Dalam rumahtangga, ada banyak perkara kecil yang kadang-kadang suami tak perasan, tapi bagi seorang isteri, ia memberi makna yang besar. Kadang bukan soal besar atau kecil sesuatu perbuatan, tapi tentang rasa dihargai dan disayangi.
Kisah ini mungkin nampak remeh—hanya tentang sebiji rambutan. Tapi di sebalik itu, terselit satu pelajaran tentang memahami pasangan.
Ads
Bagaimana seorang suami belajar, bahawa melayan satu ‘kerenah’ kecil isteri bukanlah satu kelemahan, sebaliknya tanda kasih sayang yang mendalam.
Ads
Sebagaimana perkongsian Hizandie Shuaib ini begitu inspirasi
Ads
Awal-awal kahwin dulu,
“Nak makan rambutan?” tanya aku kepada suri hati.
“Tak nak lah. Tak pandai buka kulit.” Balas suri hati. Aku ingat dia bergurau. Rupanya memang betul.
Aku bukakan kulit rambutan tu. Seulas dua je dia makan. Bila ditanya, katanya susah nak makan.
Waktu tu aku mula hairan. Rupanya bila dah buka kulit, kena potong nipis pula isi buah tu. Baru senang dan nikmat untuk dia makan.
Berbeza sangat cara aku makan dengan suri hati masa tu.
Aku biarkan. Suri hati potong sendiri.
Itu dulu. Sekarang bila dah lama kahwin. Anak pun dah ramai, selepas 16 tahun hidup bersama, banyak benda yang dah makin faham tentang isteri ataupun lebih tepat lagi seorang perempuan.
Kalau orang tak cerdik, dia akan kata perempuan macam ni mengada-ngada.
Tapi dalam banyak-banyak perkara yang suri hati boleh berdikari, makan rambutan ni antara perkara ‘rare’ yang dia agak janggal untuk buat sendiri. Sampai minta untuk dipotong halus.
Daripada 10 perkara, takkan satu perkara ‘rare’ pun seorang suami tak boleh nak layan kan?. Sesekali apa salahnya layan walaupun perkara tu remeh di mata kita.
Sebelum kahwin dulu Ayah dia yang layan kerenah anak perempuannya. Sekarang ni, giliran kita la pula.
Baru ni aku bawa balik sedikit rambutan dari kampung. Aku ajak suri hati makan. Tapi dia menolak. Aku tahu sebabnya.
Aku ambil pisau, isi rambutan tu aku potong siap-siap. Kemudian aku hulur ke dia. Alhamdulillah. Suka dia makan.
Senyum macam budak kecil. Suka agaknya bila terasa dimanja-manja.
Buka rambutan, potong isi kecil-kecil tu semua perkara remeh dan kecil pada aku seorang lelaki.
Dulu aku anggap begitu. Sekarang tidak lagi.
Bila dah lama hidup dengan perempuan yang bergelar isteri ni, aku tahu, sekecil-kecil perkara bagi orang lelaki, besar di mata seorang perempuan. Seremeh-remeh benda pada tanggapan orang lelaki, selalu dianggap penting oleh seorang perempuan.
Yang kecil dan yang remeh itu, jika dilayan, disantuni dengan ikhlas, mereka akan balas semula dengan seluruh hidupnya untuk menjaga seorang lelaki tanpa batas.
Sayangnya tidak akan dibuat-buat. Hatinya telah berjaya kau kunci ketat. Setianya sampai syurga. Insya-Allah.
Titik.
Sumber: Hizandie Shuaib
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ernie Zakri mengakui bahawa dia sentiasa belajar untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak sulungnya, Nur Khawla Soleha. Benarlah, melalui anak sulunglah, kita belajar menjadi ibu dan bapa yang terbaik dari hari ke hari.
Ernie Zakri Sentiasa ‘Belajar’ Jadi Ibu Terbaik
Bermula dengan tiada ilmu dan pengalaman, anak sulunglah yang memberikan kita pelbagai ilmu. Bagi pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel, puteri kesayangan pasangan ini, Nur Khawla Soleha yang dilahirkan pada tanggal 22 Februari 2022 banyak mengajar mereka untuk berusaha menjadi ibu bapa yang sebenar-benarnya.
Mengakui masih belajar menjadi ibu dan ayah terbaik, akui Ernie, anak kecilnya itulah yang mengajarnya dari hari ke hari untuk menjadi ibu yang lebih baik masih kini masih belajar untuk menjadi ibu yang lebih baik buat Khawla.
Nur Khawla Permata Tidak Ternilai
“We’re still learning, terima kasih kerana mengajar kami, nak.
“Paling cantik, paling cheeky di mata ibu, daddy. Harta paling bernilai, terima kasih Ya Allah,” tulis ernie dalam satu entri di laman Instagramnya.
Berikut dikongsikan momen indah Erni dan Syamel bersama puteri kesayangan mereka, Nur Khawla Soleha.
Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya, sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga.
Siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT. Apabila disahkan hamil anak ketiga, mengandung sembilan bulan, yang keluar akhirnya anak perempuan juga.
Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata “Lahhhh.. rezeki kau dapat anak dara lagi.”
Sumber foto: Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal
Harapnya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah R.A dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
Fizo Omar tunai janji bawa Maryam tindik telinga, “Sekejap je rasa anak dara dah Cik Yam ni.” Kasih sayang seorang ayah kepada anak perempuannya adalah satu hubungan yang unik dan istimewa.
Fizo Omar Tunai Janji Bawa Maryam Tindik Telinga, “Sekejap Je Rasa Anak Dara Dah Cik Yam Ni”
Seorang ayah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak perempuannya. Dengan memberikan kasih sayang, sokongan, dan bimbingan, seorang ayah dapat membantu anaknya membina keyakinan diri yang kukuh.
Anak perempuan yang merasakan kasih sayang ayahnya cenderung mempunyai pandangan yang positif terhadap diri mereka dan dunia di sekeliling mereka. Ini kerana mereka tahu bahawa ada seseorang yang sentiasa menyokong mereka walau apa pun yang terjadi.
Bagi Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, sungguhpun telah berpisah dengan Mawar Karim, hubungan dengan anak perempuannya, Wan Maryam tetap rapat.
Melalui satu hantaran di laman Instagramnya, Fizo Omar berkongsi momen membawa anak perempuannya, Wan Maryam, 5 tahun bertindik telinga. Anak keduanya hasil perkahwinan bersama Fazeera juga turut ingin bertindik telinga.
“Cik Yam dah pandai nak melawa si adik pun nak jugak.”- tulis Fizo di ruangan kapsyen.
Hantaran Fizo mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Sekadar info, Fizo adan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan anak sulung Wan Khaleeda yang kini berusia dua tahun. Manakala anak keduanya, bernama Wan Humaira.
Fizo sebelum itu pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim namun berpisah pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam yang kini berusia tujuh tahun.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...