Selebriti media sosial, Cik Epal berkongsi momen membeli-belah kudapan hari raya buat tetamunya pada tahun ini.
Lebih menarik, usahawan berjaya ini tidak lokek berbelanja sebanyak 2 Kilogram coklat berjenama mewah buat tetamu yang datang berkunjung ke rumahnya.
Baca artikel menarik:
“Masuk Boleh, Keluar Tak Boleh” Gelagat Isteri Fizo Omar Keluar Dari Kereta Sport Mencuit Hati!
Pernah Tipu Harga Sebenar Basikal, Rupanya Ratusan Ribu! Zamarul Akui Pernah Lupa Menghargai Isteri
“Ingat 4 Je, Rupanya 5” Isteri Fad Bocey Hamil Anak Ke-5
Tambahnya lagi, dia memilih coklat berjenama Patchi yang terkenal kerana rasa coklatnya yang mewah dan sangat sedap. Siapa yang pernah mencuba coklat Patchi pasti terbayang kesedapan dalam setiap kunyahan.
Cik Epal turut berkongsi harga bagi 2 Kilogram coklat Patchi termasuk beberapa jenis coklat untuk kedua-dua anaknya yang mencecah ribuan ringgit.
Rata-rata warga maya teringin mencuba coklat ini dan jika diberi peluang mereka ingin beraya di rumah Cik Epal.
yanamisran’s
Anak murid sy pnh bg coklat ni waktu hari guru..tktau pula tu coklat mahal 😂 mmg sedapp
cikgheen’s
Nak datang jadi tetamu ahh cmni 😛😛 hahahahaaa
ieka_n’s
nk g beraya uma ce gk la klau cmni..baru la thun ni raya raya million international🥰🥰🥰
nanie1901’s
Nak dtg rasa umah cik epal bole x hehe
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pengasuh Suka Lambung & Biarkan Menangis Lama”. Kini Azfar Disahkan Cerebral Palsy
Setiap ibu bekerja yang bakal melahirkan anak, sentiasa dalam dilema di mana hendak ditempatkan bayi apabila kembali bertugas selepas tamat tempoh berpantang. Lagi-lagi bagi ibu yang baru melahirkan anak sulung.
Bagi ibu yang dah ada pengalaman tinggalkan anak pada pengasuh atau taska sebelum ini mungkin tak ada masalah sebab kakak atau abang pernah berada bawah jagaan individu terbabit. Kita dah tau macam mana mereka jaga.
Cuma agak sukar bagi yang baru pertama kali nak hantar dan tidak tahu apa nasib anak bila ditinggalkan bawah jagaan orang. Namun disebabkan komitmen sekarang ini yang memerlukan ibu juga bekerja bagi sama-sama menampung keperluan keluarga, nak tak nak kena hadap juga.
@medinascarveAnak syurga ibu Part 2 @nurulayuni98 ##fypシ ##fyp
Memang diakui bukan keputusan mudah nak tinggalkan anak setiap pagi pada orang lain, lagi-lagi dengan pelbagai kejadian melibatkan nyawa anak akibat kecuaian pihak tertentu tetapi kita hanya mampu berserah pada Allah. Moga semuanya baik-baik saja.
Azfar anak syurga..
Menerusi perkongsian ibu ini, yang dikenali sebagai Puan Linda, dia ada kongsikan pengalamannya anak sulungnya yang kini disahkan mengalami Cerebral Palsy akibat kecuaian pengasuh.
Melalui apa yang diceritakan Puan Linda, anaknya lahir sihat dan normal tanpa apa-apa masalah namun peristiwa hitam yang kekal dalam ingatannya sampai hari ini sangat pedih tetapi reda walaupun terasa agak ralat.
Menerusi video yang di akaun TikToknya, Linda berkongsi mengenai kisah bagaimana anak lelakinya Azfar yang berumur 13 tahun disahkan menghidap penyakit Celebral Palsy.
Walaupun kini anaknya itu sudah berada di Tingkatan 1, namun peristiwa hitam yang berlaku lebih kurang 13 tahun lalu masih segar dalam ingatan.
Azfar dilahirkan normal tetapi pada usia tiga bulan Azfar telah dimasukkan ke hospital. Ketika itu, doktor telah mengesahkan Azfar mengalami pendarahan di kepala kiri dan kanan sehingga menyebabkan otaknya jadi bengkak.
Dipercayai dilambung dan dibiarkan menangis lama
Doktor mempercayai punca Azfar jadi sebegitu kerana dia mungkin dilambung dan dibiarkan menangis lama oleh pengasuhnya.
Malah selepas kejadian itu, pelbagai rawatan dilakukan termasuklah melakukan pembedahan, namun Azfar masih tidak dapat berjalan dan mampu menyeret saja untuk ke mana-mana.
Pada usia 4 tahun lebih, baru Azfar dapat berjalan tapi tak macam biasa. Anggota badan sebelah kiri saraf dah mati. Tangan dia genggam dan kaki tak kuat dan stabil. Mata kabur dan tak boleh fokus.
Tarik balik laporan polis
Walaupun ujian ini sungguh berat baginya waktu itu, namun mengenangkan nasib pengasuh yang dah berumur dan sehingga mengalami depression, Linda telah menarik laporan polis atas belas ihsan. Saya juga selalu ceritakan pada Azfar akan hal ini dan dia juga turut maafkan nenek (pengasuh).
Pengasuh tu sepanjang anak Linda masuk hospita sampai keluar, langsung tak datang jenguk ataupun minta maaf. Sedangkan rumah kami berdepan je. Moga kisah anak saya ini dapat beri peringatan bersama dan bagi ibu yang diuji dengan ujian berat seperti ini, kena kuat kerana anak syurga ini yang akan beri kebahagian di sana nanti.
Kredit: medinascarve
**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cantiknya Bella Berbaju Kurung” Pertama Kali Beraya, Anak Kacukan Melayu-British Ini Curi Tumpuan
Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi beberapa keping foto raya bersama keluarga.
Menerusi hantaran di laman sosialnya, perayaan kali ini berbeza buat Dr. Amalina kerana pertama kali pulang beraya bersama anak sulung tercinta, Arabella Mia yang lahir pada Oktober 2022 lalu.
Baca artikel menarik:
“Masuk Boleh, Keluar Tak Boleh” Gelagat Isteri Fizo Omar Keluar Dari Kereta Sport Mencuit Hati!
Pernah Tipu Harga Sebenar Basikal, Rupanya Ratusan Ribu! Zamarul Akui Pernah Lupa Menghargai Isteri
“Ingat 4 Je, Rupanya 5” Isteri Fad Bocey Hamil Anak Ke-5
Beliau sempat mengucapkan syukur dan gembira di hari raya ini.
“Eid Mubarak from ours to yours! My heart is full, Alhamdulillah 💚”
Arabella atau mesra dipanggil Bella mengenakan rona hijau cair sedondon bersama Neneknya manakala Amalina dan suami mengenakan rona coklat cair.
Rata-rata warga maya memuji kecomelan bayi kacukan Melayu-British itu yang mengenakan baju kurung di pagi raya.
drshaairanasir’s profile picture
Selamat hari raya to you and family. Arabella looks so cute in baju kurung 😍
doctorsayyada’s profile picture
Eid Mubarak! I love Bella’s little outfit! 😍
zaharra_izmed’s profile picture
Selamat Hari Raya Dr Amalina sekeluarga ❤️
snfrhanah’s profile picture
Arabella and tokma sama colour lah dgn kita 😂❤️ selamat hari raya dr
Dr Nur Amalina mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Haa Ni Baru Katil Family Kita!”-DIY Katil Berkembar Muatkan 6 Beranak Ini Jadi Perhatian Netizen
DIY katil ini memang praktikal khususnya bagi keluarga yang ada anak kecil. Perkongsian instafamous Irene Nadia tentang katil DIY yang dibuat oleh suaminya menarik perhatian netizen.
Tidak dinafikan bagi keluarga besar, tidur bersama dengan anak atau co-sleeping bagus untuk akan membantu tumbesaran yang lebih baik kepada si manja. Anak yang tidur dengan ibu bapanya kurang mengalami stres dan mempunyai bonding yang kuat.
Menurut Irene, diy katil berkembar tersebut menggunakan dua unit katil bersaiz king. Ia memakan masa selama sebulan untuk disiapkan.
DIY KATIL 6 BERANAK
irine_nadia Sementara tunggu satu lagi tilam king nak sampai rumah minggu ni, kita layan dulu video installed double king bed frame ni. Ibu panggil katil DIY untuk 6 beranak je senang. Haha .
Nanti dah siap pasang tilam + bedsheet + comforter gebu-gebu, ibu sharekan ok hasil dia hehe. Masa mula-mula husband cakap nak DIY katil, ibu macam “yekee dia ni, ok wait & see”. Keluar rumah, balik dia bawak kayu, keluar lagi rumah bawak balik mesin pemotong kayu, keluar lagi rumah dia bawak balik mesin apetah haha.
And finally siap dahh. Ni tengah baring atas katil besar la ni cuma tilam lagi satu je la tunggu sampai kihkih. Seronokkkk, serius seronok. Golek dari hujung katil ke hujung katil sana. Memang tak bangun la jawabnya ? .
PENUH SENTIMENTAL VALUE SEBAB DIBUAT SENDIRI SUAMINYA
Penuh dengan sentimental value katil DIY yang ayah buat daripada awal ni 🙂 tq ayah. Anak-anak pun excited tanya bila nak bawak naik katil kat atas. Mana tak excitednya, semua nak tido sekali .
#doubleking #DIYkatil #king+king #kingkong
View this post on InstagramA post shared by IRINE NADIA (@irine_nadia) on
BUAT SECARA SAMBILAN, AMBIL MASA SEBULAN UNTUK DISIAPKAN
irine_nadia Katil DIY yang husband buat dah start bawak naik atas bilik hehe. Size katil King + King untuk muat 6 beranak tido sekali.
Nak sebulan jugak siapkan sebab buat sambil dengan dikelilingi anak datang kacau, pastu anak nangis gaduh dekat dalam rumah.
Malam x boleh buat keje sangat sebab bising nanti jiran dengar and anak-anak tidur haha. Tinggal nak letak tilam & pasang bedsheet & comforter.
Cerita dia sekarang, semua anak-anak memang tak bagi chance dengan ibu ayah, semua nak berkepit bawak tiakkk lagi. Family bed 2019
View this post on InstagramA post shared by IRINE NADIA (@irine_nadia) on
Perkongsian ibu kepada empat cahaya mata ini mendapat perhatian daripada netizen. Masing-masing kagum dan terinspirasi dengan DIY katil ini.
Sumber: irine_nadia & veloliver
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI