Cepat Kenyang & Bantu Elak Jangkitan Penyakit, Buatkan Kentang Lecek Untuk Bayi. Resipi Mudah!

Share

Kentang sangatlah sinonim dengan makanan bayi. Bayi berusia enam bulan ke atas sudah sesuai untuk makanan pepejal kerana sistem penghadamannya yang sudah matang dan mampu untuk menelan makanan yang berbentuk pepejal.

Antara makanan yang sering dimasak untuk bayi berasaskan kentang ialah bubur nasi dan kentang, kentang kisar bersama ayam, jejari kentang dan banyak lagi. Harga kentang yang murah dan senang untuk didapati memudahkan para ibu mengolah masakan untuk si kecil.

Kentang merupakan makanan tinggi serat yang memudahkan pencernaan dan penghadaman si kecil. Kentang juga kaya dengan antioksidan, beta- karoten, vitamin C, vitamin B kompleks, besi dan fosforus yang diperlukan tubuh untuk melindungi tubuh daripada kuman dan pelbagai penyakit.

Kentang boleh mengenyangkan perut si kecil kerana kadar karbohidrat yang tinggi. Jom lihat resipi kentang lecek untuk bayi berusia 7 bulan ke atas.

Resepi ini dikongsikan oleh Nadia Abbas di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.

RESEPI KENTANG LECEK UNTUK BAYI 7 BULAN KE ATAS

Salam dan hello kepada warga Resipi Makanan Bayi (RMB). Saya nak kongsikan penyediaan Kentang Lecek/ Mashed Potato.

Sumber foto: Facebook Nadia Abbas

Sesuai untuk bayi dari 7 bulan ke atas. Saya sertakan gambar- gambar untuk panduan. Harap posting ini dapat jadi panduan untuk semua.

Baca Juga:

Resipi Baked Potato Sedap & Mengenyangkan. Boleh Buat Bekal Anak Pergi Sekolah, Mudah Sangat!

Garing Luar, Lembut Di Dalam. Resipi Bingka Ubi Terlajak Sedap, Harum Satu Rumah Bila Bakar Dalam Oven!

Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili

Bahan- bahan:
– 4 biji kentang – dibuang kulit, dipotong
– 1 biji lobak merah – dibuang kulit, dipotong
– Segenggam ikan bilis
– Segenggam isi ayam
– 3 ulas bawang putih

Sumber foto: Facebook Nadia Abbas

Cara- cara:
– Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masukkan air pada para bahan- bahan. Boleh dimasak menggunakan pressure cooker atau di atas dapur.
– Masak sehingga kentang dan lobak merah menjadi lembut / empuk.

Sumber foto: Facebook Nadia Abbas

– Setelah masak, keluarkan ikan bilis dan isi ayam. Blend / kisar halus.
– Lecekkan kentang dan lobak merah. Kemudian campurkan dengan ikan bilis dan isi ayam yang telah dikisar.

Sumber foto: Facebook Nadia Abbas

– Simpan ke dalam bekas dan boleh disimpan di chiller untuk 2-3 hari.

Sangat mudah untuk dibuat resipi ini dan tahan untuk dua hingga tiga hari sekiranya disimpan dengan suhu yang betul. Tinggal panaskan dan siap untuk dihidang buat si kecil. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
Emy H