Sering kali kita dengar kisah kanak-kanak cedera ketika di bawah jagaan pengasuh akibat dari kealpaan serta kecuaian yang kadang kala boleh membawa maut.
Terbaru perkongsian dari Marrya Marrysa Rohani mengenai keadaan anak saudaranya, Nia Adreana binti Nasir, 2 tahun yang koma tercekik roti dimakannya.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika kanak-kanak berkenaan berada di rumah pengasuh di Kedah.
Marrya Marrysa Rohani yang memuat naik status agar orang ramai mendoakan kesembuhan anak saudaranya dan kembali sedar. Difahamkan anak kecil itu masih lagi tidak sedarkan diri sehingga ke hari ini.
“Makteh harap puteh kuat cepat2 sedar…
Semua orang tengah tunggu puteh sedar .”
Semua mendoakan kesembuhan buat Puteh
” Semoga dipermudahkan segalanya..”
Biarpun kejadian ini sebagai satu takdir tetapi ibu bapa di luar sana perlulah berhati-hati dan dapat mengambil iktibar serta memantau anak-anak kecil ini bagi mengelakkan dari perkara seperti ini dari berlaku tanpa pengawasan orang dewasa.
Sumber: Marrya Marrysa Rohani &OMM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kaki Tangan Allah Simpan Di Syurga” Hilang Anggota Kerana Ubat Tak Serasi, Rifqi Penguat Semangat Ibu
Tabahnya anak kecil ini menempuhi ujian hebat. Si ibu sebak tapi akur, asalkan anak disayangi selamat.
Mama, jangan nangis. Abang Am kuat, nanti tangan dan kaki abang Am Allah ambil simpan dekat syurga,” begitu kata Muhammad Rifqi Amzar Faizo, 6 tahun. Sebaknya tatkala si kecil ini masih sempat menenangkan ibunya.
Anak kedua daripada empat beradik yang mesra disapa abang Am itu melontarkan kata-kata semangat berkenaan kepada ibunya, Roziayu Othman, 37, yang kesedihan sehari sebelum anggota badannya dipotong 2 November lalu.
TERPAKSA DIPOTONG KERANA GEJALA KEHITAMAN
Tangan kanan dan kedua-dua kaki kanak-kanak itu dipotong kerana mengalami gejala kehitaman seolah-olah mereput atau gangren.
BERPUNCA DARIPADA UBAT TIDAK SERASI
Gangren yang terjadi adalah akibat komplikasi dan kesan ubat tidak serasi selepas Muhammad Rifqi Amzar menjalani pembedahan membetulkan saluran darah jantungnya, September 2018
HILANG KAKI & TANGAN KANAN 6 BULAN LALU
Walau pun masih kecil, Rifqi ini pasrah dan memahami dirinya kehilangan kaki dan tangannya dan kini selepas enam bulan berlalu, dia boleh menyesuaikan diri.
Menurut Roziayu, sebagai ibu pada mulanya dia akui sedih bagaimana anak sekecil itu harus menjalani hidup tanpa kaki dan tangan kanannya.
TERPAKSA DIPOTONG KERANA UBAT TAK SERASI
Apa yang saya difahamkan, tangan dan kaki anak saya perlu dipotong kerana ubat diberikan bagi menormalkan kembali masalah komplikasi kesihatannya selepas pembedahan jantung itu tidak serasi dengan badannya.
“Jalan terbaik memotong tangan kanan sehingga paras bawah siku dan kedua-dua kaki separas lutut.
“Biarpun sedih, kami akur demi menyelamatkannya,” katanya yang menetap di Taman Bukit Chamang Bentong, Pahang.
MENGENGSOT GUNA PAPAN SELAJU
Katanya, ketabahan Muhammad Rifqi Amzar menyuntik semangat mereka sekeluarga untuk turut menerima takdir menimpa kanak-kanak itu.
“Dalam rumah dia cuma mengengsot dan guna papan luncur untuk bergerak.
“Apa yang mengagumkan kami, dia tidak pernah menangis atau menyesali apa yang terjadi kepadanya. Cuma dia hanya cakap rindu hendak main basikal dan lego mainan kegemarannya saja,” katanya.
GEMBIRA SEJAK ADA TANGAN BARU
Jururawat yang bertugas di hospital kerajaan itu berkata, melihat kesukaran anaknya, dia menghubungi pereka tangan elektronik cetakan tiga dimensi (3D), Sujana Rejab.
“Sebelum ini saya sedih tengok keadaan anak saya. Tetapi dengan adanya tangan ini saya bersyukur tengok dia sudah boleh bermain dan memegang adiknya.
“Anak saya juga seronok sampaikan tidur pun dengan tangan barunya.
“Paling bermakna, Amzar kata dia gembira raya ini dia dapat bersalam dengan orang guna tangan kanan bukan tangan kiri lagi,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dana 2 Beradik Yatim Piatu Dilancarkan. Biayai Perbelanjaan Sekolah Hingga Usia 18 Tahun
Kisah dua beradik yang terpaksa menahan sakit selama 12 jam antara pukul 11 malam hingga hampir jam 11 pagi keesokannya itu akibat kemalangan jalan raya telah mendapat perhatian rakyat.
Kedua beradik ini yang berusia 4 dan 6 tahun diselamatkan oleh pihak lebuh raya dalam keadaan tak bermaya di lokasi tempat kemalangan.
Lebih menyedihkan, arwah ibu bapa dua beradik ini ditemui telah meninggal dunia di tempat duduk hadapan.
Berikutan kisah tragis ini, seorang pengguna Facebook iaitu Muhamad Firdaus Ali berkongsi maklumat di mana ibu kepada dua beradik tersebut Allahyarham Khairunisa Azman pernah memohon kemasukan ke tahun satu sesi 2021 untuk anak sulungnya. Justeru, beliau yang mewakili pihak Yayasan Pendidikan Hidayah akan mengambil inisiatif bagi meneruskan hasrat arwah.
Dana Anak Yatim Khairunisa (DAYak)
Pada 10 Mei yang lalu, satu kemalangan maut di Lebuhraya PLUS telah berlaku pada kira-kira pukul 11 malam. Ia telah meragut nyawa Khairrunisa Azman dan suaminya Herry Mohd Ali. Namun, kedua-dua anak lelaki mereka terselamat. Kejadian tersebut dipercayai berpunca dari tayar kereta yang pecah lalu kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar pokok di bahagian tanah rizab tepi jalan. Kejadian tersebyt hanya disedari orang awam sekitar 10.40 pagi, pada keesokan harinya.
Selama hampir 12 jam kedua-dua anak yatim piatu itu berada dalam kegelapan, kesakitan, ketakutan, kelaparan dan dahaga tanpa bantuan. Kedua-dua anak itu kemudiannya telah dirawat di Hospital Kulai. Ayah dan ibu mereka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran Hospital Sultan Ismail, Tebrau, Johor.
Allahyarhamah Khairrunisa adalah pelajar Master di UTM dalam bidang kaunseling. Beliau juga pernah menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Adalah menjadi hasrat kedua Allahyarham untuk anaknya mendapat pendidikan di Sekolah Rendah islam Hidayah. Ini kerana Allahyarhamah telah memohon kemasukan ke tahun 1 sesi 2021 untuk anak sulungnya.
Yayasan Pendidikan Hidayah mengambil inisiatif untuk meneruskan hasrat murni kedua-dua Allahyarham.Untuk menampung kos pembelajaran mereka, maka di buka Dana Anak Yatim Khairunisa untuk tuan/puan sama-sama membantu.
Menerusi satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Yayasan Pendidikan Hidayah, mereka memaklumkan bahawa kutipan Dana Anak Yatim Khairunisa dibuat untuk menampung belanja sara hidup dan perbelanjaan pelajaran kedua-dua anak yatim tersebut sehingga umur mereka mencecah 18 tahun.
Setakat dana tersebut dilancarkan, Yayasan Pendidikan Hidayah telah menerima sebanyak lebih daripada RM74 ribu. Kesemua dana yang terkumpul akan disalurkan secara berperingkat mengikut keperluan dan akan melalui waris baru mereka iaitu ibu dan ayah kepada Almarhumah Khairunisa Binti Azman.
Derma boleh disalurkan di https://yayasanhidayah.my/anakyatim.
Sumber: Muhamad Firdaus Ali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Umi Abah Paling Sedih Amir Pergi”. Serahkan Semula Pada Ibu Kandung, Ini Pengakhirannya
“Apa salah anak kecil ini! Jika tak mampu jaga jangan perlakukan dia sedemikian hingga pergi dalam keadaan tragis.” Ini antara kata-kata orang ramai selepas tular di media sosial seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui meninggal dunia dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Alor Gajah, Melaka.
Terdapat juga kesan lebam di badan mangsa dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.
Tak percaya Amir dah pergi selama-lamanya
Disebalik tragedi tersebut, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Tuhfah Naziha Tarmidi menzahirkan rasa sedih apabila mangsa yang dikenali sebagai Zubaidi Amir Qusyairi, 7 yang pernah menjadi adik angkatnya meninggal dunia dibawah jagaan ibu kandung.
Ini kerana kanak-kanak tersebut baru sahaja diserahkan semula kepada ibunya selepas 6 tahun dijaga keluarga angkat.
Selepas diserahkan kembali kepada keluarga kandung, mereka sudah jarang berhubung dan kini Tuhfah Nazihah memaklumkan pemergian adik angkatnya amat menyedihkan kerana meninggal dunia buat selamanya.
Ketika ini, dia sudah berada di Melaka bagi menziarahi jenazah allahyarham sebelum dikebumikan.
Dakwa lemas dalam tong air
Sementara itu, melalui laporan Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kanak-kanak terbabit didakwa lemas di dalam tong air dirumahnya sebelum siasatan mendapati ada kecederaan pada fizikal badannya.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dan pemeriksaan fizikal terhadapnya terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan,” katanya.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh,” katanya.
Dalam perkembangan terbaru seperti yang dikongsikan oleh Tuhfah Nazihah, arwah adik Amir akan dibawa pulang ke Rawang untuk dikebumikan di sana.
Sumber: Tuhfah Nazihah Tarmidi, Berita Harian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI