Rata-rata anak bila diberi nuget laju je makan. Tapi ada ibu berkira-kira untuk bagi fast food kerana kandungan garam dan MSG yang tinggi.
Perkongsian dari Puan Yatie Eimra mengenai resipi cheesy nuget yang tiada tambahan MSG ini sangat mudah dan boleh buat untuk anak-anak.
Sebelum ni saya pernah cuba beberapa resipi nugget homemade, tapi anak tak berapa suka & makan sikit je. Ada juga resipi nuget yang agak keras lepas digoreng. Alhamdulillah, resipi nuget kali ni kena dengan selera anak.
±500gm isi ayam didadu
Sedikit black pepper
Sedikit pink salt
⅛ sudu kecil baking soda
1 sudu makan cuka epal/cuka putih/jus lemon
2 sudu makan butter
1 sudu makan olive oil
4-5 keping keju dipotong kecil (optional)
1. Gaul isi ayam bersama black pepper & garam.
2. Tambahkan baking soda & cuka/jus lemon. Perapan akan berbuih² kerana cuka bertindakbalas dengan soda. Gaulkan perapan dengan sudu. Perap sekurang²nya sejam.
3. Kisar perapan ayam bersama butter & olive oil.
4. Masukkan isi ayam yang dah dikisar dalam ice tray ⅓ penuh. Letakkan potongan keju ditengah². Tutup bahagian atas dengan isi ayam selebihnya.
5. Bekukan untuk mudahkan proses coating.
2 sudu makan tepung gandum (membumbung)
2 sudu makan tepung jagung (membumbung)
Sedikit black pepper
Sedikit pink salt
Secubit serbuk kunyit (optional)
8 sudu makan air
1. Campur semua bahan. Gaul sekata. Tambah air jika adunan terlalu pekat.
2. Celup nugget ayam dalam bancuhan tepung sebelum digoreng.Untuk buat frozen –
✴ celup nuget yang telah dibekukan dalam bancuhan tepung & susun jarak-jarak. Bekukan.
✴ bila tepung dah keras boleh susun macam biasa.
Nota:
⭐jika gunakan dry blender, blend isi ayam sikit demi sikit ye
⭐⅛ sudu kecil tu lebih kurang 2-3 cubit baking soda
⭐fungsi baking soda & cuka tu nak lembutkan lagi isi ayam. Nuget tak rasa soda/masam cuka sebab dah bertindak balas.
⭐pastikan potongan keju diletakkan kat tengah-tengah nuget supaya tak terkeluar/cair masa goreng
⭐kunyit dalam bancuhan tempura berfungsi nak cantikkan warna je. Tak nak letak pun takpe
⭐coating tempura ni agak rangup masa panas. Kalau anak tak suka jenis rangup, gunakan 3 sudu makan tepung gandum + 1 sudu makan tepung jagung.
Sumber: Yatie Eimra