“Cinta & Cahaya Kekuatan Bonda”.. Berat Hanya 35kg, Elyana Jalani Radioterapi 10 Hari

Share

Semangat kental yang ada dalam diri Elyana selepas disahkan menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat membuktikan bahawa dia benar-benar kuat. Meskipun sel kanser semakin merebak dan menyerang ke bahagian anggota badan lain, namun penyanyi Tak Tercapai Akalmu itu enggan menyerah kalah dengan ketentuan Allah.

Berkongsi keadaan terkini, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal pernah berkongsi yang dia masih belum bersedia menjalani rawatan kemoterapi berikutan badannya terlalu kurus.

“Saya tidak mendapatkan rawatan kemoterapi, sejak tahun lalu. Bukan sengaja tak nak dapatkan rawatan, tetapi berat badan susut membuatkan saya terpaksa menangguhkannya. Ini kerana bimbang tubuh tidak kuat untuk menanggung kesan rawatan. Selera makan saya pun berkurangan sejak itu.

Berat hanya 35 kilogram

Berat badan terkini hanya tinggal 35 kg dan Elyana perlu jalani rawatan radioterapi 10 hari.

Baru-baru ini, Elyana memuat naik perkembangan terbarunya yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.

Menerusi ruangan Insta Storynya, dia berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari.

Biarpun berada dalam keadaan lemah, Elyana Emrizal masih dilihat sentiasa positif dengan keadaan yang menimpa dirinya.

Melalui beberapa siri Insta Story, Elyana bercerita tentang proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.

Masukkan darah serta susu dalam badan

Menurut bintang drama Misi Dania Cun itu, badannya perlu dimasukkan 2 pek darah serta susu memandangkan berat badannya hanya seberat 35 kilogram.

“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.

“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.

Di samping itu, dalam video lain Elyana berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan semoga segala urusan berjalan lancar.

“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” kongsi penyanyi berusia 34 tahun itu.

Suami, anak dan ahli keluarga penguat semangat

Terdahulu, Elyana mengesahkan dirinya menghidap kanser limfoma sejak sekitar 11 tahun lalu. Dia juga turut berterima kasih kepada suami, anak dan seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat dan mendoakan kesihatan dirinya.

Elyana yang mempunyai dua anak, seorang anak kandung iaitu Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani baru menginjak usia 2 tahun menganggap kedua-duanya penguat semangat untuknya melawan kesakitan yang dihidapi.

Sumber: Instagram Elyana

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/

FREE je tau Webinar ni!!

Published by
Wan Amy