Chawanmushi Homemade Nak Sedap Letak Bahan Ni Banyak-Banyak, Confirm Licin Dimakan!

Share

Chawanmushi, hidangan pembuka selera yang cukup popular di Jepun yang dibuat daripada campuran telur dan digabungkan dengan bahan-bahan lainnya, dikukus sebati sekali gus memberi kesempurnaan rasa yang sempurna!

Apa yang pasti ianya begitu mudah disediakan. Jadi apa kata, kali ini kita layan selera anak-anak dan keluarga dengan menyediakan Chawanmushi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Arina Rashid ini.

Siapa peminat chawanmushi? Meh Rina nak share satu resepi yang rasa dia nak sama macam chawanmushi.

Sebenarnya chawanmushi ni telur kukus je. Nak buat dia punyalah senang. Tak sempat nak berpeluh pun. Paling puas hati boleh letak bahan banyak-banyak. Camtu sekali.

Untuk resepi telur kukus / steamed egg / chawanmushi korang sediakan blender, pengukus, bekas ramekin. Kalau takda, guna tipuware pun boleh.

Bahan-bahan dia:
3 biji telur
260g air
½ tsp garam

Cara Penyediaan:

Blend kesemua bahan kat atas sampai sebati.

Sediakan bekas. Kalau guna ramekin dapat 4 bekas. Kat bekas tu isilah segala apa-apa yang korang suka. Rina letak cendawan shitake dengan crabstick.

Tuang bancuhan telur tadi perlahan-lahan ke dalam bekas. Kalau ada buih, kaup buih tu buangkan. Ni sebab nak bagi cantik telur kukus tu nanti.

Nak tabur dengan daun bawang ke daun sup ke pun boleh. Lepastu kukus selama 20 minit.

Dah siap!

 

Super pantas dan berbaloi kan. Kalau chawanmushi dia guna dashi sebagai perisa. Kita guna garam pun dah ok dah tu.

Sebenarnya resepi asal dari cookidoo ni. Yang ada TM6 boleh refer resepi steamed egg dekat resepi Hainan Chicken Rice.

Setting tm6 untuk blend bahan-bahan atas tu ialah 6 sec, speed 4. Untuk kukus pulak, guna varoma tray, set kan masa 20 minit, suhu varoma, speed 3.

Selamat mencuba. 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

Published by
Mar