Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis atau lebih dikenali sebagai Chrys berkongsi momen mendedahkan jantina anak mereka dalam majlis eksklusif yang diadakan di sebuah hotel lima bintang terkemuka.
Pasangan ahli perniagaan SM Faliq SM Nasimuddin dan Chryseis Tan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Chrys yang kini sarat 34 minggu dijangka bakal melahirkan anak sekitar awal bulan Julai nanti.
Pada majlis yang bertemakan warna pastel itu, ahli keluarga diminta untuk meneka jantina dengan memasukkan undian ke dalam dua buah beg berjenama Gucci iaitu beg baby blue untuk baby Faliq (bayi lelaki) dan beg baby pink untuk baby Chrys (bayi perempuan).
Beg tangan jenama Gucci tersebut difahamkan merupakan keluaran terbaru tahun ini iaitu beg tangan kecil GG Marmon yang bernilai US$1,290 atau RM5,514.
Undi sebanyak 98% meneka bayi lelaki dan selebihnya bayi perempuan.“Ya, baby Chrys! 98% daripada ahli keluarga dan teman rapat meneka ia anak lelaki. Maaf kerana mengecewakan anda semua tapi mummy dan daddy tak sabar nak bertemu dengan bayi perempuan kami,” tulis Chrys menerusi ruangan kapsyen.
Hadir sama pada majlis penuh ceria itu adalah ibu bapa kedua pasangan ini iaitu Puan Sri Zaleha Ismail serta Tan Sri Vincent dan Puan Sri Esther Tan.
Turut kelihatan adik-beradik Faliq dan Chrys yang memeriahkan majlis baby shower tersebut sebagai tanda kegembiraan.
Rata-rata pengikut tidak sabar menanti kelahiran bayi perempuan pasangan dua sejoli ini. Pasangan anak jutawan Naza Group dan Berjaya Group ini telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 di The Chateau, Bukit Tinggi, Pahang.
Kredit: Chryseis Tan instagram
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI