Keibubapaan

“Cinta Hati Papa Mama” Bahagia Jadi Ibu, Mira Filzah Titip Pesanan Di Hari Lahir Anak!

Share

Diam tak diam dan betapa pantasnya masa berlalu, anak kesayangan Mira Filzah dan suami, Wan Khair Amir rupanya kini sudah pun berusia dua tahun.

Menerusi Instagramnya, Mira memuat naik momen bahagianya sepanjang dua tahun bergelar ibu malah turut membingkiskan ucapan penuh bermakna buat Amir.

“Dua tahun cukup cepat berlalu. Syukur Alhamdulillah, anakanda membesar dengan cepat dan sihat.

“Wahai Wan Khair Amir putera kesayangan kami, anakanda membawa tawa dan suka dalam setiap hari kita bersama. Ada masa kami gelisah sewaktu melindungimu dari luka, mengingatkan kami betapa besarnya jasa dan pengorbanan orang tua kami.

“Kini, tanggungjawab kami untuk besarkan anakanda, sebagai permata untuk masa depan ummah, insha’Allah,” tulisnya.

Malah Mira juga turut berkongsi momen Amir ketika waktu kecil sehingga kini sudah pun berusia dua tahun dan semakin membesar.

Ibu cantik jelita ini juga turut mendoakan perjalanan anak kesayangannya itu agar menjadi insan yang berguna buat bangsa dan agama kelak.

“Moga doa semua mengiringi ulangtahun kelahiran anakanda, untuk menjadi anak yang soleh dan insan berguna untuk bangsa dan negara.

“Tidak terkata sayang Papa & Mama buat anakanda Wan Khair Amir. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang kedua wahai cinta hati Papa Mama,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia Mira turut sama menitipkan ucapan hari lahir buat Amir malah mendoakan kesejahteraannya.

 

Menarik: Moga Jadi Anak soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang

Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!

Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Published by
SRM