Aneka bebola antara yang menjadi kesukaan anak-anak sama ada yang digoreng atau dimasak dalam sup. Berbeza dengan resipi kali ini, ibu boleh mencubanya dengan menggunakan ubi kentang seperti membuat begedil dan dicampurkan dengan ayam kisar.
Yang lainnya resipi Chicken Cheesy Balls ini ia menggunakan cheese untuk menambahkan lagi kesedapannya. Jadi bila anak-anak makan, boleh la rasa nikmat cheese tu. Kalau makan panas-panas boleh nampak cheese tu tertarik.
Resipi Chicken Cheesy Balls
Bahan-bahan :
200g Ayam Kisar
Cheese (Mozzarella/Cheddar/Parmesan)
Serbuk Roti (Breadscrumb)
100g Tepung Ubi (anggaran)
2 Biji Kentang
1 Biji Telur (Putih Sahaja)
Garam
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Cara-cara membuat:
1. Kupas kentang dan rebuskan sehingga empuk. Tos dan lenyekkan kentang sehingga hancur.
2. Campur kentang lenyek tersebut bersama ayam kisar.
3. Masukkan garam, lada hitam dan oregano.
4. Campurkan tepung ubi secukupnya (masukkan sedikit semi sedikit sehinggalah adunan boleh dibentuk)
5. Bentukkan adunan tadi menjadi bebola.
6. Masukkan cheese ke dalam bebola tadi.
7. Pukul putih telur sehingga sedikit kembang.
8. Celupkan bebola ke dalam telur. Kemudian celup pula ke dalam serbuk roti.
9. Goreng bebola sehingga kekuningan dengan api sederhana.
Siap untuk dihidangkan.. Sedap macam ni bukan takat anak-anak je suka, ibu ayah pun suka juga. Ok selamat mencuba.
Sumber: Ilham Resipi
**Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina bermula 26 Ogos ini jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.