Sebelum ada anak, nak pergi mana-mana tak kisah pun nak bersiap saat akhir. Tapi cara ni dah tak sesuai kalau ada si kecil.
Keperluannya penting bermula dari menyediakan baju, bekalan makanan untuk anak dan paling penting juga adalah kit kesihatan.
Kadang-kadang sebagai ibu, lupa dan tertinggal nak bawa barang sepatutnya akan ada juga walaupun dah ingat.
Jadi macam mana nak pastikan semua itu tak tertinggal jika nak pergi bercuti atau balik kampung.
Perkongsian dari ibu kepada tiga cahaya mata, Puan Hazirah Maulana cukup mudah dan boleh dijadikan panduan semua ibu bapa barang apa yang perlu ada dalam beg bila nak travel.
Pernah pengalaman time travel, anak demam panas tapi satu pun tak prepare. Sejak tu terus belajar dari pengalaman. Bukan apa, kadang-kadang kita ni tak boleh nak elak dan tak expect anak tiba-tiba demam, batuk, selsema dan sebagainya.
Nak-nak kalau insiden tu berlaku tengah-tengah malam, atau pun time kita pergi travel jauh-jauh. Nak cari ubat-ubat ni, bukan boleh main beli je, especially bayi.
Kalau ada yang nak tengok checklist boleh refer gambar. Ade description untuk setiap gambar. Boleh share untuk panduan ibu-ibu yang nak bawa anak pergi bercuti atau balik kampung.
Mudah kan! Lepas ni dah tak ada alasan tertinggal lagi keperluan anak. Nak mudah letak siap-siap dalam satu beg. Nak pergi mana-mana ambil je terus.
Sumber: Hazirah Maulana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bersalin Ni Tak Kira Apa Cara, Dekat Mana Hanya Untuk Uji Hubungan Kita Dengan Allah – Tasha Manshahar
Penyanyi, Tasha Manshahar selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di Bandar Baru Bangi, beberapa hari lepas.
Suami Tasha, Raqib Majid yang juga bekas penyanyi dan pengacara berkata, bayi dan isterinya dalam keadaan sihat.
Menerusi instagramnya, Tasha memberitahu bahawa dia dalam proses penyembuhan setelah berpenat melahirkan cahaya mata sulungnya.
Betul kata kaklong @kai_armd , bersalin ni (tak kira apa cara, dekat mana, bila) betul-betul untuk menguji kebergantungan dan kekuatan hubungan kita dengan Allah. Sesungguhnya dengan keterbatasan kemampuan dan pengetahuan kita ni, memang hanya Allah lah sebaik-baik perancang. Sekarang baru saya faham kenapa Allah sangat muliakan para ibu. Terima kasih Allah untuk kebahagiaan ini
I’m in the process of recovering. Really need some time to rest and heal. Nanti bila saya dah sihat sikit, inshaAllah saya akan share pengalaman saya, moga-moga beri manfaat kepada first-time mommies. Expect slow updates but keep yourselves updated ya.
Cuma buat masa ni, advice saya adalah teruskan berdoa apa yang kalian inginkan, tapi jangan lupa untuk minta supaya Allah sediakan apa yang terbaik disisiNya, sesuai dengan kesanggupan dan keadaan diri kita. Jadi inshaAllah, kalau berlaku perkara selain daripada apa yang kita harapkan, kita berlapang hati dan terima dengan tenang. Kerana yang terbaik itu hanya disediakan untuk orang-orang yang sentiasa bersyukur
Love,
Mommy (Laaaaa!)
Melalui postingnya yang terdahulu, dia berdoa agar dapat melahirkan bayinya pada hari jumaat dan Allah makbulkan.
Today is the day ; the very day me and your daddy were always waiting for. Your arrival. I few times told Allah that I wanted to see you on Friday. And really, Allah granted my wish today, on Saiyidul Aiyam. 39w 2d carrying you in my womb, from the smallest dot to an adorable baby was something I couldnt ever imagine. Indeed, Allah is the Greatest.
_
Love,
I will from time to time be sharing more about my feelings, my struggles, my hopes, my dreams, my insecurity. Surely even more about you, about daddy, and about us three.
_
Honey,
I’m so sorry for taking quite some time to really believe that I was going to be a mother. Your mother. I was actually afraid. Afraid of not being the best. Afraid of not giving you enough. Afraid of taking you for granted. Ive been continuously praying and asking for Allah’s help, may He always guide me and daddy — to guide you eternally ?
_
With that, peace be upon you, our first born, our soleh son ♥️
_
Ps : Thank you uncles aunties sebab selalu doakan saya dari awal sampai saya selamat dilahirkan. Semoga Allah pelihara uncle aunties semua ? – baby
Rata-rata peminat dan followers mengucapkan tahniah kepada Tasha dan suami atas kelahiran cahaya mata sulungnya itu.
Sumber: Tasha Manshahar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Anak Ada Lubang Kecil Di Telinga, Tak Perlu Risau. Cumanya Sakit Kena Alert!
Pasti ada ibu yang tertanya, apa lubang kecil di tepi telinga anak ni”. Adakah ia mendatangkan bahaya pada anak kecil. Bukan apa, kadang-kadang ada keluar cecair dan ia merisaukan anda sebagai ibu bapa.
Melalui perkongsian dari Dr Ezzairy M.Sallih, keadaan ini boeh diatasi jika ia memberi ketidakselesaan pada anak.
Berikut antara perkongsiannya
Ibu muda ini sangat bimbang. Anaknya yang mulai masuk ke alam sekolah kerap alami masalah pada telinga. Ada cecair yang keluar daripada lubang kecil di hadapan telinga. Busuk. Adakalanya berbau.
Firasatnya, ia adalah amat berbahaya. Perlu segera dilakukan sesuatu. Ditutup atau dijahit sahaja lubang itu supaya ia tidak lagi mengeluarkan cecair.
Namun hakikatnya, ia bukanlah seperti itu untuk kami merawat penyakit ini. Tidak perlu untuk ditampal mahu pun dijahit.
‘Preauricular sinus’ atau bukaan lubang kecil yang biasanya ada di kawasan depan telinga (sila rujuk pada gambar) biasanya berlaku akibat masalah kongenital. Maknanya ia berlaku semenjak lahir lagi, dan bukan disebabkan kuman, kemalangan atau pun kecederaan.
Cumanya apabila berlaku jangkitan di kawasan tersebut, maka kulit luarannya akan menjadi kemerahan sebagai tanda berlakunya jangkitan, membengkak yang berisi cecair nanah dan sakit apabila ditekan dari luar.
Apabila keadaan ini berlaku, apa yang perlu anda lakukan? Langkah terbaik adalah seperti ini :
1. Bawa berjumpa doktor untuk diperiksa. Kami akan berikan ubat antibiotik yang sesuai bagi mengelakkan jangkitan lebih serius.
2. Jika pembengkakan pada kantung sinus tersebut sudah mengandungi nanah (doktor boleh mengenalpasti keadaan ini melalui pemeriksaan klinikal), kami akan lakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah tersebut.
3. Pesakit akan diberi surat atau memo untuk melakukan cucian di kawasan pembedahan sehingga ia benar-benar bersih dan luka sudah mulai tertutup.
4. Apabila masalah ini berlaku secara berulang-ulang, pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan mengeluarkan keseluruhan kantung sinus tersebut atau juga dipanggil sebagai ‘excision of preauricular sinus’. Pembedahan ini boleh dilakukan sama ada secara bius setempat atau biusan penuh, bergantung kepada keadaan dan toleransi pesakit.
Semoga tulisan kali ini dapat memberi ilmu baru buat kalian.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Telinga, Hidung & Tekak (ENT)
Nak tahu lanjut Pa&Ma e-WORKSHOP ini, klik sini http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Merah & Merengsakan Buat Bayi Tak Selesa. 10 Tip Doktor Kongsi Nak Elak Ruam Lampin Pada bayi!
Ruam lampin memang sering berlaku kepada bayi yang masih kecil, untuk elakkan perkara ini terjadi Dr Ahmad Samhan berkongsi 10 tip dengan penerangan sekali bagi memudahkan ibu-ibu menguruskan si kecil.
Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan.
Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.
Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:
- Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
- Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
- Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).
Saya kongsikan 10 tips elak ruam lampin bayi. Penerangan pada setiap gambar.
Kongsikan pada keluarga dan mak ayah yang ada anak kecil.
- Pastikan bayi dalam keadaan kering
Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.
- Tukar lampin dengan kerap
Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera. Jangan lengahkan dalam tempoh yang lama.
- Cuci dengan air
Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air.
- Guna krim ruam bayi
Guna krim ruam bayi setiap kali menukar lampin. Contoh krim ruam yang bagus seperti Sudocream, Drapolene Cream, Pureen Nappy Rash Cream, Sebamed Baby Diaper rash Cream, River Veda Nurture Nappy Rash Cream.
- Kurangkan penggunaan sabun
Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap memadai 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.
- Elakkan bedak talkum
Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik. Ini kerana bedak talkum merbahaya pada paru-paru dan boleh mengganggu pernafasan bayi. Kalau mahu guna juga, gunakan bedak talkum yang diperbuat dari ‘cornstarch’. Biarkan kawasan tersebut kering sentiasa.
- Longgarkan lampin
Pastikan bayi dalam keadaan selesa. Jangan pakaikan lampin ketat-ketat. Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
- Jangan basuh cloth diaper dengan sabun pencuci
Ini untuk pengguna ‘cloth diaper’ sahaja. Elakkan guna sabun yang berbau wangi dan juga pelembut pakaian. Ini kerana bahan kimia akan bertindak dengan kulit bayi yang sensitif. Basuh sahaja dengan air panas dan bilas banyak kali. Pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.
- Minta probiotik atas saranan doktor
Probiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus yang boleh mengurangkan peluang anak anda mendapat ruam lampin.
- Breasfeeding/susukan bayi
Breastfeeding’? Nampak tidak relevan bukan? Jangan salah faham. Menyusu anak anda selama yang anda boleh. Penyusuan susu ibu meningkatkan ketahanan anak anda terhadap jangkitan secara umum dan menjadikan dia kurang memerlukan antibiotik.
Moga bermanfaat!
Dr. Ahmad Samhan
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI