Chryseis Tan Hamil Anak Ketiga, Hadiah Istimewa Sempena Hari Lahir Suami Tersayang!

Share

Pasangan serasi, pewaris Naza Group, SM Faliq Nasimuddin dan isteri tercinta, Chryseis Tan dan juga anak jutawan Malaysia, bakal menimang cahaya mata ketiga. Alhamdulillah, rezeki anak makin bertambah, bahagia makin melimpah!

Hadiah Paling Bermakna Untuk Suami Tercinta

Khabar gembira ini dikongsikan sendiri oleh Chryseis menerusi laman Instagram miliknya. Lebih manis, kehamilan kali ini turut dijadikan kejutan istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran suami tersayang, SM Faliq yang ke-40. Sweet sangat!

Menerusi foto yang dimuat naik, Chryseis memberikan kit ujian kehamilan sebagai ‘hadiah’ buat suami. Siapa je yang tak teruja dapat tahu bakal timang zuriat lagi kan? Memang momen yang tak dapat dilupakan!

“Hubs 40th dream came true! 🤣”
Itulah kapsyen ringkas tapi cukup bermakna yang ditulis oleh Chryseis di Instagram. Terpancar jelas wajah bahagia mereka berdua, menantikan kehadiran ahli keluarga baru.

Ruangan Komen Dibanjiri Ucapan Tahniah & Doa

Pastinya, ruangan komen dipenuhi ucapan tahniah daripada rakan selebriti, kenalan serta para peminat. Masing-masing mendoakan agar ibu dan bayi sentiasa sihat serta dipermudahkan sepanjang kehamilan ini.

“AAAAAA CONGRATULATIONS 🥰🥳.”-Azfar Heri

“Awhhh congratulations 😍😍😍.”-Bella Astillah

“Wah bestnya new baby. Moga Allah berkati keluarga ini.”

“Alhamdulillah take care mummy.”

Sekadar info, pasangan ini berkahwin pada 4 Februari 2018 dalam majlis perkahwinan mewah di The Chateau, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Arianna Kayla dan SM Arman Naza.

Kini dengan kehadiran baby ketiga, pastinya menambah lagi keceriaan keluarga kecil ini. Pa&Ma pun tak sabar nak tengok baby baru mereka nanti!

Pa&Ma ucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Chryseis dan SM Faliq. Semoga perjalanan kehamilan kali ini dipermudahkan, bayi membesar sihat dalam kandungan, dan semoga ibu kekal ceria serta bertenaga sepanjang kehamilan.

Published by
Nana