Isu ibu bapa yang sering bertanya mengenai kerja rumah anak kini menjadi perbincangan hangat, seolah-olah mereka yang hadir ke sekolah menggantikan anak-anak.
Begitulah luahan seorang guru yang tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Ramai yang bersetuju bahawa sikap terlalu memanjakan anak dengan kerap bertanya dan membantu mereka secara berlebihan boleh menghalang mereka daripada belajar berdikari. Sekolah sepatutnya menjadi tempat untuk anak-anak belajar bertanggungjawab, bukan sekadar menerima arahan ibu bapa dari jauh.
Perkongsian mengenai isu ini di laman X oleh Amran Fans turut menarik perhatian ramai, dengan pelbagai pendapat dan pengalaman yang dikongsikan.
“Salam. Saya Cikgu Z**. Maaf tanyalah, apa masalah mak-mak kat sini yang nak sangat melayan anak tak siap kerja? Patutnya kita ajarkan anak-anak erti tanggungjawab, bukan kita yang memanjakan.
Ads
“Memang menjadi tanggungjawab cikgu ke untuk maklumkan setiap kerja sekolah yang diberi? Bukan tanggungjawab anak-anak untuk fokus dan peka dalam kelas?
“Kalau Darjah Satu saya boleh faham lagi, ini dah Darjah Empat kot,” luah beliau.
Hampa dengan situasi yang berlaku, guru berkenaan menegaskan grup berkenaan bertujuan sebagai medium hebahan sahaja.
“Tolong ya, ini grup untuk makluman penting berkaitan sekolah. Bukan untuk emak-emak mengadu anak tidak siap kerja apa bagai.
Ads
“Saya harap semua ibu bapa boleh bagi kerjasama, terima kasih,” kongsinya.
Yang Pernah Jadi Cikgu Je Paham Perasaan Bila Hadap Parent.” – Netizen
Meninjau di ruangan komen, ramai yang memberikan pandangan mengenai isu yang dibincangkan. Rata-rata berpendapat bahawa ada segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak, sehingga kurang memberi ruang untuk mereka belajar berdikari.
Antara komen yang menarik perhatian ialah:
“Adik saya pun sama. Masa saya bersekolah di SJKC dulu, semuanya okay sahaja, tak ada pun kumpulan ibu bapa seperti sekarang. Dari tadika hingga sekarang, saya belajar berdikari.”
Ads
“Hanya yang pernah menjadi cikgu sahaja yang faham perasaan apabila berhadapan dengan ibu bapa yang terlalu memanjakan anak.”
“Dulu semasa saya di sekolah rendah, kami siap ada buku 555 untuk mencatat kerja rumah yang diberikan.”
“Terlalu memanjakan anak hingga akhirnya anak menjadi ‘tuan’ kepada ibu bapa sendiri.”
Setelah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 9 September lalu, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui sehingga kini dia masih belajar untuk menguruskan bayinya.
Berkongsi pengalaman menjaga anak sulungnya, Uyaina memberitahu dia dan suaminya iaitu penyanyi rap, Raja Shahiran sentiasa memberi sokongan mental antara satu sama lain.
Biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun Uyaina tetap bersyukur Raja Shahiran adalah pasangan hidupnya buat selama-lamanya.
“Daripada memang tak tahu apa-apa pada beberapa hari pertama (sebenarnya sampai sekarang), malam yang panjang tanpa tidur, menukar lampin setiap jam, meneka jenis tangisan @rajaurhandan masih mencari masa di antara nak bercakap dan berpegangan tangan dan saling memberi sokongan mental yang kami berdua perlukan, saya memilih awak.
“Saya pilih awak sampai akhir hayat. Sangat gembira, diberkati dan bersyukur kerana awak adalah pasangan hidup saya @rajasyahiranmy. kita boleh lakukan ini, hubby,” kata Uyaina.
Pelakon drama Love Elsa itu turut berkongsi video memperlihatkan suaminya mencium bayi lelaki mereka di TikTok.
Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Shahiran pada 21 Disember tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raja Urhan pada 9 September lalu.
Caprice tak lena tidur malam, anak suka tidur ‘melekap’ atas dada. Memang betul-betul papa mithali. Umum mengetahui Caprice, penyanyi rap dan selebriti media sosial, baru sahaja menimang cahaya mata bulan Ramadan yang lalu.
Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli mengakui bahawa sejak anaknya lahir, seperti lumrah bapa yang lain, akan berjaga malam menjaga si kecil. Akui Caprice seperti catatan di laman Instagramnya, ini antara faktor mengapa dia tidak sempat untuk membuat liputan berita selain matanya kelihatan lebam gara-gara kerana tidak cukup tidur.
Caprice Tak Lena Tidur Malam, Anak Suka Tidur ‘Melekap’ Atas Dada
“Cap.. kenape lambat untuk cover news?”
Me every night: – Tulis Caprice di ruangan kapsyen.
Hantaran Caprice dilaman Instagramnya mendapat respon ramai warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Sekadar info, Caprice dan Farra, 28, mendirikan rumah tangga pada November 2021. Sebelum ini, Farra pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea.
Anak kedua sering disalah ertikan, dianggap anak paling banyak buat masalah. Anak kedua seringkali dilihat melalui lensa stereotaip yang mempengaruhi cara orang ramai melihat dan memahami mereka.
Anak Kedua Sering Disalah Ertikan, Dianggap Anak Paling Banyak Buat Masalah
Anak kedua sering dilabelkan sebagai lebih memberontak atau kurang patuh berbanding anak sulung. Stereotaip ini mungkin muncul kerana anak kedua dianggap lebih bebas dan kurang terikat dengan tanggungjawab yang biasanya dikenakan kepada anak sulung.
Berikut perkongsian fakta daripada Dr Taufiq Razif tentang salah faham kepada anak kedua.
1. Dianggap keras kepala.
2. Dianggap anak yang keras hatinya.
3. Dianggap anak yang degil.
4. Dianggap anak yang suka mencari perhatian.
5. Dianggap anak yang suka menyusahkan orang.
6. Dianggap anak yang suka menyakat tanpa sebab.
7. Dianggap anak yang tak pandai berkawan.
8. Dianggap anak yang paling banyak buat masalah.
9. Kita kena tahu tak boleh pukul rata semuanya begitu. Anak kedua memang ada keunikan tersendiri sebab mereka dihimpit oleh si sulung dan si adik tetapi bukan untuk menjadi lesen untuk kita label dan sakat mereka sebebasnya. Beri tahu anak kedua kita, bahawa mereka bukannya pembawa masalah, mereka cuma unik dan membuatkan seluruh seluruh hidup kita menjadi lebih indah.
Salah faham tentang anak kedua menunjukkan betapa kuatnya pengaruh mitos dan stereotaip dalam masyarakat kita. Penting bagi kita untuk mengenali dan memahami bahawa setiap anak, tanpa mengira susunan kelahiran mereka, mempunyai potensi dan keunikan tersendiri.
Oleh itu, ibu bapa dan masyarakat harus menghindari daripada terperangkap dalam stereotaip dan sebaliknya memberikan sokongan yang adil dan saksama kepada setiap anak, supaya mereka dapat berkembang dan mencapai potensi penuh mereka.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.