Chicken bone broth mudah disediakan dan enak dijadikan bahan rencah sajian bayi. Paling win bila ia membantu menguatkan antibodi anak.

Ibu-ibu tentu selektif bab makanan bayi. Jadi, aspek penyediaan sajian tanpa menggunakan bahan perisa tiruan amat dititikberatkan. Chicken bone broth boleh dijadikan bahan perisa semula jadi kepada sajian si kecil.

Kebaikan chicken bone broth

  1. Melancarkan saluran penghadaman.
  2. Menyokong sistem saraf.
  3. Memberikan kesan baik kepada rambut, kulit dan kuku.
  4. Baik untuk fungsi otot.
  5. Sumber protein yang baik.
  6. Punca lemak yang baik.
  7. Menguatkan imuniti badan.
  8. Makanan yang baik untuk otak
  9. Memberikan kesan menenangkan.

Resipi hasil perkongsian daripada Nur Fatin Azmi ini boleh anda gunakan. Caranya mudah sahaja, masak Chicken bone broth dalam satu hidangan besar dan bekukan dalam dulang kiub ais. Apabila ingin digunakan ambik beberapa kiub ini dan masukkan ke dalam sajian bayi. Mudah kan? Berikut ialah perkongsian beliau.

CBB on the go… stock baru abis semalam.

Semangat ummi buat chicken feet brooth untuk Umaira. Letak cbb laju ja dia mkn.. Lagi la semangat ummi nk masak utk kesayangan ummi ni.. 

Menguatkan antibodi dan brain food

CHICKEN BONE BROTH (CBB) sangat mudah berkhasiat dan lazat. tak perlu nak bergaram2 pun makanan baby. Ibu2 kena rajin je beli tulang-tulang. Murah je pun tulang. Nak sediakan pun simple.

 Selain sebagai perasa makanan yang hebat CBB ni sangat2 bagus as IMMUNE BOOSTER dan BRAIN FOOD dan keseluruhan kesihatan tau. sediakan CBB selama yg boleh sampai tua pon takpe.

Bahan asas CBB hanya tulang , air dan mild acid.

Jika ingin menambah bahan lain, itu optional je.

CHICKEN FEET BONE BROTH

Bahan bahan:

  • Kaki ayam
  • Lemon (kalau tiada lemon boleh letak 2 keping asam keping atau limau nipis)
  • 3-4 liter air
  • Bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga
  • Batang saderi dan daun sup
  • 2 batang lobak merah
  • Sup bunjut
  • Bawang putih, bawang merah dan bawang Holland
  • Nak campur apa-apa sayur pon boleh

Kaedah memasak

Rebus atas dapur gas selama 4~5jam dgn api yg kecil. Jika air kurang, boleh tambah air.

ATAU rebus semua guna SLOW COOKER selama 8 jam.

Pemilihan periuk elak keracunan toksik

Jika anda tidak memiliki slow cooker, renihkannya di atas dapur guna periuk tanah atau periuk keluli. Jangan guna aluminium sebab aluminium boleh serap masuk dalam broth dan jadi racun pulak. refer poster aluminium toxicity.

Info chicken bone broth

  1. Fungsi penggunaan weak acid adalah utk mengeluarkan zat galian dr tulang
  2. Contoh Weak acid: cuka apple,asam keping, asam jawa,lemon dan tomato.
  3. Bagus utk immune booster dan lain-lain.
  4. Natural MSG untuk bayi.

RENIH MENGGUNAKAN PERIUK YANG SESUAI

  • Stainless steel
  • Ceramic
  • Periuk tanah
  • Periuk kaca

Jangan guna periuk aluminium atau periuk non stick

Chicken bone broth ini tidak sesuai direnihnya menggunakan periuk aluminium non stick sebab boleh menyebabkan tindakbalas dengan  weak acid menjadi toksin.

Jangka masa merenih

Bila renih lagi lama ekstrak makin berkhasiat dan boleh mengakibatkan high glutamate content.  Tempoh yg sesuai utk CBB adalah antara 4-5 jam, kecuali kalau menggunakan periuk slow cooker 7-8 jam manakala pressure cooker pula 1 jam tetapi pastikan inner pot ialah dari jenis stainless steel.

Sumber: Puan Nur Fatin Azmi

Tinggalkan Komen