Hanis Zalikha masih dalam fasa berpantang bersalin anak keduanya. Namun ramai yang tertanya-tanya bagaimana selebriti ini boleh slim dalam masa yang singkat dan mempunyai perut yang rata.
Hanis yang melahirkan anak keduanya, Alisa Aisyah pada 24 Mei 2019 lalu berkongsi foto dirinya bersama suami, Hairul Azreen telah keluar berdua tanpa anak-anak untuk menonton teater. Hanis berkongsi sekeping foto bersama Hairul dengan kapsyen berikut;
“Bila Alisa bagi kita keluar rumah kejap, kita cari peluang tidur walaupun berdiri.”
Hati ibu mana yang tidak meruntun jiwa apabila anak tersayang didapati tidak bernafas dalam jagaan sendiri.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi perkongsian di FB miliknya tersedak susu dikalangan bayi kerap berlaku.
Beliau menjelaskan bahawa tersedak susu (aspirasi susu) di kalangan bayi merujuk kepada keadaan di mana susu masuk ke dalam saluran pernafasan (trakea) dan bukannya ke dalam esofagus menuju ke perut.
Ini boleh menyebabkan bayi tercekik, sukar bernafas, atau mengalami masalah pernafasan yang serius, yang dalam kes tertentu boleh mengakibatkan kematian mendadak.
Bagaimana Tersedak Susu Berlaku?
1. Penyusuan dalam posisi salah – Bayi yang disusukan dalam keadaan terlalu baring atau tidak menegak sedikit boleh meningkatkan risiko susu masuk ke saluran pernafasan.
2. Aliran susu terlalu laju – Jika bayi menyusu dari botol dengan lubang puting yang besar atau ibu mengalami refleks let-down yang kuat, susu boleh mengalir terlalu cepat, menyebabkan bayi sukar menelan dengan betul.
3. Bayi menghisap dengan lemah – Bayi pramatang atau yang mempunyai masalah neurologi seperti cerebral palsy mungkin mempunyai refleks menelan yang lemah.
4. Regurgitasi atau refluks gastroesofagus – Bayi yang mengalami GERD (gastroesophageal reflux disease) boleh mengalami aliran balik susu dari perut ke esofagus dan seterusnya masuk ke saluran pernafasan.
5. Tertidur ketika menyusu – Jika bayi tertidur ketika masih mempunyai susu dalam mulut, mereka mungkin tidak dapat menelan dengan baik, menyebabkan susu masuk ke dalam paru-paru.
✅Batuk atau tersedak secara tiba-tiba semasa atau selepas menyusu
✅Muka menjadi biru (sianosis) akibat kekurangan oksigen
✅Pernafasan berbunyi (stridor atau wheezing)
✅Bayi menjadi lemah, tidak responsif atau sukar bernafas
Bagaimana Mencegah Tersedak Susu?
1. Pastikan posisi penyusuan yang betul – Pegang bayi dalam keadaan tegak sedikit (30-45 darjah) semasa menyusu dan selepas menyusu.
2. Gunakan puting botol yang sesuai – Pilih saiz lubang puting botol yang sesuai, supaya susu tidak mengalir terlalu cepat.
3. Elakkan memaksa bayi menyusu – Jika bayi kelihatan sudah kenyang, jangan paksa mereka minum lebih banyak.
4. Sendawakan bayi selepas menyusu – Ini membantu mengeluarkan udara yang terperangkap dan mengurangkan risiko refluks.
5. Pantau bayi selepas menyusu – Jangan biarkan bayi tidur dalam posisi telentang sejurus selepas menyusu jika mereka cenderung
1. Jika bayi masih sedar:
Segera angkat bayi ke posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan perlahan-lahan untuk membantu mengeluarkan susu.
Jika bayi batuk, biarkan dia batuk kerana batuk adalah refleks semula jadi untuk mengeluarkan cecair dari saluran pernafasan.
2. Jika bayi tidak boleh bernafas atau biru:
Letakkan bayi dalam posisi meniarap di atas lengan anda, dengan kepala lebih rendah daripada badan.
Tepuk belakang bayi dengan kuat dan cepat sebanyak 5 kali di antara tulang belikat menggunakan pangkal tapak tangan.
Jika bayi masih tidak bernafas, segera hubungi ambulans dan lakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR bayi).
Jika bayi kerap mengalami tersedak susu, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas selamat menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 27 Disember lalu, pasangan selebriti Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie tampil berkongsi nama bayi perempuan mereka selepas seminggu dilahirkan.
Melalui Instagramnya, Azzam dan Sheryl memuat naik gambar mereka bersama bayi sekaligus turut turut berkongsi nama cahaya mata sulung mereka.
Kedua-duanya yang kini bergelar ibu dan ayah memilih nama ringkas namun cukup indah, Azzalea Safiyya yang menjadi pilihan keduanya.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kami perkenalkan puteri sulung kami yang diberi nama Azzalea Safiyya Binti Muhammad Azzammuddin.
Melalui entri yang sama, baik Azzam dan Syeryl keduanya turut sama mendoakan yang terbaik buat perjalanan buah hati tersayang mereka.
“Semoga @azzalea_safiyya menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihat, sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah SWT serta berjaya dunia akhirat.
Kongsi Azzam lagi, Sheryl yang melahirkan cahaya mata sulungnya itu melalui kaedah pembedahan turut berterima kasih kepada doktor dan ahli keluarga juga rakan-rakan di Instagramnya yang turut sama mendoakan kelancaran kelahiran cahaya mata mereka.
“27 November 2022 | 9.45pm | 2.89kg. Terima kasih @assuntahospital1954 terutamanya O&G consultant yang kami beri kepercayaan, Dato’ Dr. Mohammed Niraj @thegynaecologistandassociates yang banyak memberi nasihat, sokongan moral & pendapat yang terbaik buat kami.
“Atas izin Allah SWT, Sheryl selamat melahirkan anak kami secara pembedahan. Segala puji bagi Allah SWT, segalanya dipermudahkan.
“Terima kasih buat semua yang mendoakan kebaikan buat keluarga kecil kami. Semoga segala doa yang baik dibalas dengan kebaikan.
“Kami juga mendoakan buat semua pasangan yang menanti zuriat agar dikurniakan cahaya mata yang soleh & solehah serta dipermudah segala urusan dunia akhirat, Aamiin ya Mujib,” katanya lagi.
Setiap wanita yang berkahwin pasti mendambakan gelak tawa dan tangisan anak dalam rumah tangga. Namun jika belum rezekinya, siapa kita untuk menidakkan takdir itu.
Ada yang diuji sukar dapat anak dan ada juga yang mengandung tetapi keguguran atas sebab tertentu. Namun sejauh mana kesabaran itu bergantung pada kekuatan dalam diri dan sokongan suami dan ahli keluarga.
Perkongsian dari Puan Ruby Hashim yang keguguran sebanyak 4 kali ini bukan sesuatu yang mudah namun dia reda bukan rezekinya lagi untuk membesarkan anak seperti pasangan lain.
Berikut perkongsiannya mengenai kandungan keempatnya yang sempat bertahan hingga 20 minggu saja.
Cukup 44 hari ibu berpantang tanpa anak ibu Muhammad Adam. Ibu ingat buleh jumpa anak ibu tahun 2020 nanti.. Due awak 5/2/2020. Tapi awak nak ikut juga abang-abang dan kakak awak sayang.
Dari ibu pregnantkan awak tak ada masalah apa. Bleeding apa pun tak ada. Masa pergi buat pemeriksaan dengan pakar O&G pun doktor cakap pangkal rahim ibu elok.
Ibu pregnantkan awak alahan sangat teruk. Bau tumis segala bagai tak boleh. Pening.. Semua cukup indah sayang. Make up apa pun langsung tak boleh.
18 September 2019
Masa balik balek rumah tok wan ibu rasa sakit kat ari-ari. Macam nak membuang. Masuk toilet tiba-tiba ketulan nak terkeluar. Allahuakhbar! Waktu tu hanya Allah saja tahu dalam fikiran. Anak ibu! Tok tenangkan ibu, suruh duduk. Tak lama lepas tu ketuban pecah. Banyak sangat.. Allah.. peritnya rasa..
Lepas tu abah bawa ibu pergi HSB. Doktor scan yang air ketuban ibu kering. Dalam fikiran anak ibu dah tak dapat selamat sebab baru 20w masa tu. Doktor suruh masuk wad sampai baby keluar. Ya ibu reda. Ibu pujuk awak keluar. Malam tu tendang-tendang dalam perut ibu. Ada seorang mak cik tu bagi air selusuh suruh ibu minum sapu diperut. Ibu buat. Ibu pujuk awak suruh keluar. Rupanya awak seronok lagi dalam rahim ibu.
Bertahan sampai hari ke-4
Ibu cakap apa awak respon dengan bagi tendangan. Hari Khamis seorang pakar datang dan cakap tak boleh buat apa. Tapi puan minta keajaiban dari Allah. Mana tahu Allah nak bagi keajaiban. Ibu semangat sayang. Ibu minum air masak 3 botol besar sehari.
Malam last tu ibu batuk sangat-sangat. Memang teruk. Nurse bagi ubat batuk. Ibu minum lepas tu tidur.. ibu terjaga pukul 1 lebih. Rasa nak membuang, tapi tak keluar. Naik atas katil ibu rasa sakit lagi. Masuk dalam toilet rupanya anak ibu dah nak keluar. Ibu push seorang dalam toilet dan tahan dengan tangan.
Adam keluar dengan senyum
Allahu.. anak akuu.. Allah.. anak aku masih hidup. Keluar dalam keadaan masih bernyawa dan keadaan anak ibu bergerak berkuak-kuak. Macam mana Adam tendang dalam perut macam tu waktu awak keluar sayang. Dengan keadaan mulut cup cap cup cap.. Mungkin lapar kan. Ibu cakap kat awak “alaa anak ibuu,tunggu ibu disyurga yaa syg”
Allahuakhbar… Anak ibu senyum! Allah bagi ibu lihat dan ibu reda. Ibu yakin yang Adam bahagia kat sana. Aku tak rasa terkilan apa yang jadi kali ni tetapi rasa bersyukur. Bohong tak sedih, nama pun anak yang menumpang dalam rahim walaupun 5 bulan.
Uri keluar tetapi darah beku terlalu banyak
Ingatkan semua dah selesai kerana uri dapat keluar dengan elok tetapi sangkaan ku salah apabila doktor terpaksa buang darah beku yang terlalu banyak hidup-hidup. Ye la kan leaking ketuban sampai 4 hari. Hampir dua jam prosedur tu dilakukan baru selesai. Rasa macam nyawa di penghujung.
Ini penglaman anak nombor 4. Semua anak ibu tunggu ibu dan abah di syurga.
*Mesti ada yang tanya kenapa tak ikat (pasang cerclage). Masalahnya tak sempat nak ikat dan doktor terpakasa tangguh sebelum tu kerana saya chicken pox. Namun tak disangka lepas tu ibu mengandungkan Adam. Ibu percaya semua terjadi adalah rahsia Allah. Allah tak bagi rezeki jaga 4 orang anak mesti bersebab.. Allah mengetahui segalanya…
#22sept2019 sejarah buat kali keempat..
Mesti ramai yang tanya kenapa semua keempat-empat kandungan saya tak berjaya kerana saya mengalami masalah pangkal rahim yang lemah.
Pertama 13w3d Kedua 18w Ketiga 17w7d Keempat 20w4d