“Comel sangat, Chantiq junior ni. Bam bam pulak tu!” Itu antara komen peminat yang melihat wajah anak keempat Johan dan Ozlynn yang dilahirkan 3 Syawal lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, pasangan terbabit turut memohon maaf apabila membuat ramai pihak tertanya-tanya mengenai keadaan kesihatan Ozlynn atau nama penuhnya, Rozlinawaty Ismail sebelum ini.

Dalam kapsyen yang ditulis, pasangan ini memberitahu bayi yang dilahirkan sihat dengan berat 3.9 kilogram. Mereka juga turut berkongsi wajah puteri kedua.

Apa yang menariknya, Johan antara ayah yang cukup sempoi. Video yang dimuat naik menunjukkan Johan sedang meriba dan mendodoikan anaknya sambil bermain piano.

Maafkan kami suami isteri sb buat semua tertanya2.. dh bersalin ke? Alhamdulillah baby selamat dan sihat sama mcm mama dia.. raya ke 3 dia xmo gak keluor so kita terpaksa memaksa baby keluar tp ttp secara normal.. so now papa nak mama berehat puas2 mandangkan nnt mlm dh mula berjaga utk baby.. al maklom la kami tiada helper.. jd semuanya sendiri.. bkn tidak mahu menerima kunjungan.. tp papa bg mama berehat dulu seminggu dua.. maklomlah nak membiasakan diri kembali dgn baby yg masih fragile.. so harap semua faham.. tp kami akan belanja wajah puteri kedua kami.. ok jgn panik tgk video tuh.. pastinya keselamatan di utamakan.. maklomlah sakit pon x abes lagik..?.. InsyaAllah bila ozlynn ready hangpa boleh mai umahhhh naaa… ingat!! Jgn berniat utk kenyam anak aku.. aku tau ada yg dh kancing2 gigi tgk gambar anak aku? selamat dtg baby #familyhanania .. #mambono5 #3.9kg P/S: baby @gaiainnerbeautypowderofficial lagik sorg

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

IKLAN

Pasangan ini juga memaklumkan, mereka belum bersedia menerima kunjungan tetamu kerana mahu memberi ruang kepada Ozlynn untuk berehat.

“Saya mahu Ozlynn berehat puas-puas memandangkan dia perlu menjaga sendiri bayi kami. Maklum, kami tiada pembantu rumah, jadi semuanya dilakukan sendiri.

Chantiq Junior! Peminat Bagi Gelaran Untuk Anak Keempat Johan Dan Ozlynn

IKLAN

“Bukan tidak mahu terima kunjungan tetamu, tetapi berilah ruang untuk Ozlynn berehat dahulu seminggu dua. Dia perlu membiasakan diri kembali dengan bayi yang masih lagi kecil. Harap semua pihak faham.

“Insya-Allah, apabila Ozlynn sudah bersedia nanti, datanglah ke rumah,” kata Johan.

IKLAN

Chantiq Junior! Peminat Bagi Gelaran Untuk Anak Keempat Johan Dan Ozlynn

Johan atau nama lengkapnya, Yazid Lim Mohamad Aziz dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq serta Cantiq.

Sumber: instagram jozlynnhanania

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI