Chocolate Heaven Muffin, Tak Perlu Mixer, Hanya Gaul & Bakar, Coklat Chip Melimpah!

Share

Jika anda memilih untuk meraikan anak-anak yang berada di rumah, apa kata ajak mereka untuk ke dapur bersama-sama. Nak cuba resipi apa? Resipi muffin melimpah dengan coklat chip ini pasti buat anak-anak teruja.

Paling menarik hendak membuatnya teramatlah mudah. Anak-anak pun boleh lakukannya kerana ia cukup mudah. Hanya gaulkan sahaja semua bahan dan kemudiannya masukkan ke dalam cawan kertas. Ringkas. Namun menarik dan teramat sedap pastinya dengan coklat chip melimpahnya. Superb!


CHOCOLATE HEAVEN MUFFIN

Assalamualaikum. Arini sis nak share resipi yang senang sangat. Bahan pun mudah untuk sediakan. Cuti-cuti ni boleh la baking dengan anak-anak. Sedap macam Muffin Kenny Rogers hampa. Jom start. Semoga kita sama-sama dimurahkan rezeki. Amin..

Bahan A
2 biji telur
100gm minyak jagung
150gm gula perang
130gm susu segar
Esen vanilla

Bahan B
200gm tepung gandum
1sdt baking powder
1sb serbuk Koko
Chocolate chip

1) Campurkan kesemua Bahan A, gaul dengan menggunakan whisk sehingga gula larut.

2) Masukkan Bahan B dan gaul sehingga rata. Jangan terlalu lama.

3) Masukkan sedikit chocolate chip dan selebihnya letak diatas muffin.

4) Sendukkan 3/4 ke dalam muffin cup, taburkan choclate chip mengikut citarasa anda.

5) Bakar dengan suhu 200°© selama 30 minit atau sehingga masak mengikut jenis oven masing-masing.

Selamat mencuba!

Artikel menarik: Susu Tepung Sedapkan Muffin Noodle Versi Baby, Tumis Sekejap Dan Bakar, Simple!

Muffin Larva Coklat Cadbury. Tak Perlu Mixer, Kacau Je Semua

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit resipi: Fainda Farahin Fainda Farahin

Published by
SRM