Biarpun dihimpit tugas dan tanggungjawab, seorang ibu pastinya tidak akan dapat berpisah lama dengan bayinya, lebih-lebih lagi yang sedang menyusukan anak.
Baru sahaja selesai berpantang, pelakon Mawar Rashid tidak betah duduk diam dan memberitahu akan kembali ke set penggambaran sebuah telefilem.
Pun begitu kata Mawar, dia tekad membawa dua anaknya kerana tidak sanggup berpisah lama. Tambah pula anak keduanya, Rosabella Cinta masih lagi menyusu. Namun kata Mawar ia bukanlah satu hal yang membebankan.
Kata Mawar menerusi Mstar, bagi menjalani penggambaran di Terengganu, dia akan turut membawa dua anaknya, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta bersama pembantu.
“Saya memang tak boleh berjauhan dengan Rafael dan Cinta.
“Lagipun anak kedua saya ni pun masih menyusu. Saya akan bawa penjaga mereka untuk membantu.
“Kemungkinan Raf tidak dapat ikut sebab nak jaga dua orang anak di KL,” kongsinya menerusi Mstar.
Dalam pada itu, Mawar mengakui dia turut merasa bimbang untuk kembali bekerja di saat pandemik Covid-19 yang masih belum reda.
“Ikutkan hati, memang rasa bimbang nak kerja dalam keadaan pandemik sekarang ini tapi bagi saya perasaan takut itu la yang membuatkan kita kena betul-betul ikut SOP yang ditetapkan.
“Lagipun saya memang sentiasa memastikan kebersihan dan semua benda akan sanitize, tambah pula saya terpaksa bawa anak sekali nanti” katanya lagi.
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Kini mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, 2 tahun dan Raden Seri Rosabella Cinta, 2 bulan.
Artikel berkaitan: Macam Tak Sangka Dah Ada Baby Girl, Mawar Rashid Kongsi Gambar Foto Shoot Anak, Comelnya
Sambil Mandi Bacakanlah Doa, Galas Tanggungjawab Mandikan Anak Setiap Hari, Raf Yaakob Kongsi Tip
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: MStar & @mawarashid