Biarpun dihimpit tugas dan tanggungjawab, seorang ibu pastinya tidak akan dapat berpisah lama dengan bayinya, lebih-lebih lagi yang sedang menyusukan anak.
Baru sahaja selesai berpantang, pelakon Mawar Rashid tidak betah duduk diam dan memberitahu akan kembali ke set penggambaran sebuah telefilem.
Pun begitu kata Mawar, dia tekad membawa dua anaknya kerana tidak sanggup berpisah lama. Tambah pula anak keduanya, Rosabella Cinta masih lagi menyusu. Namun kata Mawar ia bukanlah satu hal yang membebankan.
Kata Mawar menerusi Mstar, bagi menjalani penggambaran di Terengganu, dia akan turut membawa dua anaknya, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta bersama pembantu.
Ads
“Saya memang tak boleh berjauhan dengan Rafael dan Cinta.
“Lagipun anak kedua saya ni pun masih menyusu. Saya akan bawa penjaga mereka untuk membantu.
“Kemungkinan Raf tidak dapat ikut sebab nak jaga dua orang anak di KL,” kongsinya menerusi Mstar.
Dalam pada itu, Mawar mengakui dia turut merasa bimbang untuk kembali bekerja di saat pandemik Covid-19 yang masih belum reda.
Ads
“Ikutkan hati, memang rasa bimbang nak kerja dalam keadaan pandemik sekarang ini tapi bagi saya perasaan takut itu la yang membuatkan kita kena betul-betul ikut SOP yang ditetapkan.
“Lagipun saya memang sentiasa memastikan kebersihan dan semua benda akan sanitize, tambah pula saya terpaksa bawa anak sekali nanti” katanya lagi.
Ads
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Kini mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, 2 tahun dan Raden Seri Rosabella Cinta, 2 bulan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: MStar & @mawarashid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi anak perempuan, ayahnya adalah lelaki pertama yang dia kenal dalam hidup. Bahkan menjadi cinta pertama buat si anak selain ibunya.
Apa yang ayah lakukan, itulah yang akan memberi momen bahagia buat anak-anak dan mungkin menjadi kenangan buat selamanya. Kehadiran sosok tubuh ayah dengan rajin melayan anak-anak perempuan ini bukan saja menghiburkan hati, malah memberi satu semangat pada anak perempuan bahawa ayah adalah HERO di hati mereka.
Maka tidak salah lagi jika kita mengatakan seorang ayah yang bertanggungjawab adalah lelaki terhebat yang anak perempuan kenal sebelum mereka menginjak usia dewasa.
Menerusi perkongsian Aeril Zafrel yang juga suami kepada Wawa Zainal, bagi memenuhi permintaan anak perempuannya, dia sanggup menjadi mermaid.
Suatu hari nanti, pengalaman ini akan menjadi kenangan buat dua anak perempuan Aeril dan Wawa, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya bila mereka besar.
“Akhirnya.. permintaan Hayla nak jadi mermaid ayah tunaikan..” tulisnya.
Dalam satu video yang dikongsikan Aeril, dia melayan anak-anak perempuan dengan check in hotel yang bertemakan Barbie semata-mata untuk mengembirakan dua anak daranya.
Aeril nampak sangat sporting dengan menyiapkan Hayla dan Ayya Soffya dan memakaikan mereka dengan persalinan Barbie sambil melayan apa saja permintaan anak.
Apa yang mencuit hati, demi tunaikan permintaan dua puterinya, Aeril siap menyarung kostum mermaid dan memakai rambut palsu untuk menepati tema.
Menerusi ruangan komen, ramai yang suka lihat cara Aeril melayan anak perempuan.
“Rajin ayah melayan anak-anak,👏👏 terbaik”
“Ayah yang baik, pengorbanan seorang ayah”
“Demi anak, tak apalah jdi mermaid bermisai dan berjambang pun..”
“Sportingnya ayah layan anak-anak girl. Kenangan yang akan ingat sampai besar.”
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dan Ayya Soffya dan Muhammad Fahri.
Kredit: IG Aeril Zafrel
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Ditakdirkan menjadi OKU selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, si ayah ini tetap gagahkan diri menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga bagi menyara isteri dan empat anak yang masih kecil.
Walaupun melalui pelbagai ujian sebelum ini, ia bukan alasan kerana bagi ayah ini selagi diberi kudrat dari Allah, dia tetap mahu berikan yang terbaik. Bagaimanapun ketika dia mahu bangkit, Allah sekali lagi menguji apabila anak perempuannya pula disahkan mengalami kanser darah yang turut memerlukan perbelanjaan besar.
Apa yang bagusnya keluarga ini, mereka menganggap ujian yang diberikan itu sebagai tanda Allah nak bagi ganjarannya di kemudian hari. Namun betullah orang kata, rezeki tak pernah salah alamat. Kehadiran aktivitis masyarakat, Puan Natipah Abu ibarat satu lorong terang bakal mewarnai hidup keluarga ini.
Berikut perkongsian kisah keluarga Encik Buyamin. Mana tahu sedikit sebanyak sumbangan sempena bulan mulia ini memudahkan kehidupan keluarga Encik Buyamin dan pahalanya terus berpanjangan buat kita.
Tak pernah putus asa, Allah uji tandanya Dia sayang
Encik Mohd Buyamin Bin Samsudin, 43 tahun merupakan seorang pemegang kad OKU fizikal akibat satu kemalangan jalan raya yang menimpanya.
Beliau mencari rezeki dengan berniaga menjual air balang di pasar malam. Bila tiba musim cuti sekolah, rezekinya berlipat ganda kerana air balangnya selalu mendapat tempahan dari tuan rumah yang menganjurkan majlis perkahwinan.
Bagaimanapun tahun 2018, beliau berhadapan dengan kegetiran hidup yang bukan kepalang bila anak keduanya yang pada ketika itu berusia 3 tahun disahkan mengidap kanser darah dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Besar Pulau Pinang sehinggalah ke hari ini.
Pandemik melanda .. beliau tidak lagi dapat menjual air balang di pasar malam. Bahkan air balang tidak lagi ditempah untuk sebarang majlis perkahwinan atau keramaian seperti dulu lagi.
Encik Buyamin benar-benar ‘terduduk’ kerana hilang satu-satunya sumber pendapatannya selain wang Elaun Pekerja Cacat (EPC JKM) RM450 sebulan.
Encik Buyamin kemudiannya mengambil keputusan untuk berniaga ais batu pula. Menjual ais batu kepada peniaga-peniaga warung dan gerai makan.
Dengan van buruknya … dia bergerak mengedar ais batu kepada pelanggan. Pendapatannya sebagai penjual ais tidaklah seberapa. Ais dibeli secara tunai di kilang tetapi kebanyakan pelanggannya berhutang bila membeli dari dia.
Dalam tempoh setahun menjual ais batu ini, ada beberapa orang pelanggannya terpaksa tutup kedai dan gagal melunasi hutang.
Mereka menyerahkan barang-barang yang ada di kedai makan mereka kepada Encik Buyamin sebagai timbal balas bagi melunaskan hutang mereka walaupun hakikatnya barang-barang itu tidak bernilai pun.
Van yang digunakan terbakar
Di saat baru hendak bangkit ini jugalah, tiba-tiba Encik Buyamin diuji sekali lagi bila van yang digunakan untuk ke hulu-ke hilir mencari rezeki itu terbakar ketika dia dalam perjalanan menghantar ais kepada pelanggannya.
Tidak berputus asa, beliau menggunakan kereta buruknya untuk berniaga ais walaupun kereta itu tidak boleh mengisi banyak beg ais. Tetapi daripada berpeluk tubuh dan berputih mata, dia meneruskan juga walau untungnya hanya sekupang dua.
Ramadhan Al Mubarak .. perniagaan menjual ais batunya terhenti lagi. Satu-satunya mata pencarian yang dia tahu masih terbuka luas peluangannya ialah berniaga air balang semula.
Tetapi mustahil sekali kerana van yang terbakar itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Dia tidak punya kewangan yang cukup untuk membaikinya.
Harap ada sinar baru
Tak akan dia hendak berpeluk tubuh dan mengharapkan wang bantuan Elaun Pekerja Cacat dari JKM semata-mata sedangkan ada 5 mulut yang perlu disuapnya.
Mujurlah dia tidak perlu menanggung kos sewa rumah kerana tinggal di rumah pusaka orang tuanya.
Semoga sedekah kita ini dapat mencukupkan anggaran jumlah kos yang diperlukan untuk memperbaiki semula van tersebut dan dapatlah beliau mencari rezeki buat keluarganya.
Ramadan yang penuh barakah ini, semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat.
Jazakumullahu khair kepada semua penyumbang di luar sana. Langit Ramadan yang barakah …
“Puasa adalah untukku, dan Aku sendiri yang akan memberikan balasannya…” (HR. Bukhari dan Muslim).
Sekiranya anda ingin sama-sama hulurkan sumbangan tak kiralah berapa jumlahnya sekalipun untuk Encik Buyamin menggunakan semula vannya itu, boleh salurkan ke akaun Natipah Abu 552107617521 (Maybank). Semoga Encik Buyamin sekeluarga dan kita semua dimurahkan rezeki olehNya. Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penggunaan produk yang tidak bersesuaian boleh memudaratkan bayi, apatah lagi hingga mengakibatkan sawan. Bahayanya!
Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini perlu mama papa ikuti. Jangan terikut-ikut menggunakan setiap produk yang mengandungi camphor atau kapur barus tanpa memeriksa terlebih dahulu amaran atau cara penggunaannya. Setiap produk dilengkapi label dan ada yang telah memaklumkan yang ia tidak selamat untuk bayi.
BANYAK DALAM PRODUK JENIS SAPUAN Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.
TIDAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK 2 TAHUN KE BAWAH Walaubagaimanapun. produk yang mengandungi kapur barus TIDAK SESUAI untuk digunakan untuk kanak kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Ia boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk mereka.
Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang diletakkan.
JANGAN LETAK DI HIDUNG, MATA ATAU KULIT Hati hati ya, jangan letak di hidung, mata atau kulit yang luka. Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.
BACA LABEL, JADILAH IBU AYAH YANG BIJAK Apa pun produk korang nak guna jangan lupa baca label. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca je. Jadilah pengguna bijak!
Public Health Malaysia juga turut berkongsi beberapa produk yang tidak sesuai untuk bayi bawah 24 bulan.
Perasaan teruja seorang bapa jelas terpancar apabila Shuib berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya, Thalita, yang bakal membuat debut pertamanya dalam persembahan busking esok.Menerusi...