Bila tengok kaki ayam, pertama kali perasaan kita geli. Tapi ibu kena tahu, hasil chicken bone brooth sebenarnya banyak khasiat untuk naikkan berat badan, kuatkan antibodi anak dan juga penambah rasa semulajadi dalam makanan si kecil anda.
Melalui perkongsian dari Puan Azizah Mohd Zan, dia ada kongsikan cara buat chicken bone broth untuk si kecilnya dalam misi nak naik berat badan anak, juga up kan antibodi badan. So ini lah yang terbaik. Senang sahaja buatnya, yang penting ianya MURAH, SENANG & SIMPLE.
Jom tengok apa kebaikan bone broth ni, biasanya yang utama kita maklum ia adalah untuk KUATKAN ANTIBODI ANAK. Immune system mereka, jadi jarang jatuh sakit, bila sakit demam ke apa cepat sembuh inshaaAllah.
Lagi best bila cakap ia adalah BRAIN FOOD yang baik untuk anak. Dari baby kita dah boleh bagi bone broth ni, sebagai NATURAL MSG kepada bayi, makanan mereka jadi sedap, lagi berselera lah nak makan. Gula dan garam adalah sangat berbahaya untuk anak bawah 1 tahun terutamanya sebab ginjal merkea perlu kerja keras berganda-ganda.
Ia juga PUNCA LEMAK BAIK, jadi sesiapa yang dalam misi nak tambahkan berat anak/bayi memang patut buat cbb ni. Hasilnya nanti kita boleh lihat minyak dari kulit kaki ayam timbul & cbb yang seakan jelly.
Bahan utama yang wajib ada:
1. Tulang (boleh guna kaki ayam, tulang rangka ayam, tulang lembu, tulang kambing)
2. Air
3. Mild acid
*Yang lain-lain tambahan tu optional, nak tambah bole, bagi rasa sedap.
Periuk yang sesuai :
1. Periuk kaca
2. Periuk tanah
3. Ceramic
4. Stainless steel
* Periuk aluminium & non stick tak boleh guna sebab ia akan bertindak balas dengan acid dan jadi toksik. Aluminium pula larut akan jadi racun
* Rice cooker boleh guna jika inner pot dia bukan aluminium. Tapi kebiasaannya rice cooker guna aluminium. Jadi elakkan.
Tempoh masak:
Renih lagi lama lagi berkhasiat,guna api kecil
✅ dapur biasa 4-5 jam
✅ slow cooker 7-8jam
✅ pressure cooker 1 jam (cuma kena make sure inner pot dari stainless steel)
Mild Acid:
Boleh gunakan samada cuka (apple cider vinegar), atau lemon, atau tomato atau asam keping.
Pilih salah satu sahaja bahan masam ni.
Sukatan anggaran cuka, 1 sudu cuka = 4 cawan air.
Ini resepi saya yang saya buat, boleh rujuk gambar:
Kaki ayam (saya beli murah saja dalam rm3/rm4) dapat banyak
Rempah 4 beradik (saya add sup bunjut sebab anak dah boleh makan rempah ratus umur 11bulan)
Bawang putih
Bawang besar
Carrot
Kentang
Cellery
Daun sup
Mild acid saya letak lemon (di gambar ada tomato & asam keping juga-cuma pilih satu sahaja tak perlu letak semua)
air
Renih dengan api kecil 4-5 jam, saya guna periuk kaca.
Tambah air dari masa ke semasa
Bila siap, keluarkan dan tapis, ambil air nya sahaja.
Masukkan dalam bekas ais kiub, bekukan dalam freezer. Tahan 1 bulan. Nak guna ambil sahaja beberapa kiub masukkan dalam bubur baby, buat sup, buat biskut baby pun boleh.
Rasanya sedap sangat dah macam bergaram lemak semua cukup. Saya buat bihun sup esoknya, licin anak makan.
Sumber: Azizah Binti Mohd Zan