Emosi sebagai ibu ayah kadang-kadang ada turun naiknya. Apabila penat dengan tugasan harian, ditambah pula dengan paksaan anak-anak untuk melayani mereka memang kadang-kadang membuatkan ibu ayah terlepas marah pada mereka. Padahal mereka masih kecil dan belum memahami stress orang dewasa. Sudahnya menangis anak-anak keliru kenapa dimarahi.
Situasi ini turut terjadi kepada pelakon popular, Saharul Ridzwan yang berkongsi kisah tentang anaknya, Ali di laman Instagram. Menurutnya, dia menyesal kerana memarahi Ali yang mengajak dia untuk bermain bersama-sama.
Selamat pagi anak Baba. Sorry marah-marah Ali 😘
Kesian Ali, Termarah Dia
Kesian Ali, minggu lepas selalu dia kena marah dengan Baba. Kadang-kadang sebab kita stress and busy dengan sesuatu benda, kita tak perasan terlepas marah tu dekat anak. Anak datang nak main, kita cakap, Nantiii! Jangan kacau! Dah anak merajuk dengan kita barulah terkial-kial kita nak datang peluk dia.
Cepat-cepatlah Minta Maaf
Kawan kawan, agak-agak kita ni selalu marah anak or isteri kita, cepat-cepat lah kita mintak maaf, peluk orang yang kita sayang. Tanpa doa dari dorang ni kan, mungkin itu pun akan sekat sesetengah rezeki kita.
Ali nangis sampai sedu-sedu kadang-kadang bila kena marah, sudahnya Baba pulak berair mata bila tengok anak tak sihat lepas tu. Sayang family kita, baru Allah sayang kita
Rata-rata warganet bersetuju dengan cara Saharul yang sanggup meminta maaf dan mengakui silapnya walaupun Ali masih kecil.
Betul, lepas marah kena pujuk
Moga diberi kekuatan dan ketabahan kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak
Sama-sama minta maaf
Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun lebih dan cahaya mata kedua bernama fateema azzahra yang kini berusia 9 bulan.
Kredit: Saharul Ridzwan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI