Cheesy Egg Toast 10 Minit Dah Siap! Menu Sahur Simple & Kenyang

Share

Tak semua orang gemar sahur makan nasi dan berlauk berat. Ada yang kurang berselera pada waktu pagi. Tapi jangan jadikan ianya alasan untuk tidak bersahur kerana ada pelbagai jenis menu simple yang boleh dicuba antaranya menu berasaskan roti.

Bahan pun ringkas je, nak buat pun mudah sangat-sangat. Paling penting, so sedap.

Jom buat Cheesy Egg Toast!

Bahan-bahan:

  • 1 keping roti.
  • 1 biji telur gred C kalau boleh sebab nak yang kecil je. Gred A nanti melimpah.
  • Sedikit cheese apa sahaja yang ada.
  • Sedikit sapuan mentega/marjerin apa sahaja yang ada.
  • Sedikit garam dan lada hitam secukup rasa.

Cara penyediaan:

1. Tekan bahagian tengah roti biar tenggelam dan membentuk kawah dan sapukan butter/marjerin/spread tadi di sekeliling permukaan roti.

2. Pecahkan telur di tengah-tengah roti dan masuk ke dalam kawah tadi kemudian taburkan garam, lada hitam dan juga cheese di atas dia.

3. Masukkan ke dalam air fryer pada suhu 180degree selama 10 minit.

Siappp.

Kredit: Khairul Abdullah

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
NuFa