Kehamilan

” Cepat Penat & Makin Kerap Stres” Bimbang Kandungan Terjejas, Dr Say Minta Isteri Berhenti Kerja!

Share

Siapa yang tak sayang isteri. Doktor yang juga selebriti media sosial, Dr Say Shazril kali membuat keputusan tepat bila mana meminta isterinya untuk berhenti kerja gara-gara stres terlampau yang dialami isterinya yang kini sedang hamil lima bulan.

Hujung tahun lalu, isteri Dr Say, Dr Azura Abas difahamkan sudah membuat keputusan untuk berhenti kerja demi memberi masa terluang kepada anak sulung mereka, Ace namun terpaksa menangguhkan niat itu atas beberapa sebab.

Namun enggan menanti lebih lama, melalui Instagramnya, Dr Say berkongsi perkara itu kerana tidak mahu isterinya yang sedang hamil anak kedua mereka itu terbeban dengan pelbagai perkara. Sebolehnya dia mahu isterinya lebih banyak masa untuk diri sendiri dan berehat sebaiknya.

“Ceritanya gini, hujung tahun lepas saya ada buat post saying bini nak quit Januari 2021 tapi tak menjadi. Kali ni saya bertekad nak convince dia berhenti. Kenapa? Because its too much for her to handle dah. Bini saya seorang yang kental.

“Hampa tengok muka & kekatangan dia pun boleh tau dia kental luaran & dalaman. But being pregnant is challenging. Cepat penat, kerap sakit kepala, hidung tersumbat, bloated are some of it. Kalau dia kerja & pregnant ja takpe tapi coursework Master programme yang diambilnya sedikit mengganggu kesihatan mentalnya.

“Dia makin kerap stress in which not good lah for our 2nd baby. Jadi saya minta dia quit kerja to focus on pregnancy & studies. Semestinya dia tak mahu sebab all along she has been working & living with her own income,” kata Dr Say memulakan ceritanya.

Namun kata Dr Say lagi, inilah masa yang paling sesuai memandangkan kandungan isteri yang semakin membesar. Pun begitu katanya, bukanlah berhenti kerja selama-lamanya, hanya berehat seketika sehingga melahirkan dan memberi fokus kepada bayi kedua mereka.

“Bini saya dah nak masuk 5 bulan mengandung. Perut yang pada awalnya macam terlebih makan dah nampak macam mengandung for real.

“Tu yang saya tanya kalian kat story, is it a right move for my wife to quit & for me to support her fully? Ada yang larang bini saya quit tapi saya bukan nak suruh dia quit selama-lamanya. Sayang la ilmu perubatan yang dia dah belajar & amalkan for almost 13 years.

“Berhenti seketika sampai dah bersalin & habis pantang pastu kerja lah balik,” tulisnya panjang lebar.

Kata Dr Say lagi, dia yakin dengan memberi ruang dan lebih waktu rehat membuatkan isterinya semakin bertambah baik.

“Saya rasa kalau seorang suami memudahkan urusan isterinya nescaya akan terbuka luas rezeki suami tu. Segala dm kalian saya baca satu-satu kat kat bini & alhamdulillah terbuka juga hati bini saya.

“InsyaAllah bulan ni bulan terakhir dia bekerja. Time for her to rest, focus on pregnancy & studies & time for me to work hard,” katanya berkongsi cerita.

Semoga perjalanan kehamilan Dr Azura dipermudahkan dan dijauhkan daripada mengalami tekanan melampau. Cahaya mata sulung mereka, Ace pastinya lebih banyak ruang untuk bermain bersama ibu dan ayahnya.

Artikel berkaitan: Hamil Anak Kedua, Isteri Alami Alahan Teruk, Dr Say Mahu Lebih Fokus Pada Isteri

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @say_shazril

Published by
SRM