Anak bakal masuk Tahun 1 tapi masih belum pandai atau mahir baca. Ini antara kerisauan ibu bapa terutama yang mempunyai anak usia 6 tahun kan? Situasi ini sangat normal tambah lagi bila memikirkan silibus sekolah yang tak sama seperti zaman kita dulu-dulu.
Jika dulu masuk Tahun 1 anak-anak masih lagi belajar ABC sekarang semua itu dah tiada lagi sebaliknya semua memerlukan kemahiran membaca dan berfikir dengan pantas.
Oleh itu, jika anak-anak tak dipersiapkan dengan kemahiran asas membaca dan mengira dengan baik, risau akan ketinggalan. Bagi ibu bapa yang anak-anak belum dapat menguasainya, tak terlambat lagi untuk tingkatkan penguasaan tersebut.
BACA JUGA [Cara Buat Anak Lupa Gajet, DIY Busy Board. Bagus Untuk IQ & Tingkatkan Motor Skil]
[Pakar Psikologi Larang Ibu Ayah Guna Ayat Ini Semasa Cakap Atau Marah Anak]
Menerusi perkongsian Maria Mokhtar, sebenarnya ada tip masa nak ajar anak membaca. Bukan semata-matabuku sahaja tetapi ada aktiviti sampingan perlu dibuat juga untuk anak lebih mudah ingat.
Tips penting masa nak ajar membaca
Jangan lupa buat aktiviti mengeja dan menulis semasa ajar anak membaca. Aktiviti ni jarang ditekankan. Jadi anak akan lemah dalam mengeja dan menulis. Sesetengah guru atau ibu ayah terlalu fokus pada bacaan sahaja atau nak kejar habis buku 1 hingga 8.
Selalu posting lisensi Phonicsmart atau pengasas, ada cikgu yang komen, kaedah fonik ni tak bagus. Pelajar tak pandai menulis dan mengeja.
Semua kaedah membaca selain kaedah fonik pun sama. Masalahnya bukan pada kaedah.
Tapi… pada guru atau ibu ayah yang mengajar. Anak-anak akan dapat sebijik dengan apa yang diajar.
Kalau hanya ditekankan bacaan. Hanya membaca jelah dia tahu. Aktiviti mengeja dan menulis, kita kena tunjuk dan bimbing mereka, baru mereka dapat.
Semasa dalam kursus bersama Pengasas Bacalah Anakku dan ReadEasy sangat tekankan aktiviti bermain dengan kad imbas, aktiviti teka bunyi, tulis bentuk huruf, mengeja dan menulis perkataan dan banyak lagi aktiviti boleh di buat dengan anak semasa menulis dan membaca.
Pelajar yang datang ke kelas membaca kami, ada juga yang guna kaedah membaca lain dan tak pandai menulis, membaca dan mengeja.
Dan ada sorang pelajar beberapa tahun lepas dia boleh hafal buku 1-5 bacalah anakku, tapi tak tahu bunyi huruf apa, huruf abc-z biasa dia tak tahu. Dia hanya tahu menghafal sebab ayat lebih kurang. Dan bukan semua guru atau ibu ayah yang ajar anak menggunakan kaedah fonik ikut cara pengasas dan ada yang ajar ikut kefahaman sendiri, asal anak boleh membaca.
Kesimpulannya, pastikan semasa ajar anak membaca, tekankan juga aktiviti mengeja dan menulis. Dan elakkan anak menghafal buku dan mengajar membaca menggunakan buku semata-mata.
Asas paling penting menulis, membaca dan mengeja kena seiring, barulah lengkap.
Kredit: Maria Mokhtar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI