Comelnya anakanda Che’ Puan Juliana Evans dan suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Sulaiman Shah.  Puteri sulung pasangan ini yang diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dah berusia dua bulan dan mesra dipanggil Mily oleh bondanya itu.

Che’ Puan Juliana Rindu Tempoh Berpantang, Masih Beri Susu Ibu Pada Anaknya Mily

Melalui perkongsian di laman Instagram Che’ Puan Juliana baru-baru ini, beliau menyatakan berat si kecilnya itu sudah lebih dari 5kg. Patutlah comel dan bam bam. Apa yang boleh dipuji, ibu muda ini menyusukan puterinya dengan susu ibu sepenuhnya.

“Hello, Saya dan berusia dua bulan hari ini! Berat saya dah lebih dari 5kg! sekarang saya selalu berjaga siang untuk bermain. Saya suka menonton kartun! Waktu kegemaran saya setiap hari adalah ketika dimandikan dan saya tak suka bila mummy saya keluarkan saya dari tub mandi. Saya nak mandi lebih lama, dah cuba beritahu mummy tapi dia tak faham Bahasa saya! Mungkin bukan sekarang tapi nanti mummy akan faham.”

Dalam perkongsian lain, Che’ Puan sempat menulis kapsyen yang kelakar berkenaan anakandanya itu.

IKLAN

“Mummy tengah ‘overdosing’ saya dengan susunya. Cuba lihat pipi saya! Ya lah saya kan tengah membesar dan susu ibu adalah susu yang paling berkhasiat dan sedap! Terima kasih mummy. Tapi mana leher saya pergi mummy?

Perkongsian ini turut mendapat perhatian selebriti lain seperti Nourul Depp dan juga peminat Che’ Puan Juliana.

IKLAN

Che’ Puan Juliana Rindu Tempoh Berpantang, Masih Beri Susu Ibu Pada Anaknya Mily

Che’ Puan Juliana Rindu Tempoh Berpantang, Masih Beri Susu Ibu Pada Anaknya Mily

Che’ Puan Juliana Rindu Tempoh Berpantang, Masih Beri Susu Ibu Pada Anaknya Mily

IKLAN

Che’ Puan Juliana turut nyatakan bahawa beliau rindu rawatan-rawatan ketika tempoh berpantang yang dijalaninya tak lama dulu.

“Lihat betapa sihat dan selesa Mily selepas dijaga oleh Natalismothercare. Terima kasih kerana menjaga saya dan bayi ketika berpantang. Saya akan rindukan sauna harian, mandian herba, skrub badan, bertungku, tangas dan semua makanan-manakan sihat.

Tahniah Che’ Puan Juliana, semoga usaha anda untuk susukan Mily dipermudahkan. Susu ibu memang yang terbaik!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI