Chicken Powder Ibu Ni Lain Sikit, Tambah Batang Saleri Untuk Lebih Khasiat, Awesome!

Share

Homemade chicken powder mungkin sudah biasa bagi semua ibu dalam menambah rasa dalam menu bayi kita. Namun serbuk ayam yang satu ini lain daripada yang lain. Penambahan batang seleri yang dimasak sekali dan kemudiannya dikisar halus buat anak sihat. Bukan menambah rasa sahaja bahkan khasiatnya pun baik untuk anak kita.

Resipi ringkas tetapi sihat dan berkhasiat yang dikongsikan oleh Puan Ana Maria menerusi grup Happy Baby Foods Malaysia ini mama wajib cuba. Potong batang saleri kecil dan tumiskan hingga lembut. Jom cuba!

Homemade chicken powder Umi style. Selalu orang buat guna isi ayam semata kan. Saja umi try tumis dengan unsalted butter dan campur dengan celery. Serius bau wangi ja serbuk ayam ni.

2 ketul dada ayam
1/2 batang celery
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit unsalted butter

Tumis bawang dengan unsalted butter sampai lembut.

Masukkan celery dan saute hingga lembut.

Masukkan ayam dan goreng sehingga kering air.

Carik halus-halus kemudian keringkan dalam oven. Suhu 120°c dalam lebih kurang sejam. Biarkan sejuk, dan blend sehingga halus.

Siap stok bahan perasa natural.

Published by
Siti Ramlah Mahmud