Anak yang bakal ke sekolah perlu diberi aktiviti untuk merangsang sensori tangan supaya mudah untuk mereka belajar menulis kelak.
Pelbagai aktivit yang boleh dilakukan dan antaranya dikongsi oleh guru ini. Tak rugi cuba tau!
Macam biasa, awal permulaan pembelajaran kita fokuskan yang penting dahulu iaitu kemahiran motor halus dan motor kasar..
Cikgu kongsikan aktiviti di sini ye…semoga dapat dimanfaatkan bersama
good luck kawan-kawan..all the best
Baca:
Viral Bayi 16 Bulan Seberat 27KG, Rupanya Si Ibu Sering Beri Susu Pekat Manis
“Anak Dapat Macam-Macam, Orang Sana Kids Friendly” Bawa Anak Kecil Umrah, Ibu Kongsi Pengalaman
Adik Hafiza, 8 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Tangan Kaki Terikat & Badan Terurai Tanpa Organ Dalaman
Bayi Kembar Ajaib, Lahir Hampir Tak Bernyawa Kini Genap Setahun. Pemegang Rekod Dunia Guinness
Bagi yang ingin share dipersilakan, Sama-sama kita berkongsi idea 😊
Kredit: Cikgu Farid Saadul Baharim
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datin Shahida Kongsi Cara Legakan Selesema Anak. Hanya Guna 3 Bahan Sahaja
Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida telah berkongsi petua merawat anak selesema dan hidung tersumbat menggunakan tiga bahan mudah sahaja. Datin Shahida merawat Ameena, anak angkat beliau yang berusia 1 tahun 3 bulan yang selesema dengan menggunakan petua tersebut.
Beliau telah memuatnaik video di laman instagramnya tentang bagaimana cara untuk merawat selesema Ameena. Video tersebut telah mendapat tontonan hampir 400,000 ribu. Ikuti perkongsian penuh daripada beliau.
Jangan ada pula cakap saya dera pilih kasih dah la bila tengok video ni ya. Saya nak share je petua rawat anak selsema dan hidung tersumbat. Maklum la fanatik-fanatik meena n qayyum ni bukan bolehna nti ada je yang tak kena.
Anak-anak saya yang lain waktu kecik pun saya buat gini cuma dulu tak buat video je, cara dia mudah je:
1. Bawang putih bakar
2. vicks
3. air panas
Campurkan ketiga-ketiga dan suruh anak-anak hidu (bau dia busuk sikit dan memang berangin) biasanya dia akan bantu cairkan hingus je. Ni petua saya, Alhamdulillah menjadi. Terpulang nak ikut atau tidak.
Ada netizen yang bersetuju dengan petua tersebut, malah ada juga netizen yang memberikan nasihat supaya merujuk pakar kesihatan jika melibatkan kesihatan anak-anak.
Lebih elok pakai vicks untuk kanak-kanak sebab dia tak pedihkan mata, lagi shooting
Kena tukar bahan di caption takut ada netizen tertukar & masih guna vicks biasa untuk kanak-kanak
Saya pun guna kaedah yang sama datin untuk anak-anak saya, Alhamdulillah
Sama lah, ayah buat macam tu masa kecil-kecil
Ya betul.. saya selalu ikut cara bapak saya ajar, mujarab
Petua ni memang betul mujarab
Saya pun amalkan macam ni juga
Setiap manusia ada tahap penerimaan terhadap ubat & produk yang berbeza.
Pakai je teknik yang doktor ajar
Sumber: Instagram Nur Shahida
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasangan Yang Masih Menanti Zuriat, Ustaz Mujahidin Kongsi Doa Ini. Bacalah Setiap Hari!
Rezeki anak ini kita tak tahu bila seseorang itu akan dapat. Itu semua Allah dah tentukan. Mungkin bagi pasangan yang berkahwin, baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga dah disahkan mengandung, namun ada juga yang terpaksa menunggu beberapa tahun untuk menimang cahaya mata sendiri.
Namun bagi pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat tak kisahlah anak pertama atau anak kedua atau seterusnya tetapi belum ada rezeki lagi, boleh cuba amalkan doa yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
ARTIKEL MENARIK [Sekeras-Keras Hati Suami, Lihat Isteri Berjuang Lahirkan Anak Boleh Menitik Air Mata]
Doa buat semua yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Sama-sama kita baca doa ini ya..
Ya Allah..Ya Rahman…Ya Rahiim..
Di Kau Adalah Segala Pemilik Segala Hati..
Maka Di Kau Pasti Mengerti Apa Keinginan Kami..
Sesungguhnya Kami Telah Lama Mendambakan Kehadiran Seorang Insan Yang Menjadi Pelengkap Hidup Kami…
Ya Allah…
Berikanlah Kami Rasa Itu Untuk Memiliki Seorang Anak..
Anak Yang Soleh Dan Solehah..
Anak Yang Dapat Mendoakan Kami Bila Kami Sudah Tiada Nanti…
Akan Kami Menjaga Amanah Yang Di Beri Sebaiknya…
Ya Allah…
Jadikanlah Zuriat Dalam Rahim Kecil Ku Ini..
Aku Juga Ingin Merasakan Gerakan Dan Keajaiban Bayi Di Dalam RahimKu
Ya Allah …
Aku Ingin Hamil…
Engkau Permudahkan lah Rezeki Dan Urusanku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil…
BerkatilahLangkahku..
Ya Allah Aku Ingin Hamil …
Kau Kurniakan lah Aku Zuriat Agar Aku Dapat Menikmati Bagaimana Menjadi Seorang Ibu…
Semoga Saat Itu Pasti Akan Tiba…
Aamiin Yaa Rabbal Allamiin..
Sebaiknya bacalah setiap hari moga Allah dapat mempermudahkan urusan untuk kita semua yang menantikan kehadiran anak sebagai penyeri keluarga.
Doalah bersungguh-sungguh moga hajat kita ni dapat dimakbulkan. Kita usaha selebihnya berserah pada-Nya. Ajal maut, jodoh dan rezeki semuanya dalam rahsia Allah. Hanya Dia yang berkuasa.
#BacaSetiapHari..
#MogaAllahPermudahkanUntukKita
#MendapatCahayaMata..
#Aamiin🤲🤲🤲
Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Gemuknya” Ejek Fizikal Anak Orang Depan Anak Sendiri Tanpa Sedar Didik Anak Sendiri Jadi Pembuli
Ibubapa biasanya bimbang apabila anak mereka dibuli di sekolah. Tetapi, bagaimanakah jika apa yang terjadi ialah sebaliknya? Bagaimanakah jika anak anda adalah si pembuli? Terdapat beberapa sebab kanak-kanak menjadi boleh menjadi seorang pembuli.
(Followers Pa&Ma Dapatkan barangan murah di SINI)
Jangan didik anak jadi pembuli.
Saya cukup takut nak cakap pasal ni. Sama sekali tak nak diuji anak dibuli atau jadi pembuli.
Saya sedar. Anak-anak saya idaklah soleh mana. Sekali-sekala, terlepas juga kata-kata ejek. Ada juga tangannya terlepas hayun ke kawan.
Tapi untuk membenarkan buli, dan sengaja ajar anak jadi pembuli, tidak patut dijadikan pilihan!
Tak kiralah ianya dilakukan secara FIZIKAL, VERBAL, SOSIAL mahupun secara SIBER.
Saya sendiri pernah jadi mangsa buli waktu sekolah.
Disalat tahi hidung di tudung. Ditolak cawan waktu minum. Digantung basikal kat pagar sekolah. Disorok beg dalam tong.
Tak taulah kenapa budak skema ni selalu seronok dijadi bahan buli. Haih. Nasib baiklah saya naif. Kadang-kadang buat tak faham je orang buli saya. Agak-agak teruk sangat, saya nangis jelah.
Kisah saya ni kelakar juga bila dikenang. Tapi sepanjang melaluinya, mental saya koyak tau!
Jangan biar anak sesukati koyakkan mental dan emosi orang.
Kerana itu penting untuk kita ajar anak :
1) Menegur dan menyapa kawan dengan cara dan bahasa yang baik.
2) Terima rupa fizikal kawan-kawan yang berlainan dari orang lain.
Walau unik mana pun rupa mereka. Walau ada tangan sebelah, bertongkat, tahi lalat besar di wajah, gigi tak rata, juling dan besar.
Mereka layak dihormati dan mahu didampingi macam kita juga. Buatkan mereka rasa yang mereka sempurna dan cantik.
3) Biasakan meminta maaf. Dan bertanggungjawab bila terbuat silap.
Paling penting, ingatkan.
Ingatkan.
Dan ingatkan.
Memang akan ada drama ‘tak nak kawan’. Berbalas pukul. Dan mengata-ngata.
Peranan kita untuk terus mengingat.
At the end of the day, kids will always be kids. Kita yang parents ni lah berperanan untuk sentoasa ingatkan ‘It’s NOT OK to be bully.
Jangan normalisaskkan buli.
Jangan mula dari dalam rumah lagi!
Kesan pada mangsa meninggalkan parut pada mangsa secara emosi.
Paling kita taknak, si pembuli membawa karektor membuli sampai ke besar. Masuk ke dalam organisasi. Dan sebarkan ia sebagai amalan yang cool untuk dicontohi.
Kadang-kadang kan, kita sendiri tak sedar pun yang kita mendidik anak jadi pembuli.
Jom kita cek, apa contoh perlakuan kebiasaan kita yang secara tak langsung, membina karektor Pembuli dalam diri anak.
Dan apa nak buat, kalau anak jadi mangsa buli?
Kredit: Wawa Shauqi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI