Cheezy Wedges Homemade Lagi Rangup & Sedap Ikut Teknik Ni, Sedap!

Share

Cheezy Wedges dari restoran makanan segera KFC selalu menjadi rebutan anak-anak kita. Mana taknya, rasanya yang sedap dan enak ditambah pula rangupnya serta sos kejunya buat anak paling suka.

Apa kata kali ini kita buat sendiri di rumah. Malah resipi perkongsian Pn Salimah Olie ini turut disertakan dengan tip untuk kekal sedap dan rangup. Jom cuba!

Rangup di luar, lembut di dalam..perghh! Ada rahsia dia ye nak bagi rangup bila goreng tu, wajib kukus dulu ubi kentangnya.

Bahan-bahan:
4 biji kentang – tak nak kupas kulit pun takpe, tapi pastikan basuh bersih tau.
Mixed herb
Lada sulah
Garam
Tepung

Bahan sos:
3 sudu besar serbuk cheese nacho – bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga jadi sos.

Kentang dipotong wedges. Kukus agak-agak lembut dalam 5-7 minit.

Letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Goncang biar sebati.

Taburkan pulak tepung jagung, gaul sebati.

Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing.

Hidangkan bersama cheezy sauce. Tambah mayonis pun sedap.

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Resipi: Salimah Olie

Published by
SRM