Bila anak menolak satu-satu jenis makanan, itu bermakna mama perlukan menu baru untuk mengubah seleranya. Selain nasi yang dijamah setiap hari, mama boleh sediakan menu barat yang diolah menjadi lebih santai seperti ala-ala Sherperd Pie.

Menu Pai Kentang Ayam yang dikongsikan oleh Aida Azmir ini nampak menarik. Kaya keju yang mampu menaikkan berat anak. Sesekali bangkit juga selera anak dengan menu berkeju. Hebat!

Menu ni ala-ala Sherperd Pie. Bezanya saya kukus je. So tak ada masalah kalau ada yang nak guna oven. Let’s start ~

Semua bahan biasa yang ada dirumah, perasa hanya guna semasa rebus kentang saya letak garam sedikit. Dalam menumis saya letak sedikit lada hitam serbuk. (Tak letak pun boleh) . Menu ni ikut kesesuaian umur anak-anak momies semua yea. Tapi untuk anak saya dari umur 8 Bulan saya dah start bagi dia cuba makan ni. So selamat mencuba!!

Pai Kentang Ayam

Bahan-bahan:
Kentang
Isi Ayam (daging cincang, udang pun boleh)
Bawang Holland
Bawang putih
Lobak merah -cendawan butang kalau suka pun boleh)
Susu full cream

Cincang kecik-kecik ikut kesesuaian umur anak.

Bawang semua cincang (yang ni kasar sikit).

Kentang perlu direbus dulu, sejukkan dan lenyekkan. Dah siap macam Mashed potato kan tapi belum siap lagi.

Tumis bahan semua yang ada tadi, masukkan isi ayam, lobak dan susu full cream. Biarkan didih seketika hingga sedikit kering.

 

Bahan utama dah siap. Masukkan isi ayam & kentang lecek ke dalam cup/foil @ mangkuk tahan panas. Ratakan dengan elok.

Yang ni cheese. Nak letak mozzarella pun boleh, tak ada masalah. Nak cantik letakkan parsley pun ok. Saya gunting je buat camni. Bagi rasa lemak-lemak. Pastu sedia untuk dikukus. Tunggu 15-20 minit. Kalau bakar dalam oven 20-25 minit pun ok dah.

Siap. Mari la kita makan bersama tapi untuk anak kena sejukkan dulu.