana anak yang lenja tidak tahu memikirkan orang lain. Dia hanya mahu dia dilayan. Puncanya ialah kerana apa yang dia mahu semua diikutkan sehingga dia tidak tahu bagaimana susahnya perkara itu untuk dilaksanakan.
Anak yang begini juga akan membesar menjadi remaja yang hanya tahu untuk memberontak meminta dilakukan perkara untuknya. Dia tidak ada ruang untuk orang lain. Kerana sedari kecil dia tidak dilatih dan dididik untuk merasai perasaan orang lain.
Salam kasih,
Ibu Rose
Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma
Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Bagi anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.
Jangan lepaskan peluang ini!
Artikel berkaitan: Anak Sulung Merajuk Tengok Mama Lebihkan Adik Baru Lahir, Belilah Jiwa Anak Sulung!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI