Kentang sangatlah sinonim dengan makanan bayi. Bayi berusia enam bulan ke atas sudah sesuai untuk makanan pepejal kerana sistem penghadamannya yang sudah matang dan mampu untuk menelan makanan yang berbentuk pepejal.
Antara makanan yang sering dimasak untuk bayi berasaskan kentang ialah bubur nasi dan kentang, kentang kisar bersama ayam, jejari kentang dan banyak lagi. Harga kentang yang murah dan senang untuk didapati memudahkan para ibu mengolah masakan untuk si kecil.
Kentang merupakan makanan tinggi serat yang memudahkan pencernaan dan penghadaman si kecil. Kentang juga kaya dengan antioksidan, beta- karoten, vitamin C, vitamin B kompleks, besi dan fosforus yang diperlukan tubuh untuk melindungi tubuh daripada kuman dan pelbagai penyakit.
Kentang boleh mengenyangkan perut si kecil kerana kadar karbohidrat yang tinggi. Jom lihat resipi kentang lecek untuk bayi berusia 7 bulan ke atas.
Resepi ini dikongsikan oleh Nadia Abbas di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESEPI KENTANG LECEK UNTUK BAYI 7 BULAN KE ATAS
Salam dan hello kepada warga Resipi Makanan Bayi (RMB). Saya nak kongsikan penyediaan Kentang Lecek/ Mashed Potato.
Ads
Sumber foto: Facebook Nadia Abbas
Sesuai untuk bayi dari 7 bulan ke atas. Saya sertakan gambar- gambar untuk panduan. Harap posting ini dapat jadi panduan untuk semua.
Cara- cara: – Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masukkan air pada para bahan- bahan. Boleh dimasak menggunakan pressure cooker atau di atas dapur. – Masak sehingga kentang dan lobak merah menjadi lembut / empuk.
Sumber foto: Facebook Nadia Abbas
– Setelah masak, keluarkan ikan bilis dan isi ayam. Blend / kisar halus. – Lecekkan kentang dan lobak merah. Kemudian campurkan dengan ikan bilis dan isi ayam yang telah dikisar.
Ads
Sumber foto: Facebook Nadia Abbas
– Simpan ke dalam bekas dan boleh disimpan di chiller untuk 2-3 hari.
Sangat mudah untuk dibuat resipi ini dan tahan untuk dua hingga tiga hari sekiranya disimpan dengan suhu yang betul. Tinggal panaskan dan siap untuk dihidang buat si kecil. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Chicken broth banyak manfaatnya, membantu menguatkan imuniti badan. Ibu ini kongsi resipi sup tulang ayam yang selalu disediakannya tatkala anak batuk berkahak & demam.
Puan Widyana Ali sering kali menyediakan sup tulang ayam atau bone broth ketika anak-anak batuk dan demam. Dia juga turut berkongsi resepi yang mudah ini.
9 jenis bahan yang digunakan adalah asas dan mudah didapati. Cara penyediaannya pun mudah, hanya renih 3 hingga 4 jam sehingga tulang hancur.
Untuk anak ekzema, dia hanya merenihkan sup selama 1 jam. Periuk kaca dan besi tahan karat sahaja yang boleh digunakan.
Sudah mengamalkannya bertahun-tahun. Ia boleh menguatkan sistem imun, kaya mineral, anti radang & menguatkan tulang dan gigi. Ia juga boleh membantu menggalakkan penyingkiran kahak.
Boleh dipelbagaikan cara memakannya iaitu dimakan bersama nasi, kuah atau dihirup begitu sahaja.
Sebelum makan letakkan sedikit garam sebagai perasa.
Jika anda penggemar puding, puding roti pelangi ini wajib anda cuba untuk hidangan sekeluarga. Mana tidaknya, cara hendak membuatnya cukup mudah malah menjimatkan masa.
Hanya blender sahaja kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Cukup mudah. Resipi Puding Pelangi yang dikongsikan oleh Zura Zul ini bukan hanya nampak cukup cantik kerana warnya yang pelbagai bahkan rasanya juga cukup enak. Mudah dan simple. Jom cuba!
Bahan A
20gm agar agar tali -dicuci
5 cawan air
3/4 cawan gula
Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar.
Masukkan gula dan kacau.
Bahan B:
4 keping roti gardenia -buang kulit tepi dan carik kecil
1 tin susu cair/susu segar
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung jagung
1 penutup botol esen vanilla (star brand)
Secubit garam
Pewarna ikut suka
1) Blender semua bahan di atas kecuali pewarna hingga hancur halus.
2) Tuang dalam periuk agar-agar tadi. Sentiasa di kacau rata hingga nampak sedikit likat. Tutup api.
3) Bahagikan adunan agar-agar kepada 3-4 bekas. Setiap bekas, adunan dalam 1/2 cawan. Warnakan ikut suka.
4) Loyang/acuan basahkan dulu dengan sedikit air. Kemudian ambil adunan berwarna tuang dalam loyang/acuan berselang seli warna hingga habis. Biarkan beku sedikit kemudian tuang baki adunan (kalau suam..panaskan sekejap atas api perlahan) tadi atas adunan berwarna perlahan-lahan kesemuanya. Sejukkan.
5) Boleh simpan dalam peti sejuk 2-3 jam. Keluarkan dan terbalikkan puding atas alas yang sesuai perlahan-lahan. Potong ikut suka..sedia untuk dimakan.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Penat bekerja, pulang ke rumah pula terpaksa turun ke dapur menyediakan hidangan buat anak-anak. Menyediakan menu ringkas tanpa bahan yang banyak membolehkan kerja memasak di dapur jadi lebih mudah dan pantas. Masa rehat juga terasa lebih cepat.
Hidangan resipi Telur Bistik ringkas yang dikongsikan oleh Dapur Cheyah ini boleh dicuba. Cukup ringkas dan pantas malah menjimatkan masa mama. Jom cuba. Jangan lupa tambahkan sayur sayuran untuk lebih khasiat.
Bukan main tajuk resepi pun. Tapi betul, simple gini memang makan nasi bertambah lagi-lagi buat anak-anak. Jom tengok cara buat telur bistik cara Cheyah.
Bahan-bahan yang digunakan
2 biji telur
1/2 dada ayam dipotong dadu
1/2 cawan sayur campur
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato (cheyah tak letak sebab dah habis)
1/4 biji bawang holland (potong dadu)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Sedikit minyak
Serbuk perasa
Air secukupnya
1. Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan goreng bagi masak. Angkat dan biarkan.
2. Tumis bawang putih dan bawang holand, masukkan ayam. Bila dah nampak ayam hampir masak, masukkan segala sos yang ada.
3. Tambahkan sedikit air. Masukkan bahan perasa dan last sekali masukkan sayur campur. Dah siap!
4. Curahkan atas telur tadi.
5. Ready to eat. Selamat mencuba.
EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING
Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.
Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Pasangan personaliti media sosial Ryzal Ibrahim dan isterinya Maryam Younarae menyambut kelahiran anak kedua mereka di sebuah pusat perubatan swasta pada pagi rabu.Menerusi laman...