Syukur anda kini sudah memasuki trimester ketiga dan persiapan untuk melahirkan bayi pun boleh dilakukan sekarang. Tetapi apa barang keperluan bersalin yang perlu dibawa ke hospital ya?
Masa sesuai berkemas barang keperluan bersalin
Dianggarkan hanya kira-kira 5% bayi dilahirkan mengikut tarikh jangkaan bersalin. Bahkan kebanyakan kelahiran berlaku dalam beberapa minggu sebelum atau selepas due date.
Disebabkan itu, amat disarankan bagi anda mula mengemas beg untuk dibawa ke hospital sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh jangkaan tersebut. Ini dapat memberikan anda sedikit masa untuk perkara yang tidak diduga.
Bagi ibu hamil yang mempunyai sebarang tanda kemungkinan akan bersalin pramatang atau perlu melahirkan si kecil lebih awal, mungkin masa untuk mengemas beg harus dipercepatkan.
Barang keperluan ibu bersalin
Senarai berikut nampak agak banyak, tetapi kesemua barangan ini boleh dimuatkan dalam 1 beg.
1. Kad pengenalan diri
Ini diperlukan semasa mendaftar masuk. Kad insurans dan sebarang dokumen berkaitan lain juga harus disediakan,
2. Senarai ubat
Anda mungkin akan ditanya semasa mendaftar masuk dan apabila ingin mendaftar keluar.
Ketika sedang berdebar ingin beranak, terdapat kemungkinan anda tidak akan mengingati semua maklumat ubat yang diambil. Jadi senaraikannya dalam sekeping kertas, lebih mudah!
3. Ubat-ubatan, barang keperluan bersalin
Jika anda ada mengambil sebarang ubat preskripsi harian, jangan lupa membawanya bersama. Ini bagi mengelakkan situasi menjadi kelam-kabut.
4. Kad kredit atau sedikit wang tunai
Ia hanyalah untuk disimpan jika keadaan memerlukan atau anda mengidamkan sesuatu.
5. Selipar kalis licin
Aspek keselamatan harus sentiasa menjadi keutamaan anda. Jadi pastikan selipar yang dibawa atau dipakai mempunyai cengkaman yang baik untuk keselamatan.
Ads
Ini kerana semasa menunggu masa untuk bersalin, anda mungkin mahu berjalan-jalan, apatah lagi ketika berdepan kontraksi.
6. Buku
Buku, novel, majalah atau apa sahaja bahan bacaan lain yang boleh meredakan kebosanan semasa menunggu acara utama berlangsung.
7. Gajet dan pengecas
Telefon pintar dianggap sesuatu yang penting pada masa kini, bukan? Jadi sementara menunggu, anda mungkin akan bosan, jadi gajet adalah peneman yang terbaik.
Anda juga boleh mendengar radio atau muzik yang dapat membantu memberikan ketenangan semasa mengalami sakit kontraksi, betul tak? Tetapi pastikan anda membawa bersama fon telinga – penting agar tidak mengganggu ketenteraman individu lain.
8. Peralatan mandian, antara barang keperluan bersalin mesti dibawa
Selepas bersalin, ibu biasanya perlu bermalam di hospital – bagi membolehkan doktor memantau keadaan ibu & bayi. Jika tiada masalah, anda akan dibenarkan pulang selepas 24 jam.
Jadi jangan lupa untuk membawa peralatan asas seperti berus dan ubat gigi, sabun mandi, syampu, deodoran, balm bibir dan losyen – jika anda cenderung mempunyai kulit kering.
9. Seluar dalam
Anda akan memakai tuala wanita, jadi sebaiknya pilihlah saiz yang lebih besar dan full coverage style. Pilihan lain yang anda ada adalah untuk mendapatkan seluar dalam pakai buang.
10. Tuala wanita, salah satu barang keperluan ibu bersalin
Biasanya pendarahan lochia atau nifas selepas bersalin untuk beberapa hari pertama adalah banyak. Jadi pertimbangkan untuk membawa pad tebal.
Ads
Penggunaan tampon selepas bersalin perlu dielakkan bagi menghindari risiko jangkitan.
11. Bra penyusuan
Jika anda merancang untuk menyusukan badan, bra menyusu dapat membantu memberikan akses dengan mudah apabila diperlukan.
12. Nursing cover & pelapik penyusuan
Bagi mereka yang bersalin di hospital, anda mungkin akan menerima kedatangan tetamu. Jadi penggunaan nursing cover atau pelindung ketika menyusukan bayi akan dapat memberikan anda keselesaan.
Pelapik penyusuan juga diperlukan jika berlaku sebarang ‘kebocoran’ susu.
13. Pakaian pulang
Pastikan juga dalam beg anda dimasukkan pakaian yang akan dipakai apabila dibenarkan pulang nanti. Pilihlah pakaian yang dapat memberikan keselesaan kepada anda.
Anda juga boleh memadankan pakaian dengan si kecil, barulah comel!
14. Cermin mata atau kanta sentuh
Ia mungkin perkara terakhir yang terlintas di fikiran atau anda juga mungkin terlupa mengenainya!
Jangan lupa untuk membawa cermin mata atau bagi mereka yang memilih untuk memakai kanta lekap – pastikan anda membawa bekas simpan dan juga multi-purpose solution.
Ads
Bagi ibu yang akan menjalani prosedur kelahiran caesar, pertimbangkan untuk membawa barangan berikut:
15. Seluar dalam sokongan, barang keperluan ibu bersalin czer
Bawa beberapa seluar dalam khas untuk C-Section – ia berpinggang tinggi dan menawarkan mampatan ringan.
Anda juga boleh membawa fold-over underwear – seluar dalam boleh dilipat untuk memastikan ia terletak di bawah tempat pembedahan czer.
16. Compression wrap
Barang keperluan bersalin lain adalah tali pinggang sokongan (belly wrap). Ia dapat memberikan sokongan tambahan pada perut.
Namun pastikan anda mendapatkan kepastian daripada doktor mengenai garis panduan sebelum anda mula memakainya.
17. Pakaian longgar
Anda mungkin lebih selesa memakai pakaian seperti baju tidur berbanding berseluar – bagi mengelakkan pakaian bergesel dengan luka C-Sec.
Keperluan & keselesaan
Sebenarnya apa yang ingin anda bawa adalah bergantung kepada diri. Mungkin apa yang disenaraikan di atas, bukanlah keutamaan buat anda.
Jadi cuba buat checklist perkara yang anda rasakan penting untuk keperluan dan keselesaan diri sepanjang di hospital nanti.
Lakukan persediaan awal dan jangan tunggu sehingga saat akhir atau anda mungkin akan tertinggal barang keperluan bersalin yang penting!
Tompokan berwarna kebiruan atau kelabu kehitaman ini mungkin menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa. Mana tidaknya warna seperti lebam, bimbang menyakitkan si manja!
Tanda seolah-olah lebam dan ini selalunya wujud pada bahagian punggung, belakang. Tidak terkecuali bahagian dada, betis, kaki dan tangan. Malah ada sesetengah bayi turut mendapatnya pada bahagian muka!
Menurut Dr Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Pediatrik & Pensyarah Pediatrik Monash University, ramai ibu bapa salah faham mengenai tanda lahir ini. Ada yang bimbang ia akan menyakitkan si manja. Berikut ialah perkongsian beliau;
Ramai yang tersalah faham dengan tanda lahir ini.
MONGOLIAN SPOT
Ia dinamakan Mongolian spot.
Ia sejenis tanda lahir yang telah terjadi sejak dalam kandungan di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen berterusan berada di dalam lapisan kulit yang paling dalam menyebabkan warnanya menjadi kebiruan / kelabu kehitaman.
Ia selalunya timbul di bahagian punggung, belakang, namun boleh juga dilihat di bahagian lain tubuh. Mongolian spot ini akan beransur pudar dan hilang apabila anak meningkat umur hingga remaja.
TIADA KAITAN DENGAN MASALAH KESIHATAN
Tiada kaitan dengan sebarang masalah kesihatan seperti sesetengah tanda lahir lain seperti ‘haemangioma’ atau ‘cafe au lait spots’.
5 INFO MENGENAI MONGOLIAN SPOT
#1 Ia juga dikenali sebagai congenital dermal melanocytosis atau slate gray nevi.
#2 Banyak berlaku pada bayi yang mempunyai kulit gelap berbanding berkulit cerah.
#3 Tiada bentuk tertentu dan sering terdapat di bahagian bayi seperti punggung, belakang badan, lengan, paha dan betis.
#4 Mempunyai kelebaran 2 hingga 8sm.
#5 Permukaannya nipis, tekstur licin sama seperti kulit.
Seawal gigi pertama anak tumbuh sekitar usia 6 bulan, ibu bapa dah perlu ambil berat. Jangan anggap tak penting untuk memberus gigi kerana fasa inilah sangat sesuai untuk membiasakan anak dengan berus gigi.
Jika tak dilatih awal, semakin anak besar, semakin susah nak suruh anak buka mulut dan memberus giginya. Ini yang lama kelamaan apabila cecah usia dua atau tiga tahun gigi dah mula hitam dan rongak.
Jadi bagaimana pemiihan berus gigi yang betul, Dr Azila Mohd Kasim berikan info terperinci. Ini memandangkan ada berus gigi viral yang dikatakan boleh membantu anak membersihkan gigi.
Doktor, adakah berus gigi kanak-kanak “berbentuk U 360 darjah” bagus? Pertama kalinya kita lihat bahan berus gigi ini diperbuat daripada silikon.
Memberus gigi dapat mengurangkan skor plak mulut penuh (FMPS). Walau bagaimana pun kajian mendapati berus gigi berbentuk U terbukti tidak berkesan untuk menghilangkan plak gigi.
Apakah bentuk terbaik untuk berus gigi?
Bentuk kepala berus gigi berbentuk konvensional dibulatkan atau dibulatkan. Berus gigi berbentuk berlian “diamond” cenderung lebih baik untuk mencapai bahagian belakang dan sisi geraham.
Apakah jenis berus gigi yang harus digunakan oleh kanak-kanak?
Pilih berus gigi dengan bulu lembut yang diperbuat daripada hujung bulat atau “digilap” – bulu ini membersihkan gigi anak-anak dengan baik tanpa kasar pada gusi mereka.
Pastikan berus gigi kanak-kanak sesuai dengan citarasa mereka, jadi senang digunakan setiap hari dan malam.
Pada usia berapa kanak-kanak harus mula menggunakan berus gigi?
Beruslah gigi bayi anda menggunakan “finger toothbrush”. Apabila gigi bayi pertama mula muncul, anda boleh beralih ke berus gigi.
Bagaimana saya menggosok gigi anak saya yang berumur 2 tahun?
Gunakan berus gigi bayi dengan bulu lembut, dan gunakan sedikit ubat gigi berfluorida, ukuran sebiji beras.
Jumlah ubat gigi sebegini harus dikekalkan sehingga anak anda berusia 3 tahun atau boleh patuh arahan meludah. Elakkan menelan ubat gigi.
Gosok gigi anak anda dengan teliti sekurang-kurangnya 2 minit, dua kali sehari.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas bergelar ibu dan bapa pastinya rasa begitu teruja menikmati setiap detik bersama zuriat kesayangan. Suami penyanyi, Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir turut berkongsi perasaan terujanya sambil berkongsi foto bersama anak sulung mereka yang dilahirkan pada Selasa lalu.
Menerusi Instagramnya semalam, sekeping gambar yang dikongsikan Nabil sambil memangku anaknya itu jelas membuktikan kebahagian setelah bergelar ayah.
“I’m officially a Daddy! Alhamdulillah everything was fast and smooth,” kongsi Nabil.
Malah kata Nabil lagi, journey sebagai bapa sudah bermula dalam kehidupannya begitu juga Ayda.
Kata Nabil berkongsi cerita, rutinnya berjaga malam kini sudah pun bermula namun dia amat bersyukur anak sulungnya itu mudah dijaga malah senang dipujuk.
“Ayda & Baby sihat alhamdulillah. They both just need plenty of rest.
“Malam semalam dah mula dah bangun hampir setiap jam but alhamdulillah Baby senang dipujuk.
“Thank you semua atas ucapan dan doa. Moga kita sama-sama dapat keberkatan dariNya. ♥️
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/health-food/fgwalet-premium-bird-nest-and-rock-sugar-with-extra-collagen-buy-1-free-2-20163840″ style=”flat” background=”#edef2d” size=”6″]FGWalet Premium Bird Nest Extra Collagen[/su_button]
Tidak hanya Nabil, bahkan menerusi Instagram, Ayda Jebat turut berkongsi foto tangan anak kecilnya itu sambil berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakannya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.