Pada 28 Disember 2024, Hotel Olympic Malaysia, Kuala Lumpur, menjadi tumpuan bagi 50 pengusaha tadika dan taska dalam majlis Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat. Majlis minum petang yang penuh makna ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan membuat perancangan kewangan dan simpanan pendidikan melalui Simpan SSPN, bagi memastikan masa depan pendidikan yang lebih terjamin untuk anak-anak asuhan mereka.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Che Wan Azrul, Pengurus Kanan Strategik Inovasi Kandungan dan Produksi TV & Digital Video, Nu IdeaktiV Sdn Bhd, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN dan Puan Rina Abd Rahman, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat PTPTN.

Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat: Memperkasa Tabungan Pendidikan Dalam Kalangan Pengusaha Tadika & Taska
Encik Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif PTPTN (tiga dari kiri), bergambar bersama barisan team PTPTN, Umai, Irin Putri serta wakil Nu Ideaktiv, Encik Che Wan Azrul serta Penolong Editor Pengurusan Grup Family & Parenting, Encik Shahir Rahim.

Para tetamu turut dihiburkan oleh penyanyi berpotensi besar, Ummi Umairah atau Umai yang telah mendendangkan lagu rasmi Simpan SSPN berjudul Terbang Tinggi. Selain itu, Umai turut menarik perhatian ramai dengan persembahannya menerusi lagu Seindah Biasa, Masing-Masing dan Sinaran.

Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat: Memperkasa Tabungan Pendidikan Dalam Kalangan Pengusaha Tadika & Taska
Umai turut menyanyikan lagu rasmi Simpan SSPN iaitu Terbang Tinggi yang ternyata menghiburkan para tetamu majlis Chit Chat Simpan SSPN bersama Pendidik Hebat.

Perkongsian Penuh Manfaat Bersama Encik Ahmad Dasuki & Puan Roszlinda Sham

Salah satu acara utama yang menarik perhatian ramai adalah sesi perkongsian yang disampaikan oleh Encik Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif PTPTN dan Puan Roszlinda Sham, Pengasas Hawary Education. Mereka berkongsi tentang perancangan kewangan dan manfaat Simpan SSPNserta bagaimana program ini memberi impak positif kepada ibu bapa, khususnya dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak.

Encik Ahmad Dasuki dalam ucapannya menjelaskan bahawa PTPTN tidak hanya berperanan sebagai pemberi pinjaman pendidikan, tetapi juga sebagai tabung pendidikan yang menyokong masyarakat Malaysia melalui pembudayaan penabungan.

Ads

Simpan SSPN Pilihan Bijak Ibu Bapa

Beliau turut mengingatkan bahawa salah satu matlamat utama PTPTN adalah untuk menggalakkan setiap keluarga di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu akaun Simpan SSPN, memandangkan produk ini menawarkan pelbagai

keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.

“Hasrat PTPTN adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati manfaat daripada Simpan SSPN. Produk ini bukan sahaja memberi pelbagai kelebihan dan manfaat, tetapi juga jaminan untuk masa depan pendidikan anak-anak. Simpan SSPN adalah pilihan yang bijak dan berbeza dari produk simpanan lain di pasaran,” jelas Encik Ahmad Dasuki.

Ads
Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat: Memperkasa Tabungan Pendidikan Dalam Kalangan Pengusaha Tadika & Taska
Sesi perkongsian istimewa bersama Encik Ahmad Dasuki serta Puan Roszlinda Sham yang merupakan Pengasas Hawary Education.

Ibu Bapa Komited Sertai Aktiviti Anjuran Pa&Ma & Simpan SSPN

Sementara itu, Puan Roszlinda Sham berkongsi pengalaman peribadinya menyediakan simpanan pendidikan melalui Simpan SSPN untuk anak-anaknya. Beliau menceritakan bahawa kesedaran mengenai kepentingan simpanan pendidikan mula ditanam seawal kelahiran anak pertama dan selepas itu beliau membuka akaun Simpan SSPN untuk kedua-dua puterinya.

Puan Roszlinda juga mengakui bahawa dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma dan Simpan SSPN memberi impak positif kepada ibu bapa di Hawary Education.

“Sebagai pengusaha industri pendidikan awal kanak-kanak, saya ingin berkongsi manfaat ini dengan lebih ramai ibu bapa. Kami telah melihat bagaimana ibu bapa begitu komited, sanggup datang dari Johor Bahru hanya untuk menyertai aktiviti seperti Edutainment Fest 2024 yang diadakan pada Ogos lalu. Semangat yang mereka tunjukkan memberi petanda bahawa masyarakat semakin menyedari pentingnya perancangan pendidikan melalui simpanan yang bersistematik,” kata Puan Roszlinda.

Ads
Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat: Memperkasa Tabungan Pendidikan Dalam Kalangan Pengusaha Tadika & Taska
Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN bersama Irin Putri dan pengasas taska yang ‘sporting’ bermain ‘game’ yang diadakan.

Gamat Suasana, Main ‘Game’ & Menang Putaran Roda Istimewa

Suasana majlis menjadi lebih meriah dengan sesi permainan yang melibatkan semua pengusaha tadika dan taska yang hadir. Keadaan menjadi lebih gamat ketika acara putaran roda istimewa dijalankan, dengan lima pemenang berpeluang membawa pulang Akaun Simpan SSPN bernilai RM100 setiap seorang, sementara lima lagi pemenang membawa pulang hadiah berupa barangan elektrik dan baucar penginapan.

Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat: Memperkasa Tabungan Pendidikan Dalam Kalangan Pengusaha Tadika & Taska
Tahniah buat para pemenang Akaun Simpan SSPN bernilai RM100!

Majlis minum petang Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat ini bukan sahaja menjadi platform untuk berkongsi maklumat mengenai produk simpanan pendidikan, tetapi juga mengeratkan hubungan di kalangan pengusaha tadika dan taska serta memberi ruang kepada ibu bapa untuk lebih mendalami perancangan kewangan bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak mereka melalui penabungan yang bijak.

Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat: Memperkasa Tabungan Pendidikan Dalam Kalangan Pengusaha Tadika & Taska
Antara pengusaha tadika dan taska yang memenuhi jemputan untuk majlis Chit Chat Simpan SSPN bersama Pendidik Hebat.

Dengan kehadiran lebih ramai pengusaha pendidikan dan masyarakat yang semakin sedar akan kepentingan simpanan pendidikan, PTPTN berharap dapat terus memperkasa budaya penabungan demi manfaat generasi akan datang.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI