Mama papa perlu cepat bertindak bila anak 12 hingga 18 bulan masih belum hasilkan perkataan bermakna. Keadaan ini memang perlu dibimbangi! Ketahui 7 faktor yang biasa menjadi penyebab kegagalan ini.

Cepat Bertindak Bila Anak 12-18 Bulan Masih Belum Hasilkan Perkataan Bermakna! Keadaan Ini Perlu Dirisaukan

Menurut Nawal Mohd Shafie, Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik, Sunway Medical Centre, komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat di antara dua pihak dan ia amat mustahak untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak. Komunikasi yang efektif memerlukan seseorang yang berkebolehan dalam memahami sesuatu perkara sebelum berupaya untuk bertutur mengenai sesuatu. Kemahiran berkomunikasi sudah mula berkembang sejak usia bayi lagi dan diperoleh secara berperingkat mengikut peringkat umur yang tertentu.

UmurKemahiran Bahasa & Pertuturan Normal Anak
0-6 bulan-Melihat ke arah bunyi.

-Menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan seperti ‘uuuu’ dan ‘aaaa’ dan bunyi ini membawa maksud yang berlainan.

7-11 bulan-Banyak ‘membebel’  iaitu menghasilkan bunyi seperti ‘mamama’ dan ‘papapa’ untuk kebanyakan situasi.

-Mula memahami beberapa perkataan mudah seperti ‘bye’, ‘jom’ dan ‘jangan’

-Mula meniru bunyi mudah seperti bunyi haiwan dan bunyi kenderaan

1 tahun– Memahami sekurang-kurangnya 10-25 patah perkataan.

-Boleh mengenalpasti anggota badan yang asas (Contohnya tangan, kaki, perut, mata, mulut dan sebagainya).

-Boleh memanggil ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat.

-Menggunakan kata-kata sosial seperti (‘hi’ dan ‘bye’)

2 tahun-Memahami sekurang-kurangnya 50 patah perkataan.

-Boleh mengikut arahan tanpa bantuan isyarat.

-Menggunakan 2-3 patah perkataan dalam satu ayat.

3 tahun– Mula memahami soalan ‘apa’, ‘siapa’ dan ‘mana’

-Mula memahami konsep mudah seperti ‘warna’ dan ‘saiz’

-Menggunakan sekurang-kurangnya 3-4 perkataan dalam satu ayat

4-5 tahun-Memahami arahan yang lebih panjang dan kompleks (melibatkan penggunaan konsep)

– Menggunakan ayat yang lebih panjang dengan kata hubung yang tepat untuk berkomunikasi ( lebih daripada 5 perkataan).

-Bunyi pertuturan (konsonan) 90% jelas.

IKLAN

Jika seseorang individu khususnya kanak-kanak tidak memperoleh kemahiran tersebut mengikut peringkat umur yang sepatutnya, dia boleh digolongkan sebagai mereka yang mengalami ‘speech and language delay’ atau pun ‘lambat bercakap’.

7 FAKTOR PENDORONG ANAK LAMBAT BERCAKAP

#1 Masalah pendengaran.

#2 Masalah struktur (contoh: sumbing lelangit dan bibir).

#3 Masalah neurologi (contoh: Epilepsi/Sawan).

#4 Bayi yang lahir secara pra-matang.

#5 Kecelaruan spektrum autisme.

#6 Penyakit sindrom seperti sindrom Down, sindrom Fragile X.

#7 Faktor persekitaran seperti kekurangan stimulasi bahasa, penggunaan gajet yang berlebihan.

IKLAN

Bercakap menggunakan bahasa isyarat semasa kanak-kanak masih bayi tidak menyebabkan masalah ‘lambat bercakap’. Tetapi, ibu bapa perlu ingat setiap bahasa isyarat yang digunakan perlu disertakan dengan percakapan (melabel bahasa isyarat tersebut).

Cepat Bertindak Bila Anak 12-18 Bulan Masih Belum Hasilkan Perkataan Bermakna! Keadaan Ini Perlu Dirisaukan

ANAK LAMBAT BERCAKAP, MAMA PAPA JANGAN HANYA TUNGGU!

Ibu bapa perlu memerhatikan perkembangan bahasa dan pertuturan anak-anak dari semasa ke semasa. Jika pada peringkat umur 12 hingga 18 bulan, anak tersebut masih belum menghasilkan sebarang perkataan yang bermakna, maka ibu bapa seharusnya membawa anak tersebut untuk pemeriksaan lanjut dengan juruterapi bahasa dan pertuturan yang bertauliah. Kata kunci penting dan perlu diingat di sini ialah JANGAN TUNGGU!!

Cepat Bertindak Bila Anak 12-18 Bulan Masih Belum Hasilkan Perkataan Bermakna! Keadaan Ini Perlu Dirisaukan

Ibu bapa tolong peka perkembangan pertuturan anak-anak. Tanda-tanda seperti kekurangan atau tiada minat untuk bersosial atau berinteraksi dengan orang sekeliling (gemar untuk bermain bersendirian) dan kurang membuat kontak (pandangan) mata dengan orang sekeliling, ‘lambat bercakap’ juga merupakan salah satu tanda-tanda autisme yang tidak boleh dipandang remeh oleh ibu bapa.

8 CARA MEMBANTU SI KECIL MENGUASAI BAHASA & PERTUTURAN

Ibu bapa boleh membantu si manja untuk menguasai skil kemahiran bahasa dan pertuturan dengan meluangkan banyak masa bersama dengan bersama. Pelbagai teknik dapat dilakukan oleh ibu bapa di rumah untuk membantu perkembangan komunikasi anak-anak.

IKLAN

Teknik ini boleh dilaksanakan ketika bersama dengan ibu atau menggunakan gajet bersama. Selain secara bermain bersama, teknik ini turut dapat dilaksanakan ketika menggunakan gajet bersama dengan anak. Tetapi  sentiasa ingat untuk tidak membenarkan mereka menggunakan gajet terlalu lama. Antara teknik yang dapat dilakukan ialah;

1.Melabel perbuatan yang sedang dilakukan oleh diri sendiri (Contoh: “Ibu makan roti.” “Ayah minum air”)

2.Melabel perbuatan yang sedang dilakukan oleh anak (Contoh: “Adik main bola”, “Adik pakai baju”)

3.Menghuraikan objek yang sedang digunakan (Contoh: Jika anak anda sedang bermain dengan kereta, anda boleh menghasilkan ayat-ayat seperti, “Kereta merah”, “Kereta biru besar”)

4.Menggunakan nada suara / intonasi yang berbeza jika ingin mengajar anak perkataan yang baru (highlighting) untuk menarik perhatian anak (Contoh: Ibu pegang EPAL (suara lebih nyaring dan kuat)

5.Bercakap mengikut kelajuan yang bersesuaian dengan anak anda (tidak terlalu laju) dan banyakkan hentian (pause) agar anak anda dapat mendengar dengan teliti setiap perkataan yang dihasilkan oleh anda.

6.Mengulangi perkataan yang disebut terutamanya perkataan baru yang diajar kepada anak anda.

7.Targetkan perkataan bersesuaian yang digunakan dalam rutin seharian anak anda terlebih dahulu.

8.Sentiasa berhadapan dengan anak anda semasa bercakap bagi menggalakkan eye contact.

Cepat Bertindak Bila Anak 12-18 Bulan Masih Belum Hasilkan Perkataan Bermakna! Keadaan Ini Perlu Dirisaukan

ADAKAH ANAK SAYA LATE BLOOMER?

Golongan yang late bloomer pada awalnya dianggap tergolong dalam golongan mereka yang ‘lambat bercakap’. Selalunya apabila mereka mencecah umur 18 hingga 30 bulan, kemahiran komunikasi mereka akan setara dengan rakan sebaya mereka yang tidak mempunyai sebarang masalah komunikasi.  Sekadar ingatan kepada ibu bapa sekali lagi, JANGAN TUNGGU! Jika anda rasa perkembangan komunikasi mereka tidak normal, teruskan berjumpa dengan juruterapi bahasa dan pertuturan yang terdekat dengan anda.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI