Besar cabarannya bila membawa anak bercuti pada tempoh masa dan jarak yang panjang. Pasangan selebriti, Ernie Zakri dan Syamel antara yang tidak terkecuali berdepan dengan cabaran ini.
Difahamkan, Syamel dan Ernie kini sedang bercuti ke London bersama anak serta ahli keluarga yang lain.
Menerusi perkongsian Ernie di Instagram, ibu muda ini memberi bayangan akan cabaran yang dilalui dengan penerbangan yang lama ke London itu.
“Our 1st time flying with Khawla. I guess we are okay?
“Or is it okay not to be okay? Ke tudung ibu yang tak ok tu?,” tulis Ernie di ruangan kapsyennya.
Bukan itu sahaja, bahkan kongsi Ernie lagi, anaknya yang sedang aktif membesar itu cukup sukar untuk diajak bergambar sepanjang berada di sana.
“Menghadapi hari hari ku bersama anak gadis. sungguh challenging nak ambil gambar sama,” kongsi Ernie lagi.
Semuanya kerana Khawla yang kini berusia setahun lebih itu cukup aktif dan mahu berjalan sendirian.
Malah beberapa perkongsian Ernie di Insta Story juga memperlihatkan keaktifan Khawla sepanjang bercuti di London. Memang lincah.
Semoga Khawla terus sihat membesar dan menceriakan ibu dan ayahnya.
Terdahulu, Ernie dan Syamel mendirikan rumahtangga pada 22 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Khawla Soleha.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!