Rasanya baru je Mona Allen melahirkan anak sulungnya, Petra Pekin. Sedar tak sedar dah habis pun tempoh berpantang. Apa yang menarik perhatian, selepas melahirkan Petra pada 31 Ogos lalu, jelas kelihatan kegembiraan Mona setelah memegang status sebagai seorang ibu.
Mana taknya selepas menunggu empat tahun untuk mendapat Petra, pengalaman menjadi mommy daddy ini sesuatu yang sangat menyeronokkan bagi pemilik nama sebenar Muna Hafiraneza Allen dan suaminya Mohd Iznan atau mesra dipanggil Pekin.
Dari mula mengandung, saat melahirkan dan Petra dah ada depan mata, Mona akui ia adalah momen yang sangat bermakna. Hanya yang melalui sahaja faham.
Melalui perkongsian di instagramnya sebelum ini, walaupun tidur tak cukup, pengeluaran susu kurang di awal kelahiran namun Mona lalui dengan begitu enjoy tanpa rasa stres.
Apa yang boleh dipuji, Mona juga banyak belajar mengenai cara tidur dan memahami tangisan bayi untuk memudahkannya memahami apa yang sepatutnya dilakukan.
Ads
Terbaru di instagramnya juga, Mona turut berkongsi perubahan badannya selepas bersalin. Dah nampak dia kembali langsing selepas tamat tempoh berpantang.
Selain itu, Mona juga turut mengucapkan terima
kasih kepada confinement lady (CL) yang banyak membantu menguruskan dirinya dan Petra sepanjang dia berpantang.
“Thank you Kak Yanti CL saya atas semuanya. Dia yang bertungkus lumus menjaga Petra, menjaga rumah dan menjaga saya ketika dalam pantang .
“44 hari rasa sekejap je, hari ni akak dah nak balik . Rasa sedih nak berpisah. Mesti Petra rindukan akak. Terima kasih @anggun.confinementcare kerana hadirkan insan yang dapat meringankan beban saya. Service yang sangat bagus dan ianya tidak dapat dibayar dan diganti dengan duit. Tq so much,” tulisnya.
Bukan itu saja, dalam posting terkininya juga, Mona Allen dah mula berkongsi wajah anak kesayangannya.
Ads
Daripada apa yang dikongsikan itu, nampaknya baby Petra seiras mommy. Walaupun belum reveal sepenuhnya lagi, ternyata comel sangat Petra!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Youtuber terkenal dari Indonesia iaitu Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah sedang menghitung hari menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Selain membuat persiapan dari segi mental dan barangan keperluan bayi, pasangan ini sudah mempunyai perancangan yang cukup besar dan hebat buat anak yang bakal lahir itu.
Beli kereta mewah buat bayi perempuan
Melalui perkongsian di Instagram, Atta dan Aurel telah memuat naik foto sebuah kereta mewah jenis Tesla sebagai hadiah buat bayi perempuan mereka.
Menerusi laporan Suara.com, kereta mewah tersebut telah diubah suai dari segi warnanya. Menurut Atta, mereka mahu memberi nafas baru kepada kereta tersebut dan warna merah jambu sangat signifikan kepada jantina anak mereka.
Ujar Atta lagi, isterinya mahu warna yang sama untuk kereta kegunaan mereka sekarang ini. Di samping itu, Atta memberitahu kereta mewah tersebut sangat sesuai untuk membawa bayi mereka bersiar-siar.
Gaya pintu kereta tersebut boleh dibuka sehingga ke atas dan boleh membuatkan isteri dan anak saya selesa dan senang untuk keluar. Bahkan ia boleh dibuka secara automatik dan sangat menarik.
Terdahulu, Atta pernah berkongsi beberapa foto kereta mewah miliknya. Selain Tesla, Atta turut mempunyai kereta jenis Alphard, Mustang dan Lamborghini.
Mahu yang terbaik untuk isteri dan anak
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Atta seorang suami yang penyayang. Setiap apa yang dilakukan olehnya, sudah pasti dia mahu yang terbaik buat isteri dan anaknya yang bakal lahir kelak.
Di samping itu, netizen mendoakan urusan Aurel untuk bersalin nanti dipermudahkan. Ternyata ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah puteri kepada pasangan tersebut.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, Ina Naim, bekas isteri kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad, telah berkongsi bahawa beliau akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Dalam pada itu menerusi satu sesi live TikTok, Ina menjelaskan mengenai perkahwinan keduanya setelah setahun pemergian suaminya.
Kata Ina, Ina kehadiran bakal suaminya diharapkan dapat memberikan sokongan dalam usaha mendidik dan membimbing anak-anaknya yang kini sedang dalam fasa remaja.
Katanya lagi, anak-anaknya telah mula belajar dengan bakal suaminya dan berhubung melalui telefon untuk mendapatkan bimbingan.
Atas faktor itu, Ina memberitahu dia perlu berkahwin setelah pemergian suaminya, demi memastikan kesejahteraan anak-anaknya. Tambahan pula, dia mengakui tidak dapat menguruskan seorang diri anak-anaknya.
“Anak-anak memang tidak ke sekolah tapi mereka kena belajar. Disebabkan itu saya tidak boleh menjanda lama-lama dan duduk seorang kerana saya tidak boleh uruskan anak-anak yang meningkat usia remaja.
“Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang untuk teruskan pembelajaran mereka setelah ayah mereka meninggal dunia,” katanya.
Dalam sesi live itu juga, wargamaya turut bertanya mengenai majlis perkahwinannya pada 8 November ini, tanpa berselindung Ina memberitahu dia dan bakal suami mengadakan majlis secara sederhana hanya menjemput keluarga dan kenalan rapat sahaja.
“Setiap Orang Berhak Bahagia”
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komem rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berharap Ina bahagia dengan kehidupannya.
“Tahniah Ina Naim,,semoga kekal hingga akhir hayat..” “Semoga dipermudhkn segala urusan.. Aamiin” “Ina berhak untuk bahagia mcm org lain.”
Sebelum ini wajah anak selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa menjadi teka-teki. Bagaimanapun penantian itu berakhir setelah Neelofa dan suami, Mohd Haris Ismail telah sepakat untuk berkongsi wajah Muhammad Bilal secara official.
Setelah wajah Bilal dikongsikan, ramai peminat ummi dan abahnya menyatakan Bilal ada iras dengan sepupunya, Jebat.
Terbaru menerusi hantaran terkini Neelofa di instagramnya dia ada memuat naik gambar sewaktu kecil sehingga mendapat perhatian wargamaya.
Neelofa, 33, memuat naik foto terkininya bersama anak, Muhammad Bilal dan gambar sewaktu dia masih kanak-kanak.
Memiliki raut wajah hampir sama dengan permata hatinya itu, hos program Next To Neelofa turut berkongsi kapsyen ringkas dengan emoji senyum.
“Ummi’s mini-me” .
Menerusi ruangan komen, rakan artis dan para peminat memuji kecomelan Bilal dan ramai yang geram melihat kecomelannya.
Photocopy ummi
Baru-baru ini, kecoh di Tik Tok apabila ada individu memuat naik wajah Muhammad Bilal. Tambah Neelofa, sebagai ibu dia sungguh kecewa dan tersinggung dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan wajah Bilal kepada umum.
Malah dalam coretan Neelofa, sebagai ibu, dia berdoa agar Bilal diberikan afiyyah dan fakih di dalam agama. Tambah Neelofa, dia berharap Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam.
Dia juga menitipkan, Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.