Pelakon Datin Niena Baharun mengakui seolah-olah tak percaya melihat perubahan yang berlaku pada anak lelakinya, Adiel sejak dilahirkan lapan bulan lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Niena berkongsi luahan sempena ulang tahu ke lapan bulan anaknya semalam.
“Pejam celik harini Adiel dah 8 bulan. Rasa macam baru semalam duk dalam bilik OT tengah menahan perasaan nervous nak tunggu Adiel keluar dari perut mommy.
“Tengok harini awak dah besar dan dah pandai macam-macam. Adiel @adielmikael anugerah yang terindah buat mommy & daddy, penyeri hidup kami setiap saat setiap masa.
“Semoga Adiel membesar menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia, berilmu dan menjadi jalan untuk mommy & daddy ke syurga nanti. InsyaAllah. Aamiin,” tulisnya.
Niena juga mengakui semakin Adiel besar, makin buat dia geram dan nak gomol.
Ads
Rasa sekejap je masa berlalu dan tak puas lagi nak tengok Adiel masa bayi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kecomelan Adiel dan mendoakan agar dia sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Batuk, nafas laju, berkahak. 3 masalah ini antara yang biasa dialami bayi dan kanak-kanak. Bila dah baik, kena semula mesti ada sebab.
Menurut Dr Aishah Alsagoff, ibu bapa kena cari punca supaya masalah ini tak melarat. Daripada perkongsian Dr Aishah yang menceritakan pengalaman salah seorang pesakitnya iaitu bayi berusia 6 bulan yang setiap bulan batuk, kena ambil nebulizer wajar di beri perhatian oleh semua ibu bapa.
Ini kisah bayi berumur 6 bulan
December tahun lepas – Batuk, kahak, nafas laju. Diagnosis acute bronchitis. Perlu nebuliser dua kali. Lepas beberapa hari, baik.
January – Batuk datang balik. Kahak. Diagnosis acute bronchitis. Perlu nebuliser. Sekejap dan anak baik semula.
February – Batuk sekali lagi. Hanya batuk 2 hari. Nafas laju. Diagnosis sama, acute bronchitis. Perlu nebuliser beberapa kali. Mula makan ubat serbuk singulair, untuk kuatkan paru-paru. Lepas seminggu, sihat.
March – Batuk lagi! Nafas berbunyi. Neb sekali lagi.
Tak boleh jadi ni. 4 bulan berturut-turut, simptom yang sama.
Ibu ayah, tiada keturunan asma. Ibu ayah, tidak merokok. Di rumah, takde kucing. Di rumah, takde construction/renovation. Di rumah, tak berdekatan dengan kilang.
Hmm. Setiap bulan anak datang balik batuk dan perlukan nebuliser. Mesti ada faktor risiko di ‘dalam’ rumah.
Tanya dan tanya lagi, rupanya….
‘Abang saya tinggal sekali dengan kami. Dia memang merokok lah. Tapi merokok dalam bilik dia je, dia tutup pintu’ kata si ibu.
Tett! Checkmate!
Inilah dia faktor risiko buat si anak kecil tak berdosa ni. Merokok dalam rumah, hatta dalam bilik tertutup pun, satu rumah pasti bau kan?
Jangan lupa asap rokok masih boleh keluar dari celah pintu.
Walaupun dalam bilik, dalam tandas, di balkoni, di halaman rumah, still a no no!
Paru-paru baby 6 bulan besar mana lah nak banding dengan paru-paru kita ni.
Ubat boleh membantu , tetapi no 1 adalah PENCEGAHAN.
Jadi untuk anak ini, si pakcik kena berhenti merokok atau merokok di tempat lain selain rumah atau pindah rumah.
Then kita tengok bulan depan macam mana.
Untuk ibu-ibu yang lain, jika anak kerap kena batuk, nafas laju, atau simptom yang sama berulang-ulang, cari faktor risiko yang mungkin berada di sekitar anda yang mungkin adalah penyebab kepada sakit anak anda.
Ramai yang mempertikaikan cara Noor Nabila memberi Jebat Jayden makan sedangkan belum cukup 6 bulan. Namun sebagai ibu tak mungkin Nabila nak pandai-pandai suap.
Mungkin caranya memperkenalkan solid food pada Jebat dah dapat nasihat doktor.Cuma apa yang lucunya melalui perkongsian video Nabila, penerimaan Jebat pada makanan yang diberikan itu buatnya rasa pelik dan mimik mukanya juga seperti nak termuntah apabila disuapkan puri epal.
Melihat kepada penerimaan Jebat yang kurang suka puri epal, peminat Nabila mencadangkannya untuk bagi dulu bubur kosong yang betul-betul halus teksturnya sebelum perkenalkan puri buah atau sayur.
Cara ini taklah buat bayi terkejut bila rasa makanan tersebut kerana bayi hanya biasa minum susu sahaja.
Lagi satu netizen juga turut berkongsi pendapat mereka walaupun bubur kosong itu tiada apa-apa rasa cara ini bagus untuk mengelakkan anak picky eater (memilih makan) apabila besar. Selain itu ada yang mencadangkan Nabila buat 4 days rules.
Sumber: ig noornabila
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak risau apabila melihat anak tiba-tiba kebiruan akibat tahan nafas. Lebih teruk lagi jika perkara ini sering menjadi punca anak pengsan.
Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan bahawa anak mereka sengaja tahan nafas, maka reaksi pertama adalah memarahi mereka.
Namun, apa yang anda perlu tahu adalah perbuatan ini bukannya sengaja dilakukan. Fenomena ini dikenali sebagai breath holding spells atau raungan senyap kebiruan.
Ia merupakan satu refleks di luar kawalan badan. Ini bermakna, anak anda tidak boleh mengawalnya namun ia akan kembali normal dalam tempoh kurang daripada seminit selepas itu.
Dalam kebanyakan situasi, fenomena ini boleh diramal dan selepas faktor pencetusnya dikenal pasti, ia boleh dihindari.
Baca artikel ini yang dikongsi oleh Hello Doktor untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Ketahui jenis raungan senyap kebiruan
Dalam situasi anak menahan nafas sehingga nampak kebiruan, bukan semuanya akan menjurus mereka untuk pengsan.
Ia boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia di antara 6 bulan hingga 6 tahun namun lazimnya dialami oleh mereka yang berusia 2 tahun.
Jika terdapat sejarah masalah kesihatan ini dalam kalangan ahli keluarga, kanak-kanak tersebut lebih berisiko untuk mengalaminya.
Terdapat dua jenis raungan senyap kebiruan yang mempunyai punca berbeza:
Raungan senyap kebiruan sianotik – keadaan ini boleh berlaku apabila kanak-kanak berhenti bernafas dan wajah mereka bertukar menjadi biru. Ia sering berpunca daripada perkara yang membuatkan mereka sedih seperti dimarahi. Semasa anak anda sedang menangis, mereka hanya menghembus nafas dan tidak menarik nafas. Ia boleh menyebabkan wajah mereka bertukar menjadi warna biru atau ungu (lebih serius).
Raungan senyap kebiruan pallid (tak bermaya) – keadaan ini lebih jarang berlaku dan lebih sukar untuk dijangka berbanding dengan fenomena sianotik. Berbeza dengan jenis sebelum ini, ia berlaku apabila kanak-kanak sedang dalam ketakutan atau mereka terkejut. Wajah mereka akan menjadi pucat lesi dan bertukar putih semasa ia sedang berlaku.
Kedua-dua jenis raungan senyap kebiruan boleh menyebabkan kanak-kanak berhenti bernafas dan kadangkala mereka boleh pengsan.
Jika keadaan ini terlalu ekstrem, ia boleh menyebabkan masalah sawan.
Apa yang ibu bapa perlu lakukan jika anak menahan nafas hingga biru?
Perkara penting yang anda perlu faham adalah ia bukannya sesuatu yang disengajakan.
Ramai ibu bapa yang akan panik dan mula memarahi anak mereka walhal ia di luar kawalan badan mereka.
Antara tanda yang boleh dialami oleh anak anda semasa episod kebiruan adalah:
Tangisan berhenti secara tiba-tiba
Kulit dan bibir menjadi kebiruan
Berhenti bernafas semasa ia sedang berlaku
Tubuh menjadi kaku dan mereka tidak bergerak
Dalam kebanyakan situasi, anak anda akan kembali normal beberapa saat selepas kebiruan.
Namun, ada juga yang kekal biru walaupun sudah lama mereka berada dalam keadaan begitu.
Keadaan ini boleh berlaku terutamanya jika ibu bapa kerap memarahi anak ketika mereka berada dalam episod tersebut.
Apa yang anda perlu lakukan adalah:
Anda perlu bertenang, jangan panik, berhenti daripada membuatkan anak anda sedih seperti marah dan cuba untuk menenangkan mereka.
Jangan goncang tubuh anak anda dan ketika badan mereka menjadi kaku, baringkan mereka dalam posisi mengiring.
Pastikan tiada makanan atau objek lain di dalam mulut anak anda untuk mengelakkan daripada tercekik.
Pastikan tiada perabot atau objek berbahaya berdekatan dengan anak jika mereka mula mengalami simptom sawan.
Jika anak masih tidak bernafas melebihi 1 minit, lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR). Ia merupakan satu prosedur kecemasan yang dilakukan dengan cara memberi tekanan pantas dan berterusan di kawasan dada mangsa dengan/tanpa memberi bantuan pernafasan secara berkala.
Bawa anak ke hospital dengan kadar segera jika keadaan menjadi lebih serius.
Cara menghindarkan episod berhenti bernafas
Bagi kebanyakan kanak-kanak, fenomena kebiruan akan hilang apabila usia mereka meningkat.
Apa yang lebih mencabar bagi ibu bapa adalah mencari jalan untuk mendisiplinkan anak mereka tanpa mencetuskan kebiruan semasa mereka sedih.
Dalam banyak keadaan, perkara ini memerlukan rujukan doktor bagi mengenal pasti jalan terbaik bagi anda dan anak anda.
Fenomena anak tidak bernafas ini tidak boleh menjadi alasan untuk ibu bapa menuruti kehendak dan melayan segala kerenah anak-anak tanpa batasan.
Mereka memerlukan tunjuk ajar dan cara untuk beradaptasi dengan perubahan emosi yang berlaku.
Fenomena kebiruan mungkin nampak berbahaya namun dalam kebanyakan masa, ia hanya memerlukan kesabaran dan teknik yang betul dalam menguruskan episod kebiruan.
Konklusi
Episod kebiruan yang melibatkan anak tahan nafas di luar kawalan boleh membuatkan ibu bapa panik.
Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, ia akan beransur pulih dengan sendiri dalam tempoh kurang daripada 1 minit.
Jika keadaan berlarutan, rujukan kepada doktor boleh membantu mengenal pasti punca yang menyebabkan ia menjadi serius.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...