Cikgu Fadli Salleh sememangnya terkenal banyak berkongsi di laman facebook miliknya kisah pengalamannya bertugas sebagai guru di salah sebuah sekolah rendah di Lembah Klang.
Pelbagai kisah lucu gelagat anak muridnya dalam kalangan darjah seringkali membuatkan warga maya yang kebanyakan ibu bapa terhibur dan dapat ‘relate’ dengan situasi tersebut.
Tidak kurang juga sikap prihatin Cikgu Fadli terhadap segelintir anak murid sekolahnya yang kurang bernasib baik. Menggunakan pengaruh dirinya di media sosial, beliau seringkali berjaya mendapatkan bantuan daripada para pengikutnya yang turut ikhlas membantu.
Kali ini Cikgu Fadli Salleh berkongsi tulisan yang diharap dapat membuatkan para ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah rendah sama-sama ‘buka mata’ dan ‘alert’ dengan tingkah laku anak masing-masing
Maklumlah anak-anak kita ni kadangkala di rumah pijak semut tak mati tapi di sekolah lain pula perangainya.

Masalah Anak Selalu Buat Di Sekolah Rendah

Cikgu Fadli Dedahkan Masalah Anak Sekolah Rendah Biasa Buat Di Sekolah. Ibu Ayah Kena Tahu!
FOTO: Cikgu Fadli Salleh
Aku nak dedahkan pada ibu bapa masalah yang sering anak kalian buat di sekolah dan ramai ibu bapa tak tahu hal ini.
1. Minta duit kawan.
Masalah ini berlaku saban hari di sekolah melibatkan murid tahun 1-6. Banyak aduan diterima setiap hari, dan sebenarnya lebih banyak aduan disembunyi.
Ibu bapa tolonglah. Tolong didik anak-anak di rumah agar tidak minta duit kawan meskipun duit dia dah habis. Suruh jumpa guru kelas atau guru bertugas.
Masalah ini paling sukar aku hadapi. Dah pesan banyak kali pada murid, jangan beri pinjam duit. Lapor pada cikgu jika ada murid lain minta duit.
Laporan tak ada. Tup-tup mak ayah mesej mengadu duit anak dia selalu kena minta.
Bila panggil anak dia tanya kenapa beri sedangkan cikgu dah pesan, jawab si anak selamba,
“Jika tak beri dia tak nak kawan.”
Letih main dengan isu budak minta duit ni. Ada yang terkumpul lebih RM30 pun ada. Sehari minta seringgit atau dua.
Akhirnya aku terpaksa hubungi ibu bapa maklumkan hal ini. Terkejut ibu bapa sikap anak sendiri suka minta duit kawan. Padahal mereka dah bagi belanja lebih dari cukup. Ada yang beri duit belanja RM5 sehari pun masih minta duit kawan.
Lebih seram, ibu bapa tak terima aduan guru. Kata kawan anaknya reka cerita dan anak dia baik sangat. Lepas tu ubah topik cerita anak dia selalu kena ambil barang dengan orang lain. Kena tolak, kena pukul dan sebagainya. Aduh!
2. Selalu tinggal barang.
Cikgu-cikgu kelas terutama tahun satu sangat maklum hal ini. Setiap hari sebakul pensel dikutip. Setiap hari sebakul pemadam, pensel warna, pembaris di tinggalkan.
Kat kantin, kat kelas, banyak botol air tidak dituntut.
Masalah tinggal barang sahaja tahan lagi. Pulang rumah dia cerita kawan dia yang curi. Kawan dia yang ambil. Padahal dia tak nak kena marah dengan ayah ibu. Hat ni masalah besar.
Maka ibu bapa hubungi guru bercerita barang anak dia selalu dicuri oleh Polan bin Polan.
Dah cikgu kena jadi penyiasat pula siasat dakwaan kes. Bila cikgu panggil murid yang dituduh itu, murid ini pulang cerita kat mak ayah dia cikgu tuduh dia mencuri.
Padahal baru siasat dan bertanya betul ke ada ambil barang kawan tu.
Penudahnya mak ayah serang cikgu pula. Aduh lagi.
3. Suka ambil barang orang.
Hat ni memang ada. Barang orang suka sangat padahal barang dia lagi mahal dan banyak. Pantang kawan pusing belakang, barang atas meja terus hilang.
Pernah terjadi, seorang murid bawa pulang buku teks kawan dia. Bukan sebiji. 3 biji buku teks yang sama dia ambil. Nak buat apa entah. 
Bekas pensel dia semua penuh dengan ‘harta rampasan perang’. 
Jenis suka minum dan makan bekal kawan pun ada juga. Tanpa minta masalahnya. Tengok kawan bawa air sedap, kawan tu ke tandas, separuh dia balun. Kawan tu ralit buat kerja, separuh lagi dia minum.
Last-last tinggal tujuh titik je air Ribena kawan tu. Tu pun bercampur air liur tinggalan ‘pembalun’ lima titik. 
Jadi ibu bapa, dengarlah nasihat aku guru tahun satu ini.
Walau kalian bagi duit belanja kat anak-anak, walau anak kalian baik yang amat kat rumah, kena pesan hari-hari,
“Jangan minta duit kawan!”
Walau berkodi-kodi alat tulis kalian sediakan, kena selalu check beg anak-anak. Jumpa barang yang bukan milik dia, terus suruh dia pulangkan esok hari.
Walau dia kata kawan yang beri!
Kalau anak balik cerita barang dia kawan ambil, jangan terus percaya. Kemungkinan besar dia sendiri yang tinggal barang itu. Atau barang jatuh dia tak kutip.
Cukuplah tiga benda dulu aku kongsi pagi ini. Kalau ikutkan banyak lagi ni. Lain kali la pula aku cerita..
Salam sahur Ramadan 20.
– Didikan pertama bermula di rumah –

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Ads
Ads
Ads

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI